Friday, February 19, 2010

Demam



Dua hari berturut2 adik demam. Papa dan ibu silih berganti mengambil cuti untuk menjaga adik bagi memastikan adik sihat sepenuhnya sebelum dihantar ke skool. Tp pagi tadi adik demam lagi, namun terpaksa juga dihantar ke skool sambil dibekalkan dengan ubat2, coolfever serta pesanan pada cikgu supaya tengok2 kan adik.

Tghari tadi ibu hubungi skool bertanyakan keadaan adik. Cikgu kata, 'Adik OK, sedang menari2 nie', sambil disulami bunyi muzik latar drp TV.

Alhamdulillah adik dah OK dan moga adik akan terus SIHAT!

Adik dah boleh mengeluarkan bait2 ringkas walaupon bunyinya belum betul2 jelas.
1) 'Tito.. tito.. titoo..' kata adik mengajak tidur
2) 'Tutu.. nak! tutu..' kata adik mengajak ke dapur membuat susu.
3) 'Aiye.. aiyee..' kata adik ingin minum.

Adik juga dah pandai menyambung nyanyian;
Papa nyanyi, 'Adik, adik..'. 'la la la la la..', sambung adik menyanyi.

Adik juga sudah pandai meminta;
1) Disuakan tangannya supaya kita menyambutnya dan menarik ke meja sambil kepala mendongak memandang brg2 makanan atas meja. Angkatlah satu persatu barang2 itu dan tunjukkan padanya dan dia akan mengeleng sekiranya itu bukan yg dimahukan. Sebaliknya dia akan tersenyum menampakkan barisan gigi comel sekiranya itu yg dihajati.

2) Sekiranya diberikan vitamin C, adik akan minta DUA. Satu utk dirinya dan satu lagi untuk kakak.

3) Selepas mandi pagi dan berpakaian, adik akan terus ke rak kasut sambil menepuk2 pintu tanda mahu berjalan2 diluar.

4) Adik juga sudah pandai mengangkat2 tangan pinta didokong.

Itulah adik..

0 comments on "Demam"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez