Monday, March 31, 2008

Tidur sendiri


Semalam qila tidur sendiri. Actually ini kali kedua qila tidur dalam bilik sendiri. Papa dah buatkan bilik qila lawa2 masa raya lepas, cat kaler pink dua tona dengan perabut kemasan putih serta hitam. Siap gantung gambar qila b/w dengan frame exclusive putih pada dinding pink kemerahan.

Dulu first time qila tido kat bilik tu sendirian, qila terjaga malam dan melalak kuat. Ibu terpaksa angkat dan bawak tido dalam master bedroom. Pastu, papa pulak yg kena tido luar.

Td malam ibu dah kemas katil qila elok2. Pastu papa susun semua softoys qila kat kanan dan kiri penjuru bantal. Susun elmo ngan spongebob kat penjuru kiri, serta ernie dan miki mouse kat sebelah kanan.

Pastu papa panggil qila,
'Qila come, tengok nie papa ngan ibu buat cantik', kata papa sambil pegang bahu qila masuk bilik.
'Tengok tu, cantik tak?', tanya papa sambil tunjuk pada katil
'Cantik', kata qila sambil senyum
'Eeeeeee erni, miki, elmo, panbob', kata qila happy
'Elmo ngan panbob ngan miki ngan erni dah tunggu qila. Malam nie qila tido sini ek', kata papa lagi. Qila cuma senyum dan angguk2.

Pukul 9 lebih qila dah ngantuk dan ajak masuk bilik. 'Tido ngan papa ek', tanya papa sambil baring sebelah qila atas katil kecik tu. 'Ngan Ibu', kata qila pasti.

Lama gak ibu layan qila nyanyi dan ngomel2 sampai qila tido.

6 lebih tadi qila melalak kuat. Rupanya qila jatuh katil. Sib baik papa dah susun kusyen tebal kat bawah tuh. Ibu pujuk dan angkat qila masuk bilik besar dan menyelit tengah2.

Dh besar anak papa.

1 comments on "Tidur sendiri"

mama hiro on April 08, 2008 9:28 PM said...

muahahahaha... teringat eyo dulu pun pernah jatuh katil sekali ... tapi tak melalak ... cuma merengek sakit, terkejut bila sedar2 dia dah takde atas katil... rupanya dah kat bawah

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez