Thursday, April 11, 2013

Bengkak mata


Pagi tadi kakak bangun tidur dengan mata yang bengkak akibat menangis semalam. Kenapa?

Kakak menunjukkan pamplet jualan pensil, pena dan kertas yang diperbuat daripada bahan mesra alam (bio-degradeable). Harga jualan 10,15 dan 20 ringgit. Sambil itu kakak menceritakan kepentingan menjaga alam sekitar seperti yang didengari.

Papa: Kakak nak buat apa beli pensil dengan kertas nie? Ibu dah belikan 2 kotak pensel dengan buku untuk conteng dan tulis. Banyak lagi yang kakak tak guna.

Kakak: Nak beli untuk jaga alam sekitar

Papa: Tak perlu beli lah. Masih banyak lagi barang kakak, nanti membazir.

Kakak: Ala kakak nak beli untuk jaga alam sekitar.

*Dengan setiap pembelian akan dihadiahkan... sementara stok masih ada..
Papa: Kakak nak beli kerana kakak nak barang percuma HelloKitty, Barbie dll nie kan?

Kakak: terdiam

Papa: Itu cuma kehendak dan bukan keperluan. Kita belilah apa yang perlu sahaja. Yang kehendak tu takde pon takpe. Kakak faham ke apa keperluan?

Kakak: Keperluan tu apa yang kita mesti ada

Papa: Kehendak?

Kakak: Apa yang kita nak.

Papa: Antara keperluan dan kehendak, mana yang penting?

Kakak: Keperluan..

Papa: Emm pandai. Kakak tak payah beli lah ye. Kalau kakak nak barang HelloKitty atau Barbie nanti kita beli

Kakak: berlalu sambil menangis...

*Papa agak kagum kerana kakak sudah faham maksud keperluan dan kehendak.

*Papa kurang setuju syarikat-syarikat mempromosikan barang-barang kehendak dalam kawasan sekolah dengan kerjasama pihak sekolah


0 comments on "Bengkak mata"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez