Sunday, February 03, 2013

Kisah kakak


Kakak menyambut Maulidur Rasul dengan agak meriah tahun ini dengan menyertai perbarisan / berarak sambil berselawat di sekitar kawasan perumahan serta bernasyid anjuran KAFA Sri Umairah. Mulanya papa sekadar ingin menghantar kakak ke majlis tersebut, tapi akhirnya papa turut berarak sambil mengambil gambar. Teringat zaman persekolahan papa dulu...

Gigi kakak masih agak goyang akibat tergigit coklat keras tempohari. Namun hasil pemeriksaan doktor, gigi tersebut tak perlu dicabut kerana belum sampai masanya. Lagipon bengkak tersebut akan surut dan doktor menasihatkan supaya gigi tersebut dibiarkan dahulu sebagai petunjuk arah pada gigi kekal untuk tumbuh dengan cantik.

Namun ada sedikit lubang pada geraham yang perlu ditampal.. Kakak tak takut pon berjumpa doktor dan doktor kata gigi kakak sangat cantik..

Hujung minggu, selain mengemas bilik, mencuci serta mengapur kasut,  kakak suka menolong ibu mop lantai serta menyapu. Namun begitu, setiap dua kali sebulan kakak ada tuisyen di KAFA Sri Umairah.

Di sekolah rendah pula, kakak dipilih guru sebagai Penolong Ketua darjah. Hari-hari kakak terpaksa menjerit meminta rakan-rakan sekelas supaya diam jika guru tiada. Kadang kala kakak terpaksa menulid nama mereka yang nakal..




0 comments on "Kisah kakak"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez