Monday, March 24, 2008

Two days without you


Sabtu dan ahad lepas papa ada kerja di Jelebu, N9. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui kawasan bukit bukau, air terjun, sungai, kampung, mengelak kambing dan lembu. A bit refreshing bila lalu kawasan menghijau dengan udara segar serta pemandangan luar bandar yang menarik. Betul lah kata peribahasa, jauh perjalanan luas pemandangan.

But the sad thing is leaving you and ibu at segambut. Rasa berat hati bila pegi outstation sorang2 nie, rasa cam hidup tak lengkap bila tak dpt layan karenah qila. Tapi apa nak buat, tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Nasib baik gak penginapan tersedia di Hotel Sri Klawang. So takdelah penat diperjalanan kerana terpaksa berulang-alik.

Hari Ahad, lepas habis kerja pukul 4.30 papa terus rush balik. Rasa letih badan takdapat nak lawan rasa rindu kat qila ngan ibu. Pukul 6.30 sampai di segambut. Happy sangat tgk qila. Walaupon baru je 2 hari tk tgk qila rasa cam qila dh besar sangat. Macam dah tinggi skit drp masa papa tinggalkan. Mulut pon makin laju berkata2.

"Papa rindu qila. Qila rindu papa tak?", tanya papa pada qila yg duduk dipangkuan
"Windu!", qila jawab ringkas.
"Banyak ke sikit?", tanya papa lagi
"Banyak!" qila kata.

*Tahniah pada pasangan Zahir & Syahanim on their wedding

0 comments on "Two days without you"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez