Wednesday, October 22, 2008

Kisah ramadhan lalu



Cantik kan qila berbaju kurung putih berbunga kecil. Inilah baju raya qila tahun lepas. Gambar nie sempat snap dalam lift masa nak pegi majlis berbuka puasa anjuran opis papa n ibu. Papa ngan qila pegi berdua aje, ibu jaga khadeeja kat umah.

Bila sampai ke parking lot, papa buka pintu kereta dan hidupkan enjin. 'Kita nak pegi naik keta ke jalan kaki?', tanya qila. 'Naik kereta lah, jauh sangat nak jalan kaki', jawab papa ringkas.

'Alah qila nak jalan kaki, taknak naik kereta', qila mula merengek. 'Mana boleh jalan kaki, jauh sangat lah', papa cuba pujuk. 'Nak jalan kakiiiiiii', qila menangis sampai meleleh2 hingus.

Papa cuba pujuk dengan berbagai alasan tapi lepas 10 minit tetap tak jalan gak. At last papa give-up. Matikan enjin, lock-up kereta, angkat qila yg masih bercangkung melalak terus balik semula ke rumah. CANCEL nak berbuka kat hotel hari tu.

Giller ah nak pegi jalan kaki. JAUH tuh KAJANG ngan PUCHONG, mau esok baru sampai!!


1 comments on "Kisah ramadhan lalu"

mak ammar said...

hehehe.. very comel. esok pun belum tentu sampai tau qila..

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez