Thursday, December 18, 2008

Movit, movit


Tempohari di Kelantan.

'Papa, nak tengok movit movit', kata qila dalam kebosanan.
Papa pon carilah VCD tersebut diantara VCD atok yang menimbun dan tak di organize dengan baik. Lama gak papa carik, drp tengah ke tepi, drp kanan ke kiri, drp depan ke belakang tapi tetap tak jumpa.

'Papa, pegi lah tanya atok mana CD movit movit', Qila bagi arahan setelah lama menunggu.
'Kejap lah qila, papa tengah cari nie.', jawab papa sambil berusaha dengan lebih gigih selepas pasang lampu tambahan. Tapi tetap tak jumpa.

'Papa, pegi lah tanya atok mana CD movit movit tuuuu', kata qila lagi bertambah bosan.
'Kejap lahh papa tgh cari nie', jawab papa lg. Tapi tetap tak jumpa.

'Ishhh papa nieee, pegi lah tanya atok mana CD movit movit tu. Dah berapa kali qila kata. Papa nieeee', kata qila lagi setelah lama sangat menunggu papa mencari VCD yg tak kunjung tiba.

Macam MAK NENEK kan???

Sebenarnya ayat dan intonasi tersebut qila absorb drp perkataan papa dan ibu. Padan muka kena batang hidung sendiri. So HATI-HATI lah bila bercakap dengan anak anda.

*Bijak betul kakak nie.
*movit movit = Filem Madagascar 2

0 comments on "Movit, movit"

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez