Friday, February 22, 2013

Ibu tak sihat


Sudah hampir seminggu ibu tak sihat. Demam bermula sejak jumaat lalu, namun digagahkan dengan paracetemol setiap kali suhu badan naik demi menguruskan majlis aqiqah Muhammad serta kenduri kesyukuran.

Alhamdulillah majlis berjalan sangat lancar dengan para tetamu tak kunjung putus sejak jam 2 petang walaupon hujan agak lebat semasa majlis doa selamat.

Kunjungan menemui doktor pada hari rabu mendapat saranan untuk memasukkan sebotol air untuk mengelak dyhidrasi selain bekalan ubatan serta antibiotik, namun demam masih berpanjangan..

Moga ibu cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin.


0 comments on "Ibu tak sihat"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez