Wednesday, December 13, 2006

Drive


Isnin lepas ibu tak keje. Penat katanya. Sian ibu. Mungkin penat menguruskan dua buah hati kesayangan ibu nie kot.

So, pagi tuh papa hantar qila pegi nursery sorang2. Biasanya papa akan drive dan ibu pegang qila kat sebelah. Tapi kali nie qila kena masuk dalam beg kanggru.

Sampai kat nursery jerk, qila terus nangis sambil elakkan badan masa teacher nak amik. Bersungguh qila mengelak sambil melalak kuat. Tapi papa suh gak teacher amik qila. Papa pon dah lambat masa tuh, tak sempat nak pujuk2. Dalam kereta masa nak bertolak tuh papa masih dengar tangisan qila... sedih.

Petangnya pon papa amik qila sorang2. Teacher terus masukkan qila dalam beg kangru yang papa pasang. Lepas salam teacher kita terus masuk keta nak balik rumah.

Sepanjang perjalanan qila pegang stereng keta dengan kuat. Sungguh2 dia pusing2 stereng tuh ikut pusingan papa, sambil kaki terhinjak2 macam menekan brek/minyak. Susah pulak papa nak kawal kereta walaupon jalan dengan perlahan.

Terer betul anak papa drive. Sampai terkekeh2 dia gelak seronok dapat drive. hehe

0 comments on "Drive"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez