Wednesday, February 04, 2009

Pandai lah kakak nie


Kakak dah pandai bergaul sekarang. Tapi still perlukan sedikit masa untuk get comfortable to new environment / people yg sesekali jumpa. Kadang papa kena prepare mindset (pesan) kakak sekiranya nak pegi / melawat sesuatu tempat / jumpa orang.

Contohnya nak pegi umah nenek, papa kena pesan supaya;
1) Kakak jangan nangis / muncung bila sampai
2) Kena salam atok, nenek, semua orang
3) Main elok2, jangan gaduh2, jgn pegi jauh2

Kakak cuma angguk2 je tanda paham atau akan cakap 'Okehlah papa!'.

Actually keadaan kakak skang alot better. Dulu kakak langsung taknak ngan orang lain. Asik nak berkepit ngan ibu jerk. Papa nk pegang pon kakak nangis. Lepas kakak setahun lebih baru lah papa boleh main2 ngan kakak. Kalau 3 hari kat umah nenek, on the last day baru lah kakak nak main2 ngan orang lain.

Walau sekarang masih ada sikit problem tu, tapi kejap jerk. Tak lama lepas tuh kakak dh bleh main2 dgn semua org.

Last CNY balik rumah nenek midah @ Kota Tinggi. Seronok sangat tgk kakak main2 kat sana. Main dgn abang2 & kakak sepupu, main ngan pak long, mak long, pak ngah, sembang2 dgn nenek.

Even kawan2 kepada abang2 sepupu yg datang bermain pon kakak boleh layan. Cuma dorang je yg taklayan kakak. Bila dorang kumpul ramai2, kakak pon datang sambil bawak anak patung sambil cakap, 'Nie Tasya kitaaaaa'. Cute kan?

Ada masa kadang kakak ajak nenek duduk sama, 'Nenek duduk lah sini, temankan qila tengok TV'. And bila dah duduk sama, macam2 lah soalan yang ditanya. Kadang letih gak lah nak jawab bila setiap jawapan di kemukakan semula dengan soalan, 'KENAPA??'.

Ada satu lagi skill terbaru kakak iaitu buat ayat kesian dgn muka kesian. Cth;
1) 'Papa, kat umah nenek midah ada susu tak??' - Nak suruh buat susu lah tu
2) 'Lama papa tak buat susu utk qila. Kesian Qila...' - padahal baru jer habis sebotol 1-2 jam lepas
3) 'Kesian qila duduk soang-soang, takde sape nak temankan qila' - Nak papa/ibu duduk main2 sama-sama
4) 'Papa, qila penat lah. Sakit kaki, tak larat nak jalan' - Nak mintak dukung

Dan macam-macam lagi. Pandai lah kakak nie.

2 comments on "Pandai lah kakak nie"

rudy bluehikari on February 12, 2009 7:37 PM said...

kenapa ek..semua kata-kata qila tu stereotype with my hiroshi? almost budak2 kecik sebaya hiro pun dorg bagi alasan sama...nak dukung ckp sakit kakila bagai... padahal xda pun persekutuan kanak2 umur 3 tahun sedunia...ahahaaha xkanlah kemudahan internet plak kannnnn

Papa Hanan on February 19, 2009 10:52 PM said...

Bijak budak2 sekarang kan? Kadang letih gak nak melayan, tapi kadang seronok gak.

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez