Thursday, May 17, 2012

Minggu peperiksaan



Hari ini mula minggu peperiksaan tengah tahun adik. Bagi anak berusia empat tahun, banyak juga subjek yang dipelajari dan diuji sepanjang seminggu, antaranya Bahasa Melayu, Hadith, Matematik, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Sains, Jawi, Al-Quran Dan Hafazan.

Papa pun berpesan, 'Nanti masa periksa, kalau adik tak tahu, adik tanya cikgu tau'. 'Adik tahu, senang je!', adik menjawab mudah...

*Esok kakak mula peperiksaan sekolah rendah. Sekolah KAFA tak pasti pula kerana tiada surat atau jadual peperiksaan daripada cikgu.

*Moga kakak dan adik memperolehi ilmu yang berkat dan bermanfaat dunia akhirat. Amin

0 comments on "Minggu peperiksaan"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez