Thursday, November 23, 2006

Rumah Terbuka Raya


Sabtu lepas kita buat rumah terbuka hari raya. Nie kira raya pertama kita buat rumah terbuka sendiri di rumah sendiri. Seronok rasanya bila dapat jamu rakan-rakan dan keluarga makan, walaupon juadah nya tak seberapa.

Sebenarnya sabtu sebelum nya pon buat rumah terbuka juga, tapi jemputan hanya terdiri dari ahli keluarga terdekat. Tapi sabtu kali nie, jemputan terdiri daripada rakan-rakan sepejabat papa dan ibu. Ikut perkiraan awal, jumlah yang datang termasuk ahli keluarga masing-masing hampir 70 orang. Tapi jumlah sebenar hanya 30 orang. Tapi rasanya itu pon dah berbesar hati sangat dengan kesudian mereka jejak kaki ke rumah kita yang kecil itu.

Hilang rasanya penat lelah menyiapkan juadah serta mengemas rumah menanti kehadiran mereka. Berdebar rasanya, bila rakan-rakan datang satu persatu diiringi keluarga masing-masing tidak putus-putus.

Meriah rasanya walaupon itu merupakan minggu-minggu terakhir syawal.

Alhamdulilah makanan cukup menjamu tetamu yang datang. Papa dan ibu risau makanan tidak mencukupi.

Qila seperti biasa, menempel pada papa dan ibu. Bila dah lama sikit baru nak main-main. Ramai rakan-rakan qila datang ye.

Insya-Allah ade rezeki lebih, kita teruskan tradisi tersebut di tahun-tahun akan datang.

Diharap para tetamu berpuas hati dengan makanan yang tak seberapa, yang di masak sendiri oleh ibu bertungkus lumus sejak beberapa hari sebelumnya. Diharap juga mereka selesa berada dalam rumah kecil kita. Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan.

1 comments on "Rumah Terbuka Raya"

Anonymous said...

tq papa for helping me... insya allah kalau ada rezeki lagik.. next year we do it again... :)

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez