Wednesday, October 26, 2011

Camera-less



Sejak sabtu, kamera D80 kesayangan papa dihantar ke pusat servis Nikon di Berjaya Times Square akibat beberapa masalah;
1) F-error yang kerap kali terjadi bila ingin mengambil gambar membuatkan lens tidak dapat berkomunikasi dengan badan kamera. Penyelesaian jangka pendek, pusing lens pada kedudukan wide, turn OFF dan ON semula kamera. Tapi kini masalah itu makin ketara sehingga perlu di restart beberapa kali dan membuatkan terlepas banyak moment berharga.

2) Kadang kala body kamera tidak dapat sync dengan flash atau tidak detect langsung kehadiran flash.

3) Sensor memerlukan pembersihan kerana tidak pernah dihantar servis.

Kamera tersebut telah bersama kita sejak 4-5 tahun lalu dan telah perform dengan sangat baik. Terlalu banyak kenangan manis yang berjaya dirakam dan diabadikan sepanjang masa itu terutama kisah kakak dan adik, kisah kita sekeluarga, kisah yang menjadi kenangan selamanya.

Moga kamera itu dapat beraksi cemerlang seperti sediakala.

*melihat orang lain dengan kamera mereka bagaikan sesuatu yang menusuk jiwa. CHA..CHA..CHA..

0 comments on "Camera-less"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez