Saturday, May 16, 2009

Minority Report


Hari nie jiran depan rumah buat house warming and sedikit sambutan sempena baby baru mereka. Walaupon pintu rumah kami bertentangan tapi kami jarang berjumpa. Kadang kala cuma terserempak seketika secara kebetulan sahaja kerana masa kerja kami berbeza.

Jiran kami, Andrew dan Pamela pasangan berketurunan India menganut agama Kristian. Berpindah kira-kira setahun lepas bersama seorang anak nya yang comel. Kini anak kedua yg lahir kira-kira 3 bulan lepas bernama Josephine. Mereka secara personal menjemput kami datang apabila bertembung beberapa minggu lepas.

Bila memikirkan soal kehalalan makanan yang akan dihidangkan, agak keberatan juga hendak menghadiri majlis tersebut. Tetapi memikirkan tanggungjawab sbg jiran dan org yg dijemput, maka gagahkan diri juga.

Sangat berbeza perasaannya bila menjadi minoriti didalam sebuah majlis dikelilingi saudara mara-mara mereka yg tentunya berketurunan India santak segenap ruangan pangsapuri 850 kaki persegi itu. Meriah dengan gelak tawa dan perbualan keluarga.

"Baru sahaja makan", jawapan cuba mengelak kepada soalan Pam sebelum beliau menyarankan mencuba manisan tradisi India yg kurang pasti namanya. "Tak sedap", kata kakak dengan suapan pertama manisan itu yg sedikit berempah dan agak ketara rasa cengkih nya. Papa letak jari pada mulut tanda 'diam' pada kakak supaya tidak meneruskan komen yang mungkin boleh disifatkan kurang ajar bg tuan rumah. Actually the taste is not so bad. A bit different sebab kita tidak pernah merasainya. Kakak hanya makan sepotong buah tembikai.

"Nak makan nasi", tiba-tiba kakak bersuara bila melihat tetamu lain menjamah hidang nasi berlauk dengan ayam goreng. "Kita makan kat rumah nnt ibu masak", pujuk papa sambil berbisik. Kakak muncung panjang. Sebelum keadaan kakak bertambah teruk papa pon terus dukung kakak dan minta izin untuk pulang.

"Sekejap sahaja?", tanya Pam bila kami minta diri. "Dia dah nak balik", jawab papa sambil tunjuk arah kakak yg sedang dlm dukungan.

"Ibu kakak nak makan nasi", kata papa pada ibu yg sedang melipat kain sambil menjaga Khadeeja yg sedang demam.

20 minit kemudian hidangan pantas nasi bersama sup sayur, ayam goreng, telur dadar dan bawang berkicap siap. Kakak makan beberapa suap sahaja kemudian terpacak depan TV.

Tahniah pada pasangan Andrew & Pamela atas kelahiran anak comel mereka Josephine. Terima kasih juga atas jemputan.

1 comments on "Minority Report"

alhariesz on May 18, 2009 1:04 PM said...

Krismas lepas, jiran umah atas, si Mary pun jemput dtg umah....kalo tak dtg taknak kawan katanya...hehe

Last2 tak gi...sebab taktau camne nak react depan family + kengkawan dia...tang makan lagi...

rase bsalah plak...

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez