Monday, March 28, 2011

Anda PASTI?


Alhamdulillah hari ini kakak telah memulakan persekolahan di tempat baru iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Taman Jasmin.

Sejak beberapa minggu lepas Papa serta Ibu sudah mengutarakan niat secara berperingkat pada kakak untuk menukarkan Kakak ke sekolah lain. Agak bimbang juga untuk membuat keputusan tersebut kerana Kakak sudah serasi dengan sekolah sedia ada iaitu SmartReader Kids, Taman Kajang Sentral. Namun setiap kali subjek pertukaran sekolah itu diutarakan, Kakak dapat menerima dengan tenang dan seakan seronok. Tambahan pula, rakan se-Taska nya iaitu Mirza memang bersekolah di PASTI tersebut. Sekurang-kurangnya kakak tidak lah keseorangan.

Keputusan pertukaran tersebut bukan lah kerana sekolah SmartReader Kids tidak bagus, jauh sekali kerana masalah kewangan tapi secara jujurnya kerana Papa dan Ibu mahu kakak lebih didedahkan dengan didikan agama supaya mempunyai asas yang lebih baik. Boleh mengenal jawi, mengaji, hukum-hakam asas, menghafaz surah-surah Lazim, doa-doa harian, solat, asas bahasa arab dan lain-lain lagi. Lagipon dari segi perkembangan, kakak sudah boleh membaca rumi (walaupon masih mengeja dan merangkak) serta sudah boleh membuat matematik mudah.

Moga kita dapat berlapang dada dengan perubahan baru ini dan moga Allah S.W.T mengurniakan berkat serta rahmat-Nya, AMIN.

Kakak sangat comel bila bertudung

Bersama adik yang bermata sembab (baru bangun tido)






Ritual serta doa belajar




Masa untuk pulang, bersama Mirza serta rakan baru dalam van Ayah Chaq.

0 comments on "Anda PASTI?"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez