Wednesday, November 07, 2012

Salah bantal?

0 comments

Petang isnin sesampai di taska, dari jauh papa lihat adik keluar dengan kepala teleng senget dengan teruk ke kanan. Cikgu kata deeja salah bantal, tapi deeja kata ada kawan (ter)pijak masa tido.

Berdebar dan panik juga dengan keadaan sebegitu, sepanjang perjalanan ke klinik hanya mampu berdoa dalam hati agar tiada yang kritikal atau kecederaan kekal.

(*Don't do these at home!!)
Doktor memeriksa tulang leher, tiada yang pelik. Doktor mengalih-alih kepala deeja kiri dan kanan, atas dan bawah serta memeriksa bahagian badan lain jika ada kecederaan. Alhamdulillah tiada kecederaan yang perlu dibimbangkan. Doktor bekalkan pain-killer serta neck-support untuk dipakai selama 1-2 minggu. Deeja kembali ceria cuma agak grumpy terpaksa memakai neck-support.

Papa: Tak sakit ke masa doktor periksa?
Deeja: SAKIT!
Papa: Kenapa adik tak cakap?
Deeja: Adik malu dengan doktor..

Sementara itu kakak pon masih demam sejak beberapa hari lalu. Mungkin keraba asyik terkena hujan lebat yang agak kerap waktu petang. Pukul 2 pagi papa terjaga, suhu badan kakak agak tinggi. Bila tuaman air sejuk tidak membantu, papa bawa kakak ke bilik air untuk mandi..Alhamdulillah panas makin surut. Walaupon tidak sihat, kakak masih chatty (suka bersembang)..

"Ya Allah berikanlah kami kesihatan. Baik kan lah leher khadeeja, pulihkanlah kesihatan aqila, berikan juga muhammad kesihatan, papa dan ibu kesihatan.. Pulihkan juga kesihatan PakLong seperti sediakala. Ya Allah tuhan yang Maha Pengasih. Amin"

*Sejak semalam badan papa pun mula sakit-sakit, suhu naik, selsema dan batuk..




Monday, November 05, 2012

I am number 2!

0 comments

Minggu lepas ada jamuan serta majlis kecil di sekolah Deeja. Sampai di rumah deeja menunjukkan makanan serta goodies (jajan) yang dibawa pulang beserta dua bekas makanan plastik berwarna hijau. 'Adik menang nombor dua!', kata deeja seronok. 'Adik menang apa?', tanya papa ingin kepastian punca kemenangan itu. 'Tak tau..', deeja menjawab ringkas seperti kebiasaannya sekiranya tiada jawapan untuk digoreng.

Tadi ibu menghubungi sekolah, rupanya deeja yang suka ponteng dapat NOMBOR DUA dalam kelas!

HEBAT LAH ANAK PAPA!!

*kelas deeja hanya ada 4 orang murid..


Friday, November 02, 2012

Ngompol

0 comments

'Papa, adik tak mau tido pakai pampers selama lama lama lama lama nya', kata deeja suatu hari. Itu azam yang tiba-tiba timbul daripada anak kecil 4 tahun yang merasa dirinya sudah besar.

Papa hanya mengangguk kagum dengan azam itu. Namun anggukan itu bersyarat.. deeja mesti kencing dahulu sebelum tidur. Deeja akur...

Dan episod terkencing semasa tidur (jawa: ngompol) pon berulang beberapa kali.

'Papa, adik kencing... basah', kata deeja sedih dan takut dimarahi. 'Emm takpe lah, deeja kan kecik lagi. Nanti deeja dah hebat, tak terkencing lagi', kata manis menenangkan hati sikecil itu.

*Gambar: Deeja sedang menolong ibu melipat kain baju..


Wednesday, October 31, 2012

Hari kedua Liver-Biopsi

0 comments

Hati papa agak kurang tenang, kepala agak kacau di pejabat tadi... singgah di Hospital Selayang supaya hati tenang..

Hari kedua PakLong di Hospital Selayang selepas Liver-Biopsi. Walaupon nampak sihat, tapi sebenarnya PakLong tersenyum dalam kesakitan.

Masih perlu alat bantu pernafasan akibat luka pada paru-paru semasa prosedur berjalan. Kecuaian atau takdir? Namun PakLong berlapang dada dengan apa yang berlaku dan berserah serta mengharap yang terbaik daripada Allah S.W.T. Moga doktor serta pihak hospital lebih teliti dan berhati-hati semasa menjalankan tugas.

Moga kesihatan PakLong segera pulih.


Tuesday, October 30, 2012

Liver Biopsi

0 comments

Sejak semalam PakLong masuk ke wad Hospital Selayang untuk Liver Biopsi akibat kerosakan hati kesan daripada Hepatitis B.

Pagi tadi prosedur berjalan lancar kecuali suatu ketika bila jantung terhenti. Prosedur bermula 9pagi dan hanya pada pukul 2 lebih PakLong baru sedar daripada bius.

MakLong di kampung jangan risau, Insya-Allah kami uruskan sebaiknya.

Moga PakLong cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.. amin.


Monday, October 29, 2012

Berkubang

0 comments

Sabtu dan ahad mereka berkubang dalam kolam dan di pantai Tanjung Biru, Port Dickson sempena cuti Aidiladha.

Papa sebagai bodyguard / lifeguard memerhati dari tepi, dan sesekali melayan deeja berkubang sama sambil menyelam lama..

'Lepas nie kita tenggelam lama, lama, lama, lama, lamaaaa sangat!!', kata deeja memberi arahan.

*layan sampai hitam kulit!!


Sunday, October 21, 2012

Kena tarik pulak dah...

1 comments

Episod kereta rosak semalam bersambung lagi.. Selesai cucuk 3 bulan Muhammad di Klinik Kanak-kanak An-Nur, tiba-tiba kereta mati di traffic light Bangi. Ibu, kakak, adik dan Muhammad kepanasan dalam kereta.

Setelah beberapa ketika, kereta boleh dihidupkan semula dan sempat berhenti di Shell berdekatan. Topup minyak enjin yang agak berkurangan, namun aras tangki air masih tinggi.

Tinggalkan sebentar Ibu, kakak, adik dan Muhammad di Shell sementara papa mencuba keadaan kereta...

Kereta mati lagi di flyover bangi-kajang. Terpaksa menghubungi UcuRizal untuk membantu menghantar Ibu, kakak, adik dan Muhammad pulang ke rumah sementara papa cuba untuk ke bengkel berdekatan..

Kereta hidup dan bergerak semula namun mati lagi betul-betul selepas u-turn Plaza Tol Bukit Kajang. Masa ini betul-betul bergantung pada Allah dan inersia kereta bergerak daripada lane kanan melintasi 3 lane terus ke laluan kecemasan. SILKronda membantu mengisi air dalam radiator yang bocor, namun kereta sudan tidak boleh dihidupkan..

Usai menghantar Ibu, kakak, adik dan Muhammad pulang ke rumah, UcuRizal datang menemankan papa sementara menunggu FREE-car-towing daripada Etiqa Insurans ke bengkel berdekatan. Bagus juga perkhidmatan auto-assist Etiqa. Selepas menghubungi talian aduan, mereka menghubungi semula untuk kepastian serta dihubungi semula oleh petugas tow-truck untuk memastikan lokasi.

Di Osaga Kajang (bengkel regular untuk servis), kebocoran radiator dibaiki namun gasket sudah affected dan perlu di overhaul. Kemungkinan kos pembaikkan kereta mencecah RM5,000 dan akan selesai dalam masa 2-4 minggu. Perasaan semasa kereta sedang di periksa seumpama perasaan menanti ibu melahirkan kakak, adik dan Muhammad dalam labour room..

Terima kasih pafa UcuRizal atas bantuan dan menemankan di tepi jalan...











Friday, October 19, 2012

Knights in Shining Vest

0 comments

Tadi ketika sedang memandu pulang membelah kesesakan lalu-lintas dalam cuaca basah kehujanan, tiba-tiba kereta tersengguk-sengguk lalu enjin mati secara mengejut. Nasib baik lalu-lintas agak perlahan. Dengan sisa inersia kereta yang masih berbaki, sempat melintasi tiga 'lane' daripada kanan ke laluan kecemasan.

Usaha menghidupkan enjin beberapa kali tidak berjaya. Setelah berhenti beberapa ketika, kereta boleh dihidupkan semula, namun mati semula sebaik sahaja melepasi lorong SmartTAG di plaza toll Sg.Besi. Enjin mati betul-betul ditengah lebuhraya dengan kenderaan lain bersimpang-siur mengelak halangan.

30 minit selepas panggilan kecemasan, PLUSronda datang membantu. Rupanya air kereta sudah kering-kontang yang menyebabkan enjin terlalu panas. Namun begitu, tolok suhu dalam kereta kelihatan normal.

Setelah 5 botol air dicurah masuk dalam radiator serta tanki simpanan, keadaan kereta kembali seperti asal. Alhamdulillah syukur tak terhingga atas nikmat, kemudahan dan pelihara daripada Allah S.W.T.

Terima kasih tidak terhingga pada En.Nordin serta En.Mohd Sabri daripada PLUSronda atas bantuan. You are my 'Knights in Shining Vest'!!

---------------------------------
PLUSronda, PLUSronda..
Kami datang, membantu orang dalam kesusahan
Kami tidak tak gagah dan kami tidak kuat tapi bila berkerjasama, yang susah jadi mudah..
Yeaaaa PLUSronda!!


Monday, October 15, 2012

Minggu peperiksaan akhir tahun

0 comments

Minggu ini kakak dan adik akan menjalani peperiksaan. Sabtu dan ahad ibu mengerah kakak dan adik membuat latih-tubi buku yang baru dibeli.

1) Kakak agak cuai dalam menjawab soalan.

Papa dan ibu: Kakak bacalah betul-betul soalan nya. Jangan cuai. Kalau dah abis buat semua soalan, kakak semak semula dari awal. Banyak markah kakak rugi tu...

Kakak: Kalau jawab semua betul dapat markah banyak dapat apa? Bukan dapat hadiah pon!..

Papa dan ibu: *kelu tak terkata

2) Adik pula banyak karenah dan main daripada membuat kerja..

Ibu: Deeja buat lah kerja tu, jangan main- main. Buat sikit lepas tu asyik main, bila nak siap. Esok deeja kan periksa. Dah dua minggu deeja ponteng, macam mana deeja nak jawab periksa??... Bla bla bla bla and bla bla bla blaaaa... (membebel)

Adik: Ibu jangan cakap (membebel) bole?...

Ibu: *terkedu

Moga kakak dan adik mudah manjawab soalan-soalan peperiksaan, Amin.


Thursday, October 11, 2012

Rancangan TV not-child-friendly

0 comments

Dalam kereta semasa pulang daripada taska...
Deeja: Papa dengan ibu tengok cerita Bayu tak?. Kat taska ada cerita bayuuu..
Papa: Cerita cinta-cinta nyehhh???
Deeja: Bukan cinta-cinta. Dia suka lelaki lain... (sambil berbisik ala malu mengumpat).

Semalam semasa sedang menonton filem popular 90an 'Armour of God' lakonan Jackie Chan di TV2, papa terkejut dengan salah satu babak mandi tanpa pakaian yang tidak ditapis.

Minggu sebelumnya stesen tv yang sama menayangkan filem hindustan dengan heroin nya menari-terkinja memakai sari sebagai kain dengan sekadar bra kecil menutupi bahagian dadanya. Apa moral / mesej yang nak disampaikan??

Buat masa ini ada beberapa rancangan kanak-kanak yang off-limit pada kakak dan adik;
1) Timmy Time - tiada dialog, sekadar bunyi haiwan. Tidak merangsang pertuturan / vocabluary
2) Pucca - Tidak sesuai
3) Oggy and the Cocroaches - unsur ganas dan pergaduhan
4) Tom and Jerry - unsur ganas dan pergaduhan

*bila dilarang, muncung panjang sedepa..


Monday, October 08, 2012

Ponteng lagi!

0 comments

Sudah hampir dua minggu deeja ponteng sekolah. Mulanya kerana kakak dicutikan oleh sekolah KAFA untuk memberi laluan ujian darjah-darjah lain. Sepatutnya minggu ini adik mula bersekolah seperti biasa, tetapi bila van sampai adik menangis dan memeluk kakibpapa dan ibu tidak mahu naik.

Bila ditegur dan dinasihati adik sudah pandai menukar topik atau mereka topik lain untuk mengaburi papa dan ibu.

Semalam kakak menghubungi papa dan mengadu bahawa adik nakal di rumah serta tidak mahu mendengar kata ibu. Bila papa bercakap dengan adik dan bertanya duduk perkara sebenar, adik pon mereka cerita sambil menangis..
"Adik nak minum teh-O, tapi dah abis. Adik tak pandai nak buat sendiri...UWAAAA"

Ibu pon buatkan adik dan kakak iced Milo-Tabur.

*Mungkin ke adik rasa diketepikan sejak kehadiran Muhammad?


Thursday, October 04, 2012

Rindu Muhammad

0 comments

Tiba-tiba rasa sangat rindu pada Muhammad yang semakin 'semangat' dengan susuk tubuh yang makin bulat, otot berulas-ulas serta cukup ramah bila diajak berbicara dan diagah.

Alhamdulillah!


Wednesday, September 26, 2012

Sharing is caring

0 comments

Minggu lepas kakak memujuk papa untuk membeli buku cerita di sekolah. Setelah puas memujuk, papa pon memberikan keizinan untuk membeli buku "Batu belah batu bertangkup" dan buku mewarna Boboiboy untuk adik.

Tapi keizinan itu bersyarat.. iaitu kakak perlu baca, faham, ceritakan semula berdasarkan pemahaman dan nyatakan pengajaran yang boleh diperolehi (moral of the story) cerita itu.

Berikut pengajaran yang boleh diperolehi;
1) Tidak boleh tamak dan mementingkan diri sendiri dalam sesuatu perkara. Mestilah sentiasa sedia untuk berkongsi dengan adik sama ada mainan, jajan, gula-gula dan lain-lain

2) Adik beradik kenalah sentiasa menjaga antara satu sama lain. Kakak yang lebih besar mestilah sentiasa jaga serta perhatikan adik.

3) Membunuh diri bukannya jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah tak kira apa pon alasannya. Ini yang paling penting, kerana membunuh diri adalah HARAM disisi Islam. Kepada Allah jua tempat kita bergantung dan mengadu.

*Sabung ayam tu kira mencederakan haiwan dan sekiranya ada taruhan sudah jadi HARAM kerana judi.


Tuesday, September 25, 2012

Ni hao ma?

0 comments

Kakak dan adik mengayakan baju Chongsam didatangkan khas daripada Beijing pemberian Atok dan Nenek.

Tapi sebaik sahaja sampai di taska adik terus menukar baju lain. Adik tak suka jadi perhatian.. malu.!


Saturday, September 22, 2012

Muhammad dan Muhammad

0 comments

Tadi berkesempatan menziarahi Aunty Fara dan baby barunya di Bandar Seri Putra. Ini pertemuan pertama Muhammad (Al-Fateh) dan Muhammad (Omar).

Tahniah buat Aunty Fara dan Uncle Hasnol.



Sunday, September 16, 2012

Cikgu Ida

0 comments

Syawal telah sampai ke penghujung nya, bulan perayaan bulan kemenangan.

Semalam sempat memenuhi undangan rumah terbuka Aunty Sue dan Uncle Mahyud di Putra Perdana, Puchong kawasan tempat tinggal lama Papa dan ibu ketika baru berumahtangga sehingga kakak lahir.

Hari ini pula memenuhi undangan rumah terbuka Syafi, rakan taska serta Pasti kakak dan adik. Kebetulan juga Cikgu Ida menjadi salah seorang tetamu. Cikgu Ida dahulu merupakan salah seorang pengasuh di Taska As-Suffin menjaga kakak serta adik sejak bayi sehingga besar. Kenangan lama...


Friday, September 14, 2012

OMG!

2 comments

Ketika sedang memandu papa terasa lapar. Papa pon terus berhenti sementara menunggu ibu turun pergi membeli pisang goreng serta cakoi yang kebetulan ada ditepi jalan.

Adik sudah lena dibelakang. Kakak memanjat ke depan mengambil tempat ibu.

Kakak: Ibu nak pergi mana tu papa?
Papa: Ibu pergi beli pisang goreng dan cakoi.
Kakak: Cakoi tu apa papa?
Papa: Alah cakoi yang kakak makan selalu tu..
Kakak: Oooo.. Macam mana dia buat cakoi?
Papa: Senang je. Dia ambil CAK dengan KOI jadilah CAKOI... (auta)
Kakak: OH MY ENGLISH!!!... (Sambil menepuk dahi)

*Gambar kakak sedang mencuba telekung baru. "Eh ingatkan patung!!", kata salah seorang pengunjung yang sedang sibuk memilih barang.



Tuesday, September 11, 2012

Muhammad 1st day of school

0 comments

Semalam hari pertama Muhammad bersekolah di rumah penjaga. Pastinya Ibu sangat berat melepaskan Muhammad setelah dua bulan penuh melayan Muhammad dengan sepenuh hati.
Menurut penjaga, Muhammad baik saja dan tidak meragam.. alhamdulillah Muhammad pandai bawak diri.
Selamat bersekolah buat Muhammad.
Selamat berkerja buat Ibu, have fun!! ;)


Sunday, September 09, 2012

Birthday + open house Qaliph

0 comments

Happy 1st Birthday to Qaliph dan meraikan nya dengan 1st raya open house Ucu Rizal. Siap dengan khemah dan katering bagai.. ingatkan kenduri kawin Qaliph tadi :)



Saturday, September 08, 2012

Peaceful

0 comments

Sangat damai sekali melihat Muhammad tidur dengan lena. Boleh lah ibu shoping!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, September 07, 2012

muhammad 2 bln

0 comments

Muhammad dah 2 bln. Makin ceria n dah pandai nak bercakap ngan ibu ngan papa. Kekadang cakap sensorang pastu gelak n senyum sorang2.

Dah tak nangis bila mandi. Senyap n kekadang gelak2. Makin sonok die mandi skang.

Moga2 muhammad makin ceria, sihat, bersemangat dan membesar dengan baik.

Minggu dpn muhammad dah nak kena duk ngan babysitter. Moga2 muhammad tak meragam n jadik baby yg baik. Amin


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, September 06, 2012

Baju Kurung

0 comments

Satu-dua hari ini adik meminta papa membekalkan sehelai baju kurung setiap hari ke taska. Setiap petang pasti adik lengkap ayu berbaju kurung dengan tudung ketika papa sampai ke taska.

Comel lah anak papa nie!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, September 05, 2012

Tupai

2 comments

Semasa sedang memandu, tiba-tiba seekor tupai berlari pantas menyeberangi jalan betul-betul depan kereta.


Adik: Lajunya tupai tu. Dia nak pergi mana?

Papa: Dia nak pergi raya kot.

Adik: Kenapa dia tak pakai baju raya?

Papa: Kenapa? *buntu mencari jawapan

Adik: Mak dia tengah buat baju raya dia lah tuu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, September 03, 2012

Peraturan vs Pelajaran

0 comments

Pakaian sekolah kakak dan adik masih di kedai dobi kerana semalam dobi tutup lebih awal daripada biasa. Oleh itu kakak dan adik memakai baju kurung raya ke sekolah.

Tiba-tiba mendapat panggilan daripada sekolah semasa sedang memandu merentasi kesesakan jalan ke pejabat. Cikgu meminta mengambil semula kakak di sekolah kerana telah menyalahi peraturan tatatertib berpakaian di sekolah disamping tidak mahu menjadi ikutan murid-murid lain.

Oleh itu sekiranya anak-anak anda tiada pakaian rasmi untuk ke sekolah, tidak perlulah hadir. Nampaknya peraturan dan biokrasi adalah lebih penting daripada pelajaran. Tiada kompromi!

Apapun terima kasih pada para guru yang menghubungi dan juga guru yang tolong menghantarkan kakak pulang ke taska.

Moga semangat belajar kakak tidak luntur dengan insiden ini.
Pastinya kakak sedih. Mintak maaf ye sayang..


Sunday, September 02, 2012

@Yogen Fruz, Bandar Baru Bangi

1 comments

Biasanya tutti fruity, hari ini mencuba yogen fruz pula sebagai ganti. More choices and possibilities of assorted flavours, but the kids still prefer the plain vanilla with toppings.. nyum nyum nyumm




Bertemu dan berpisah

0 comments

Setelah beberapa hari jalan beraya di Kajang, kini masanya Nenek Midah pulang ke kampung halaman. Sekejap betul masa berlalu. Alhamdulillah tahun ini ramai yang mengunjungi rumah kecil kita. Selain menerima kunjungan Cikgu Ros serta suami dan kawan-kawan kakak tempohari, Nenek Midah serta Mak Long sekeluarga, semalam juga menerima kunjungan Nenek Sah serta Cik Niram sekeluarga juga Nenek Neng dan keluarga. Penuh sesak meriah rumah kita. Makan kuih tunjuk-tunjuk je lah ye







Saturday, September 01, 2012

Beraya di kedai tayar

0 comments

Tayar kereta Pak Long bocor akibat paku. Keadaan tayar pula agak uzur untuk meneruskan perjalanan balik ke Kota Tinggi. Dua set tayar second-hand sebagai ganti.
Pastinya ada rahmat dalam musibah. Allah jua Maha Mengetahui.


 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez