Friday, January 13, 2012

Alam persekolahan



Alhamdulillah, sudah seminggu Kakak dan Adik menjalani alam persekolahan. Setakat ini semua berjalan lancar walaupun agak kelam-kabut menyiapkan anak-anak diwaktu pagi.

Kadang-kala kakak terjaga sendiri, terus mandi, bersiap dan bersarapan.

Adik pula sekadar merengek sedikit bila dibangunkan namun tersenyum gembira untuk ke sekolah walaupun matanya masih separuh terbuka. Cara terbaik ialah dengan membuatkannya ketawa dengan geletek, nyanyian lagu yang disukai, kata-kata semangat serta lawak bodo.

Papa dan ibu rasa syahdu serta bangga melihat anak-anak ke sekolah dengan penuh ceria.

'Ya-Allah, peliharakan keselamatan mereka semasa dalam perjalanan serta semasa menuntut ilmu. Berikan lah mereka ilmu yang berkat dan bermanfaat di dunia dan akhirat. Moga mereka menjadi hamba Mu yang solehah. AMIN!'

*gambar kakak dan adik sedang menunggu van sekolah.

0 comments on "Alam persekolahan"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez