Tuesday, October 12, 2010

Bantal busuk



Semalam kakak bawa 2 bantal busuk nya ke sekolah. Bukan sahaja ke taska tapi ke smartreader.

Puas papa dan ibu nasihatkan kakak supaya meninggalkan bantal-bantal tersebut di taska, tapi kakak tetap berkeras.

Sepulang dari sekolah, papa dan ibu bertanya;
'Cikgu tanya tak kenapa kakak bawa bantal pergi sekolah?'. Kakak angguk sambil tersenyum malu. 'Kakak jawab apa?' tanya papa lagi. 'I don no', jawab kakak ringkas dan berat mulut mengakui kedegilannya tidak mengikut nasihat papa dan ibu.

Kadang kala ubat yg paling mujarab bagi sebuah kedegilan adalah dengan merasai sendiri akibatnya.

'Esok kakak nak bawa bantal pergi taska je. Tak mahu bawa pergi smartreader', kata kakak belajar daripada kesilapan.

0 comments on "Bantal busuk"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez