Wednesday, April 21, 2010

PANIK!



Seperti biasa sejak beberapa hari lepas, papa bangun seawal mungkin untuk menyiapkan diri serta anak2.

Usai mandi, solat, mendandan kakak serta menyediakan susu buat keduanya, papa mula menyiapkan diri sambil melayan cerita mimpi kakak dikejar hantu.

Setelah beberapa ketika, papa menjengah adik yg sedang menyusu walaupon matanya belum boleh dibuka. PANIK seketika bila adik tiada ditempatnya. Pantas papa pergi lebih dekat untuk mencari dan memastikan sekiranya adik bergolek jauh drp tempat tidurnya. Namun tiada..

Dalam suasana kelam subuh papa mencari segenap arah, rupanya adik sedang berdiri dalam gelap disebelah rak buku sambil menghisap jari..

CEH! Bikin panik saja adik nie..

*Separuh jiwa ku pergii...

0 comments on "PANIK!"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez