Friday, September 22, 2006

Qila demam lagi



Semalam Qila demam lagi. Sejak pertama kali ibu & papa rasa gigi pertama Qila dah keluar dari gusi, demam Qila berpanjangan. Sekejap kebah, sekejap panas 39 darjah.. walaupon ubat silih berganti masuk badan Qila.

Ibu jadi doktor Qila, bagi ubat, pujuk Qila, dukung Qila... pasal Qila lebih selesa dengan ibu berbanding papa. Papa tolong lah mana yg boleh. Tapi bila nak bagi ubat bontot, memang papa tak sanggup! eeeeee seram!

Semalam pegi jumpa doktor Arbahiya. Doktor kata tuh bukan demam pasal nak tumbuh gigi, tapi doktor suruh pantau takut demam berpanjangan. Dan Qila kena makan macam2 ubat lagi utk sembuh. Tak kisah, asalkan Qila cepat sembuh, boleh main lasak2 dan memeriahkan suasana rumah seperti selalu.

Kesian Qila demam. Kesian Ibu terpaksa korbankan cuti yang tinggal sikit tuh utk jaga Qila.

Hari2 Papa rindu kat Qila. Rindu nak tengok Qila tidur tertonggeng, Qila mengomel sorang2, Qila baling2 barang, Qila panjat2 dan cuba nak berdiri, Rindu nk tengok Qila senyum tunjuk gusi, Qila jilat2 dan hirup air mandian, Papa rindu semuanya...

0 comments on "Qila demam lagi"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez