Tadi ketika sedang memandu pulang membelah kesesakan lalu-lintas dalam cuaca basah kehujanan, tiba-tiba kereta tersengguk-sengguk lalu enjin mati secara mengejut. Nasib baik lalu-lintas agak perlahan. Dengan sisa inersia kereta yang masih berbaki, sempat melintasi tiga 'lane' daripada kanan ke laluan kecemasan.
Usaha menghidupkan enjin beberapa kali tidak berjaya. Setelah berhenti beberapa ketika, kereta boleh dihidupkan semula, namun mati semula sebaik sahaja melepasi lorong SmartTAG di plaza toll Sg.Besi. Enjin mati betul-betul ditengah lebuhraya dengan kenderaan lain bersimpang-siur mengelak halangan.
30 minit selepas panggilan kecemasan, PLUSronda datang membantu. Rupanya air kereta sudah kering-kontang yang menyebabkan enjin terlalu panas. Namun begitu, tolok suhu dalam kereta kelihatan normal.
Setelah 5 botol air dicurah masuk dalam radiator serta tanki simpanan, keadaan kereta kembali seperti asal. Alhamdulillah syukur tak terhingga atas nikmat, kemudahan dan pelihara daripada Allah S.W.T.
Terima kasih tidak terhingga pada En.Nordin serta En.Mohd Sabri daripada PLUSronda atas bantuan. You are my 'Knights in Shining Vest'!!
---------------------------------
PLUSronda, PLUSronda..
Kami datang, membantu orang dalam kesusahan
Kami tidak tak gagah dan kami tidak kuat tapi bila berkerjasama, yang susah jadi mudah..
Yeaaaa PLUSronda!!
0 comments on "Knights in Shining Vest"
Post a Comment