Tuesday, September 27, 2011

KAFA



Insya-allah tahun depan kakak akan memulakan zaman persekolahan rasmi darjah 1 di Sekolah Rendah Taman Jasmin.

Ramai yang bertanya kenapa tidak di sekolahkan di Sekolah Convent Kajang yang merupakan sekolah terbaik daerah hulu langat, all girl school pulak tu. Payah nak menjawab soalan tersebut, kerana papa dan ibu memilih sekolah yang paling hampir dengan rumah supaya mudah transportasi, malahan sekolah convent tidak pernah terlintas dalam fikiran.

Rupanya ada hikmah pada ketentuan tersebut. Pagi tadi papa dan ibu mendaftarkan nama kakak untuk darjah 1 Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) Taman Jasmin yang akan berintegrasi dengan Sekolah Rendah Taman Jasmin. Integrasi bermaksud, sekiranya sesi sekolah rendah darjah 1 adalah waktu pagi maka KAFA akan bersesi waktu petang, begitu sebaliknya.

Moga kakak berseronok menikmati zaman persekolahannya serta mendapat ilmu yang bermanfaat hendaknya. Amin

0 comments on "KAFA"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez