Monday, April 26, 2021

Dia kacau Muhammad


Hari ini, Papa dan Ibu cutikan Muhammad kerana selsema. Kebetulan pula sekolah ditutup 2 hari akibat penularan Covid.

Tapi pukul 9 pagi dah rasa lapar..

Sedang buat kerja rumah, tiba-tiba Muhammad bangun sambil membawa balang kuih baulu.
Papa: Nak buat apa tu?
Muhammad: Nak letak jauh-jauh. Dia kacau Muhammad!

Haha, terliur lah tu..

Alhamdulillah Muhammad masih gagah berpuasa setakat hari ke 14 ini.

Teruskan usaha wahai anak muda!

Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad menerangkan: “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah. Mereka adalah:

• Pemimpin yang adil.

Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa.

• Orang yang hatinya terpaut pada masjid.

• Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.

• Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: “Percayalah, saya takut kepada Allah.”

• Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

• Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya. 

(Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim)

0 comments on "Dia kacau Muhammad"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez