Wednesday, June 08, 2011

Anak-anak syurga..



Children of Heaven, begitulah tajuk sebuah filem daripada Iran yang difilemkan sekitar tahun 1997 dan ditayangkan di TV Al-Hijrah malam tadi.

Sebuah filem yang berpaksikan hanya pada sepasang kasut namun mempunyai kesan mendalam pada sesiapa yang menontonnya.

Kisah Ali (9 tahun) yang berasal daripada keluarga miskin, kehilangan kasut adiknya Zahra semasa berhenti membeli kentang usai membaiki kasut tersebut. Walaupon sedih, dalam usia sebegitu muda mereka sudah dapat memahami dan menerima (redha) dengan kesukaran ayahnya mencari rezeki serta keadaan ibunya yang sedang sakit.

Takut untuk menceritakan keadaan sebenar serta tidak mahu menyusahkan kedua orang tuanya, Ali dan Zahra bergilir-gilir memakai kasut Ali untuk ke sekolah walaupon kasut itu terlalu besar untuk Zahra. Setiap kali habis sesi persekolahan, Zahra akan berlari dan bergegas pulang supaya Ali dapat memakai kasut tersebut untuk ke sekolah pula. Dan seringkali juga Ali lambat sampai ke sekolah sehingga dimarahi oleh guru displin.

Seringkali Zahra menangis sedih kerana terpaksa memakai kasut Ali yang tidak sesuai untuk nya.

Maka Ali berazam untuk cuba mendapatkan kasut untuk Zahra.

Kebetulan, ada acara marathon yang menawarkan sepasang kasut sebagai hadiah bagi pemenang tempat ketiga. Berbekalkan azam tersebut serta wajah sedih Zahra sebagai pembakar semangat, Ali menyertainya dengan harapan mendapat tempat ketiga. Namun sayang, Ali menjadi juara dan sekaligus terlepas peluang memenangi hadiah kasut...

Filem ini berjaya membuat kita berfikir dan lebih menghargai serta bersyukur dengan apa yang kita ada.

===========
Kisah lain...

Deeja sudah beberapa kali kehilangan kasut / selipar. Tiap kalinya hilang semasa Deeja tidur dalam dukungan..

0 comments on "Anak-anak syurga.."

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez