Tuesday, January 05, 2010

Aqila first day to school


Semalam 4hb Januari 2010 merupakan hari yang bersejarah bagi kakak, papa serta ibu. Hari pertama kakak memulakan alam persekolahan. Agak berat bagi papa dan ibu untuk menerima hakikat bahawa kakak sudah besar..

Walaupon kakak sudah melalui seminggu percubaan di sekolah tersebut, namun setiap permulaan / perubahan yang baru pastinya meresahkan.

Bangun pagi, kakak dipaksa gosok gigi, cuci muka dan mandi (nyanyi lah). Kemudian mengenakan pakaian sekolah baru yg telah digosok rapi oleh ibu.

Dan bersiap sedia untuk ke sekolah.

Bersarapan didalam kereta.

Sambil melayan Monday-Blues dan mungkin juga risau dengan persekitaran baru.

Kakak terpaksa dibiasakan dengan pengangkutan rasmi ke sekolah supaya boleh terus berdikari untuk hari mendatang. Lihatlah wajahnya tanpa reaksi yg seolah2 berkata, 'Papa, help me!'

Sampai di sekolah, kakak berdondong bersama kawan2 menuruni kenderaan sambil mengangkat / mengalas beg.

Kemudian menaiki tangga menuju tingkat ke gedung ilmu.

Sesampainya disekolah, kakak hanya duduk lesu membiarkan sahaja rakan2 lain menyertai aktiviti yg dijalankan. Papa dan ibu cuma memerhati dari jauh. Sesekali kakak mencuri pandang untuk memastikan kami masih disitu.

Cikgu tetap berusaha untuk menggalakkan kakak terlibat sama dalam aktiviti yg mereka jalankan.

Namun kakak tetap tiada reaksi dan lebih seronok bermain sendiri.

Sambil mengambil masa untuk menyesuaikan diri seperti rakan seangkatan.

Sambil berbaring bagai dunia kakak yang punya. Tanpa perlu perduli apa yang berlaku disekelilingnya.

Sesekali cikgu datang memujuk cuba mengambil hati dan beramah mesra.

Dan akhirnya kakak menangis tanpa dapat dibendung lagi meluahkan seluruh rasa sedih, sayu, risau, takut bercampur-baur dalam hatinya. Bagai dirobet2 hati papa disaat itu. Satu paparan yg akan kekal lama dalam memori, sayu, pilu.

Untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk, dan kakak terlalu bergantung pada Papa dan ibu, kami terpaksa meninggalkan perkarangan sekolah dengan segera.

Sehabisnya waktu persekolahan, papa dan ibu menanti kakak dihadapan taska tempat transit seterusnya. Kakak turun dari van sekolah bersama beg yang digalas sambil dibantu oleh cikgu. Wajahnya bertukar ceria bila ditanya tentang hari persekolahan nya dan mungkin juga lega kerana itu semua sudah berlalu.

Dalam kereta kakak sibuk bercerita dengan ibu dan adik tentang pengalamannya.

Seterusnya, demi memastikan kakak lebih selesa dan proses membasmi kutu dapat berjalan dengan lebih lancar, rambutnya dipotong pendek. Begitu juga rambut adik.

Lihatlah wajahnya yang ceria dengan pakaian baru, pengalaman baru, potongan rambut baru serta upah AISKRIM yang sedia menanti.

Dan lihatkah mereka seronok menggayakan potongan rambut-baru-pembasmi-kutu bersama baby (read: doll) yg sering menjadi rebutan serta bahan tangis.


Moga hari-hari mendatang kakak akan lebih ceria, seronok dan dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat. Belajar rajin-rajin ye kakak, nanti bila besar boleh jadi 'BUSINESSWOMAN' yang berjaya. Insya-Allah!

1 comments on "Aqila first day to school"

Anonymous said...

dh besar dh aqila...hehe..lama gila tak baca blog ni kan..kal dulu2 cheq rajin mengikut perkembangan...hehe...(nida)

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez