Wednesday, October 27, 2010

Pimp-my-Ride


Alhamdulillah kereta kesayangan kita sudah siap dibaiki setelah masuk ke rumah sakit (baca: bengkel) selama empat hari. Diagnosis awal menunjukkan ia perlu ditahan di wad selama dua hari sahaja, namun terpaksa ditahan lebih lama kerana ada tambahan bahagian lain yg perlu dibaiki serta beberapa situasi yang tidak dapat dielakkan.

Sepanjang ketiadaan nya, terpaksalah kita mencari pengganti (baca: kereta sewa), iaitu sebuah wira maroon 1491 yang agak boros dalam penggunaan bahan bakar bernilai RM75 bagi penggunaan selama empat hari. Biasanya, penggunaan bahan bakar bagi 4-5 hari hanya sekitar RM50 sahaja (kajang-subang-kajang).

Sangat bersyukur kerana kini, kereta kita telah nampak 'KACAK' semula seperti zaman mudanya dulu.

I LIKE, WE LIKE!!

SEGAK: Bergaya dengan cat baru serta cermin-pandang-sisi yang baru.

MANTAP: Bahagian belakang yang kelihatan mantap semula setelah terbiar kemik sejak setahun lalu.

*Memang teramat RINDU!!

KRONOLOGI
Terkulai layu
Terkulai layu, berganti baru

RUMAH SAKIT KENDERAAN
PERKIFA Auto Spray, Jalan Reko, Kajang merupakan salah satu cabang perniagaan kumpulan BLOODSHED. Dapatkan maklumat lain daripada FB mereka
*PERKIFA = Perusahaan Kifayah.

1 comments on "Pimp-my-Ride"

| a z h a m | on September 06, 2012 1:07 AM said...

Salam, bertanya secara rambang dengan harapan soalan berjawab..

Bagaimana keadaan cat kereta setelah +/- dua tahun cat di Perkifa?

Berminat nak gunakan khidmat mereka, cuma nak tau pendapat pelanggan lama dia..

Thanks!

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez