Wednesday, July 24, 2013

Manja lah tu..


Manja sangat lah Muhammad nie. Asyik nak berkepit dan berdukung saja samada di sekolah dengan cikgu atau di rumah dengan papa serta ibu. Jadi payah untuk buat kerja lain.

Tapi sekarang Muhammad sudah mula pandai bermain sendiri. Baling-baling barang, carik-carik tisu, tergolekkan bakul sampah, panjat tangga, tawaf keliling sofa dan lain-lainnya.

Minum susu makin kurang. Makan pon hanya sedikit, selebihnya dipenyek-penyek dan disepah di lantai. Tidur makin lasak dan pakai baju tak boleh duduk diam.

Semalam dahi Muhammad bengkak dan luka sedikit kerana head-banging di taska. Pada lengannya ada bekas full-set-of-teeth gigitan rakan serta lebam berulang di pipi hasil cubitan geram.

Moga Muhammad sihat-sihat sahaja...


0 comments on "Manja lah tu.."

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez