Wednesday, June 10, 2009

Kisah masyarakat


"Mana anak nya?", sapaan ringkas sambil membayar RM4.00 pd wanita indonesia pekerja tetap penjaga parking bila kelibat anak kecil yg selalu bermain disekitar tidak kelihatan.

"Tidur lagi, semalam pukul 3 pagi baru tidur", wanita itu menjawab dan lalu menyambung, "Pukul 12 malam disuruh pindah keluar, suruh cari rumah lain", wanita itu menyambung tanpa dipinta. "Sudah dipujuk, mau keluar pagi tapi dipaksa juga keluar jam itu juga", jelas tanda kekesalan pada intonasi dan wajahnya.

Kisah rakan senegara (berkahwin dgn orang tempatan) yg tidak berhati perut, menggunakan kuasa / kelebihan yg ada untuk menindas orang yang lemah. Kalau dulu akrab, bertepuk-tampar, saling gelak dan tangis bersama tapi kini tinggal hasad dengki, busuk hati.

Tapi tuhan itu Maha Berkuasa. Jam itu juga wanita tersebut mendapat rumah sewa lain dan selesai berpindah memunggah barang2 yang bertimbun beberapa jam kemudian dengan bantuan rakan-rakan yang bersimpati.

Amat jelas riak kekesalan dan keciwa wanita itu terutama bila ianya dilakukan oleh rakan senegara yg sepatutnya saling membantu dan lebih memahami.

Kuasa / kelebihan yang ada hendaklah digunakan untuk kebaikkan dan bukan untuk menindas orang lain kerana ia tidak akan kekal lama.

*tiada kaitan dengan kakak mahupun adik, cuma sekadar pedoman buat kita semua

0 comments on "Kisah masyarakat"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez