Thursday, July 07, 2011

Kirim doa


Alhamdulillah, Nenek Asiah telah selamat sampai ziarah ke Madinah sebelum berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah. Cuaca di Madinah agak panas ketika ini iaitu 46 darjah celsius.

Beberapa hari sebelum nenek berangkat, ibu berpesan pada kakak, 'Nenek nak pegi buat umrah kat Mekah. Kakak mintak lah nenek doa kan apa-apa. Kalau doa kat sana Insya-Allah di makbulkan'. 'Kakak nak mintak doa apa?', tanya kakak buntu. 'Mintaklah doa apa-apa, mintak sihat ke, pandai ke, apa-apa lah', kata ibu menerangkan. 'Kakak nak mintak nenek doa kan kita kaya-raya, banyak duit... nanti boleh beli kereta Estima', kata kakak jujur walaupon kedengaran agak materialistik.

Papa pon ada mintak nenek doakan sesuatu kat sana. Dan tadi nenek hantar SMS, 'Mama dah doa di depan makan Nabi (Muhammad S.A.W)'. Moga makbul hendaknya, AMINNNNNNNNNNNN.

*Selamat menunaikan umrah buat Nenek Asiah, Nenek Ucu serta Cik Jiela. Moga segala urusan ibadah disana dipermudahkan dan diterima Allah S.W.T.


0 comments on "Kirim doa"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez