Monday, June 11, 2012

Pembantu hebat



Oleh kerana ibu sudah tidak larat untuk bergerak, papa ditugaskan menbeli barang keperluan / dapur. Kakak bersetuju menemani papa sebagai pembantu. Seawal 8pagi kami sudah terjengket-jengket secara senyap keluar rumah untuk mengelakkan adik daripada terjaga.

Selain jadi peneman serta pembantu, kakak juga jadi tukang membebel;
-Papa, cepatlah sikit. Kita makan dulu, kepala kakak dah pening nie. Kalau kakak pengsan macam mana?
-Papa, cepatlah sikit.. Penat dah kakak tunggu!
-Papa janganlah pilih lama sangat, ambik je mana-mana, sama je semua..
-Papa cepat lah kita beli makanan terus balik. Ibu dah lapar sangat tu,.. Nanti ibu makan meja!

*gambar: kakak sedang mengikat setiap beg plastik yang barangan yang sudah dikira. TQ kakak!

3 comments on "Pembantu hebat"

alhariesz on June 12, 2012 11:25 AM said...

klaka la kakak nih!!! :D

miera @ ibu on June 12, 2012 1:42 PM said...

sempat lg ngumpat ibu eh

PapaHanan on June 13, 2012 11:18 AM said...

Letih gak layan kakak membebel. Tapi kalau tak membebel, sunyi pulak..

Mana ada mengumpat lah ibu :)

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez