Monday, September 05, 2011

Biasa yang luarbiasa



Setelah cuti aidilfitri yang panjang, kini rutin kembali seperti biasa seperti sebelum syawal, seperti sebelum ramadhan.

Kakak berkata, 'Yeaaa puasa dah habis, tak payah puasa lagi', gembira kerana berjaya puasa genap sebulan. Sangat hebat bagi gadis sekecil itu, moga kakak membesar menjadi muslimah yang mencintai dan merindui Ramadhan.

'Papa mandi cepat!', suara jeritan adik berkumandang secara tiba-tiba daripada luar bilik air. Rupanya adik sudah terjaga awal subuh tanpa dikejutkan.

'Papa, nak tengok tv', pinta adik setelah menghabiskan sebotol susu.

0 comments on "Biasa yang luarbiasa"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez