Thursday, November 17, 2011

Birthday comes early for kakak

0 comments
Kek ditempah khas untuk sambutan hari kelahiran kakak dan kawan-kawan di PASTI Taman Jasmin.

My little Cup-Cake with her birthday cake


Enam batang lilin menandakan usia

Happy pre-6th birthday for kakak. Nanti bulan 12 kita sambut sekali lagi ye. We love you so much!

*ditempah di sini

Monday, November 14, 2011

Adik ooo adik, kenapa nangis?

0 comments

(Gambar) adik sedang menggayakan buku ala laptop di MPH Alamanda.

Pagi tadi adik menangis sesampai di taska. Menangis seperti tidak mahu melepaskan ibu. Namun terpaksa ditinggalkan begitu sahaja kerana papa dan ibu terpaksa bergegas ke pejabat.

Sampai di pejabat, ibu menghubungi taska dan bercakap dengan adik, 'Kenapa adik menangis?'. 'Adik nak ibuuu', kata adik dalam sedu-sedan.

Cikgu-cikgu di taska bertukar lagi, entah sudah kali keberapa. Dan setiap kali bertukar, adik akan mengalami kesukaran menyesuaikan diri. Begitu lah selalunya, adik akan cuba mencari kekuatan melalui kehadiran kakak, sepulangnya kakak daripada sekolah.

Kesian baby papa...

Petai dan durian

0 comments

'Papa, ini kacang kan? Macam dalam tv', kata kakak semasa membeli barang basah di pasar tani, PKNS bangi.

Itu PETAI lah sayang oii...

Lepas maghrib pergi ke pasar malam Taman Bukit Mewah. 'Nak durian!', kata kakak dan adik spontan sebaik saja ternampak longgokan durian disatu sudut. Nampaknya papa sudah ada teman makan durian...

Belilah 2 biji @ RM10. Tapi sayang salah satu nya sudah merkah bahagian bawahnya dan busuk. Masa nak beli, papa perasan si penjual seolah tak beri pembeli memilih / memegang durian nya. Kita tunjak dan mereka akan cepat-cepat mengopek bahagian tertentu dan menayang seimbas. Kemudian terus dimasukkan dalam plastik. Rupanya bahagian yang tidak elok sentiasa dilindungi tapak tangan nya. Mustahil mereka tidak perasan, kerana pasti setiap peniaga akan memeriksa barang jualan terlebih dahulu semasa menyusun barang kan?.

Begitu lah antara sikap peniaga yang tidak jujur. Moga Allah memberi mereka hidayah.

*ada sesiapa mau jual dusun durian / buah-buahan?

Saturday, November 12, 2011

Travelog Haji - Edisi Jimat!

0 comments

Sekarang sudah ada buku Travelog Haji - Edisi Jimat!

Cuma RM18 sahaja.
Memang buku terbaik untuk dibeli dan di-BACA..

*bukan sekadar dibuat PERHIASAN.. :)

Pancake for breakfast

0 comments

Pancake @ lempeng with honey + honeycomb.

TERBAEKKK!

Thursday, November 10, 2011

Run for a cause

0 comments

'He ran 3,000 miles for cancer research. If you can run on a treadmill in an air-conditioned gym, what's your excuse?

Itu petikan iklan promosi 'Terry Fox Run' yang mengumpulkan dana bagi usaha penyelidikan barah. Makan-dalam juga sindiran itu. Bukan makan-dalam dari segi sumbangan pada penyelidikan barah tersebut, tapi rasa tercabar pada kuatnya semangat juang seorang manusia yang berkaki kudung mampu berlari ribuan kilometer, mengalahkan manusia lain yang cukup sifatnya tapi cukup bermalasan mahu beriadah dalam gym yang lengkap berhawa-dingin.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih..

Yuk kita ke gym / beriadah membuang lemak serta spare-tyre yang sudah lama keras-tepu!

Marriage = GAME OVER?

0 comments

Mungkin perkahwinan menjadi GAME OVER bagi sesetengah individu, tetapi bagi sesetengah individu yang lain perkahwinan adalah GAME ON!

Ini kerana kehidupan berumahtangga adalah penuh cabaran, tanggungjawab serta keseronokan yang berwarna-warni seperti pelangi yang sentiasa menyeri walaupun kadangkala ada panas terik dan hujan ribut.

Anak-anak pula merupakan anugerah yang tidak ternilai dalam rumahtangga. Ia seperti satu keajaiban / magis apabila melihatkan kelahiran anak-anak itu daripada perkongsian kasih suci suami dan isteri. Melihatkan jasad kecil itu mula meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, bercakap, berlari, bermain dan membesar penuh dengan kasih sayang dan menjadi sebahagian daripada diri kita, sebahagian daripada kehidupan kita. Walaupun dihambat letih, penat dan lelah menguruskan mereka, namun hati pastinya sentiasa memanjatkan kesyukuran pada Allah S.W.T Maha Pencipta, Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Alhamdulillah... GAME ON!!!

*Rasa rugi pula tak kahwin awal ye IbuAsmira.. :)

Nota tambahan:
Bagi yang tidak / belum dikurniakan anak walaupon telah lama berkahwan ATAU bagi yang tidak bernasib baik / tidak berpanjangan perkahwinan nya, percayalah ALLAH itu MAHA PERANCANG dan ALLAH itu MAHA PENYAYANG dan Allah tidak akan menduga hambanya lebih dari apa yang mampu ditanggung oleh mereka.

Wednesday, November 09, 2011

Deeja dan Adeel

0 comments

Raya aidiladha tahun ini kita beraya di KL sahaja. Tahun ini papa berniat nak bawak ibu, kakak dan adik bersama bersolat sunat aidiladha di Masjid Wilayah. Tapi hajat tidak kesampaian oleh kerana adik bangun agak lewat. Akhirnya papa pergi bersama nenek, nenek ucu, ibu, kakak, daddy dan adriana sahaja bersesak-sesak dalam kereta kecil kita. Atok solat di masjid berdekatan sahaja. Adik terpaksa ditinggalkan dalam jagaan mummy .

Pulang daripada masjid, adik sudah siap mandi dan mengenakan jubah daripada tanah suci pemberian nenek asiah, jeans serta tudung bercorak unggu.

Terima kasih mummy!

*gambar oleh mummy

Rezeki pagi

0 comments

Alhamdulillah rezeki pagi ini, lontong + ayam masak kicap + sambal goreng jawa hasil air tangan orang jawa.

Terubat sedikit tekak jawa ini..

Monday, November 07, 2011

Buku: Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman

1 comments
Sebuah buku 314 mukasurat catatan perjalanan hijrah Prof Muhd Kamil Ibrahim yang teramat jujur menyingkap kekurangan diri dalam mencari makna hidup yang lebih tinggi dan benar-benar merasai hubungan hamba dan Maha Pencipta. Sebuah buku yang benar-benar 'menyentuh hati'..

Perlu dibaca sekiranya anda ingin tahu;
- bagaimana seorang yang jahil dan tidak tahu mengaji sepanjang hidup 42 tahun pergi menunaikan haji.
- bagaimana ingin menjadi tetamu paling istimewa Allah S.W.T semasa menunaikan haji.
- bagaimana teknik 95% berkesan mendapatkan lokasi terbaik bersolat berhampiran kaabah ketika musim haji
- bagaimana strepsil boleh menjadi ibadah
- laluan terbaik melontar Jamrah (berserta lakaran)
- teknik / laluan berkesan untuk mencium Hajar Aswad (berserta lakaran)

Dan yang paling menarik, bagaimana orang biasa boleh menjadi malaikat / wali Allah semasa di tanah suci.

Buku yang harus dimiliki oleh setiap orang Islam yang berniat mengerjakan haji, yang berniat dan berazam mengubah sempadan Iman.

Terima kasih Prof Muhd Kamil, atas perkongsian yang amat mengesankan!


*Fakta lain:
- Terjual lebih 40,000 naskah
- Cuma RM29 dengan VCD percuma (Edisi Kemas Kini)

*Photography using Nokia 5530 XpressMusic. Camera phone pon boleh!!

Saturday, November 05, 2011

From kajang with love

0 comments

Brownies Walnut sebagai pengganti diri, kiriman istimewa buat nenek midah sempena aidiladha di kota tinggi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat nenek midah serta semua keluarga di Felda Papan Timur, Kota Tinggi serta di Kampung Parit Kaseh, Senggarang.
*kami beraya 'dekat' Mont Kiara jee. Insya-Allah esok bersolat raya di Masjid Wilayah.

Thursday, November 03, 2011

Clients can be nice..

0 comments

Even when you are late.

@traffic jam along Jalan Templar

Wednesday, November 02, 2011

Tetamu ahad

0 comments

Petang ahad lepas Qaliph datang rumah berziarah dengan stokin Sunday nya. Makin hensem lah qaliph cam Pak Uda nya :D.

Nanti bila qaliph dah besar, boleh join kakak qila dan kakak deeja mandi kolam ye.

Masa nak pulang, Ucu Rizal cakap 'BYE' pada kakak dan adik. Kemudian kakak berkata, 'Cakaplah Assalammualaikum Ucu'.

Haaa kan dah kena sound dengan Ustazah Aqila... :)

Tuesday, November 01, 2011

Bedtime story

0 comments

Adik lena bertemankan buku Spongebob Squarepants nya.
Deeja ooo deeja, macam mana lah nak mula bersekolah nie, setiap malam tidur pukul 10 atau 11.

'Memang lah', adik menjawab.

Monday, October 31, 2011

Rombongan Kak Qila ke Aquaria

0 comments
Pada hari sabtu, kakak mengikuti rombongan PASTI Taman Jasmin ke Aquaria, KLCC. Ini rombongan kakak yang pertama. Sebenarnya kakak dah pernah pergi ke Aquaria bersama Papa, Ibu dan Adik. Tapi demi pengalaman dan kenangan bersama kawan-kawan PASTI nya, papa dan ibu izinkan kakak pergi sekali lagi.

Kakak sedang beratur bersama rakan-rakan sambil menunggu ketibaan bas.

Cikgu sedang menyemak kedatangan peserta rombongan

Kakak bersama Mirza, rakan baik di Taska dan Pasti

Kakak memeriksa beg mengandungi bekalan ayam goreng, air, baju gantian serta duit jajan

Tag nama sebagai pengenalan

Dalam bas dengan monkey-faces


Bas bergerak ke destinasi dengan iringan doa daripada Papa, Ibu serta Adik semoga kakak dapat berseronok dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T


Sejam selepas kakak berangkat, adik bertanya, 'Kakak mana? Adik rindu kat kakak!'.

Begitulah adik-beradik. Bila jauh jadi rindu, bila dekat jadi gaduh.

Thursday, October 27, 2011

Gangguan malam..

0 comments

11malam. Ibu, kakak dan adik sudah lena dilamun mimpi. Usai melihat keadaan anak-anak tidur, menutup lampu, serta pintu terkunci teguh, papa mula baring sambil menarik selimut lalu terlelap lena.

Tersentak tiba-tiba bila terasa sesuatu menarik kaki. Puas diamati namun tiada apa yang pelik. Lalu papa baring semula.

Tiba-tiba kaki ditarik sekali lagi. PANIK seketika sambil pantas menarik kaki. Dalam gelap Papa mengamati hujung katil tempat punca gangguan itu. Bermacam-macam gambaran ngeri menghantui kepala.. Ju-On, samara-the-ring, hantu kak limah balik rumah dan macam-macam lagi.

Dalam gelap nampak kelibat dengan rambut menutupi wajah bangun perlahan-lahan dari hujung katil. Kemudian perlahan-lahan merangkak memanjat gaya samara-the-ring. Merangkak makin dekat.. Makin dekat dan dekat...

Rupanya adik yang terjaga dan sedang mencari posisi tidur diantara papa dan ibu. Bikin SUSPENSE saja!

*Teringat kata-kata kakak, 'Kat dunia nie mana ada hantu kan papa. Cuma ada syaiton je'.

Bateri kereta flat

0 comments

Ujian pagi khamis yang indah, enjin kereta takdapat dihidupkan kerana bateri kereta flat terus.

Nasib baik kejadian berlaku di rumah dan bukan di kawasan asing yang sukar mendapatkan bantuan.

Pesanan khas buat Asmira @ IbuHanan: Sentiasalah beringat untuk mematikan radio, aircond, LAMPU kenderaan setiap kali sebelum mematikan enjin.

*COBAANNN

Wednesday, October 26, 2011

Camera-less

0 comments

Sejak sabtu, kamera D80 kesayangan papa dihantar ke pusat servis Nikon di Berjaya Times Square akibat beberapa masalah;
1) F-error yang kerap kali terjadi bila ingin mengambil gambar membuatkan lens tidak dapat berkomunikasi dengan badan kamera. Penyelesaian jangka pendek, pusing lens pada kedudukan wide, turn OFF dan ON semula kamera. Tapi kini masalah itu makin ketara sehingga perlu di restart beberapa kali dan membuatkan terlepas banyak moment berharga.

2) Kadang kala body kamera tidak dapat sync dengan flash atau tidak detect langsung kehadiran flash.

3) Sensor memerlukan pembersihan kerana tidak pernah dihantar servis.

Kamera tersebut telah bersama kita sejak 4-5 tahun lalu dan telah perform dengan sangat baik. Terlalu banyak kenangan manis yang berjaya dirakam dan diabadikan sepanjang masa itu terutama kisah kakak dan adik, kisah kita sekeluarga, kisah yang menjadi kenangan selamanya.

Moga kamera itu dapat beraksi cemerlang seperti sediakala.

*melihat orang lain dengan kamera mereka bagaikan sesuatu yang menusuk jiwa. CHA..CHA..CHA..

Shopping list

0 comments

Ini shopping list bergambar papa;
1) Gam gajah / super glue
2) Bateri AAA untuk remote
3) Kopi campuran HabatuSauda cap Ustaz Ismail Kamus
4) Susu lembu
5) Susu kambing
6) Biskut oat

Monday, October 24, 2011

Sesak luarbiasa

0 comments

9.27am, papa masih lagi dijalanan bergerak seinci demi seinci menyusuri kesesakan bukan pada kelajuan 80km/h tapi rasanya 80inch/h.

SABO JEE LAH!

Saturday, October 22, 2011

Magnum

0 comments

Pukul 1pagi. Tiba-tiba mengidam VANILLA FLAVOURED ICE CREAM WITH CHOCOLATE COATING pulak dah.

Memang TERBAEKKK!

*Walls Magnum Mini Classic

Thursday, October 20, 2011

Papa Smurf

0 comments

Papa + Smurf = PAPA SMURF.

*blogging sambil tunggu burger daging special + 3 burger daging biasa @ Sg.Ramal Foodcourt

Tuesday, October 18, 2011

RUN KAKAK RUN!!

0 comments

Semalam kakak menjalani peperiksaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Papa: Kakak, camne periksa tadi? Ok tak?
Kakak: Senang je. SEMUA BETUL!

Ceh, Over confident lah tuh. Cikgu pon belum sempat nak tanda kertas jawapan lagi lah..

*gambar ketika Majlis Sukan Tahunan 2011, gabungan PASTI Taman Jasmin dan PASTI Taman Kajang Utama

Tasya sakit

0 comments
Tasya telah bersama kita sejak beberapa tahun yang lalu, sebagai teman bermain kakak dan adik. Kini tasya tidak berapa sihat dengan luka koyakan pada ketiak, tangan serta kakinya.

Dulu lutut tasya pernah luka, dan papa tampal dengan plaster. Kini luka lagi..

Walaupon tiada pengalaman, kelulusan serta kelengkapan yang sangat minima, papa cuba jadi doktor yang terbaik..




Kini Tasya boleh bermain lagi!

Monday, October 17, 2011

Sorok-sorok

0 comments

Semalam papa melayan kakak dan adik bermain sorok-sorok (hide n seek) di rumah. Bergilir-gilir lah kami jadi tukang cari. Dalam kiraan sepuluh kami berlari mencari tempat sembunyi terbaik sama ada dalam almari, dalam bilik, bawah meja, bawah katil, belakang pintu dan lain-lain lagi.

Tiba giliran papa jadi tukang cari. Papa menutup mata dan mula mengira. Adik dan kakak pantas berlari mencari tempat persembunyian. Usai kiraan ke 10, papa mula mencari sambil membunyikan suara gergasi untuk menambahkan rasa gementar..
MANA KAKAK, MANA ADIK?!
MANA KAKAK, MANA ADIK?!

Dalam beberapa langkah terdengar suara,
'NIE ADIK, NIE ADIK', tiba-tiba adik keluar daripada persembunyiannya sambil menepuk-nepuk dada menyerah diri.

APA DAAA...

Ibu demam

0 comments

Sejak beberapa hari ini ibu agak kurang sihat, terutama pada waktu malam. Tadi malam badan ibu mula panas dan demam.

So pagi ini papa agak kelam-kabut menyiapkan diri dan kakak untuk ke sekolah.
- Gosok baju dan sediakan pakaian sekolah kakak
- Sediakan air panas mandian kakak
- Sediakan susu kakak dan adik

Tapi, kakak pon ada tolong papa
- Pakai baju sendiri
- Sikat rambut dan pakai tudung sendiri
- Kemas baju harian kakak & adik di taska

Keluar rumah agak lewat, nasib baik berselisih dengan ayah chaq, driver van sekolah kakak semasa dalam perjalanan ke taska.

Moga ibu kembali sihat seperti sediakala.
Moga kakak dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan. Amin.

Sunday, October 16, 2011

Qaliph

0 comments

Hari nie pergi tengok Qaliph. Last tengok Qaliph beberapa hari sebelum aidilfitri lepas.

Tapi Qaliph tido daaa...

Esok exam

0 comments

Esok kakak ada final exam, hari nie kakak kena rehat betul-betul.

Good luck kakak!

Thursday, October 13, 2011

The truth about motivation.. WOW!

0 comments


Carrot and stick /carrot on a stick doesn't always work!!

Monday, October 10, 2011

Kita nak pegi mana?

0 comments

Adik memang kuat berjalan. Adik cukup bosan duduk di rumah terutama pada hari cuti atau hujung minggu..

Adik: Hari nie kita nak pegi mana?

Papa: Kita duduk rumah je.

Adik: Alahhh..

Papa: Adik nak pergi mana?

Adik: Pegi lah jalan-jalan.

Papa: Jalan-jalan kat mana?

Adik: Jalan-jalan pegi kedai. Jalan-jalan pegi makan..

Dan seboleh nya kalau tiada perancangan papa dan ibu akan bawa kakak dan adik pergi makan di luar, bermain di taman, mandi kolam, pergi pasar malam, berkunjung ke rumah atok dan nenek atau selainnya.

Kakak pulak lain halnya. Kakak lebih seronok di rumah menonton TV. Kalau dibawa berjalan pun kakak akan sering bertanya, 'Bila kita nak balik rumah' atau 'Kakak suka lah rumah kita, BEST!'.

Thursday, October 06, 2011

Bersahabat dengan Anak

0 comments
Petikan menarik oleh Ustaz Aa Gym, penceramah terkenal Indonesia.

Setiap anak pasti pasti akan berbuat salah. Tugas orangtua bukan untuk menyalahkan, tapi menyemangati agar mereka bisa bangkit dan memperbaiki kesalahannya.

Suatu hari Aa dan istri sempat dibuat cemas. Sebabnya, salah seorang anak laki-laki kami yang sudah beranjak remaja tidak pulang tepat waktu seperti biasanya. Padahal saat itu hari sudah malam. Tidak ada seorang pun orang rumah yang tahu ke mana ia pergi, termasuk para santri. Biasanya anak itu selalu meminta izin atau memberitahukan terlebih dulu bila hendak bepergian.

Alhamdulillah, beberapa saat setelah itu ia datang. Selidik punya selidik ternyata anak saya itu pergi bersama teman-temannya ke pasar Inpres untuk membeli makanan. Ingin rasanya saya marah. Tapi saya sadar bahwa marah tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan membuat masalah makin rumit.

Akhirnya saya mengajak dia berdialog. Ternyata dengan dialog yang dikemas secara santun dan tidak menghakimi, permasalahan bisa diselesaikan dengan baik. Anak mau terbuka, mau mengakui kesalahan, bahkan dengan kesadaran sendiri ia mau mempertanggungjawabkan kesalahannya.

Saudaraku, kita harus selalu berlaku bijak dalam menyikapi perilaku anak-anak kita. Sebabnya, setiap fase pertumbuhan anak membutuhkan cara mendidik dan cara mengarahkan yang berbeda. Fase bayi tidak bisa didekati dengan pola pendidikan untuk usia tiga tahun. Begitupula pola pendidikan untuk anak usai tiga tahun tidak bisa dipakai untuk anak usia lima atau enam tahun. Demikian pula ketika mengadapi anak yang sudah remaja alias ABG.

Sebenarnya ada peran-peran tertentu yang harus dimainkan orangtua dalam mendidik anaknya. Menghadapi anak yang telah remaja misalnya, orangtua harus bisa memposisikan dirinya sebagai teman. Jalin komunikasi dengan mereka layaknya kepada teman, karena anak seusia itu membutuhkan teman untuk berkomunikasi dan tempat curhat.

Bagaimana memulainya? Pertama, terapkanlah prinsip Aku Bukan Ancaman Bagimu saat berhubungan dengan anak. Hal ini sangat penting, karena seseorang berubah karena paham. Paham itu datang karena adanya komunikasi. Dan komunikasi itu akan baik kalau ada rasa aman. Bila anak sudah merasa aman atau nyaman berkomunikasi dengan kita, maka ia akan lebih terbuka. Ketika melakukan kesalahan, biasanya ia akan dengan sukarela mengaku pada orangtuanya. Sebaliknya, kalau mereka sudah takut dan merasa terancam, maka komunikasi pun tidak akan berlangsung baik. Karena itu, bertanyalah selalu, apakah anak-anak merasa aman berkomunikasi dengan kita atau tidak?

Kedua, ciptakan komunikasi suportif, menyemangati, dan tidak melemahkan. Setiap anak pasti akan berbuat salah. Dalam kondisi seperti ini posisi orangtua, idealnya, bukan sebagai pihak yang menyalahkan, tapi sebagai pihak yang menyemangati si anak agar bisa bangkit dan memperbaiki kesalahannya. Ingat kisah seorang anak yang mengadu pada bapaknya, "Maaf Pak, nilai saya empat". Lalu dijawab oleh Bapaknya, "Hah, empat? Hebat dong, Bapak dulu dapat 3,5. Bapak malu, tapi setelah itu jadi rajin belajar, berusaha belajar mati-matian. Eh setelah itu jadi bintang kelas. Ayo bangkit, belajar sunggung-sungguh!".

Ketiga, terbuka dan suka dikoreksi. Jangan malu mengakui kesalahan atau kekurangan diri. Jangan ragu untuk belajar pada anak, jika memang mereka memiliki ilmu yang belum kita miliki. "Ayo Nak, kasih masukan pada Bapak!". Maka, di sinilah pentingnya kita mengembangkan dialog yang jujur.

Tidak sedikit orangtua yang memaksakan anaknya untuk selalu menerima pendapat atau jalan pikiran sendiri. Bila berkomunikasi, tanpa sadar mereka menerapkan komunikasi satu arah; "saya bicara, kamu mendengar". Yang lebih tepat justru "kamu bicara, saya mendengar".

Sikap otoriter berpotensi menghancurkan harga diri anak. Bila dibiarkan berlarut-larut si anak akan memiliki pandangan negatif terhadap diri dan orangtuanya. Lebih fatal lagi, mereka bisa menunjukkan sikap melawan, baik secara terselubung maupun terang-terangan. Anak pun menjadi takut untuk mengambil keputusan, kurang percaya diri, mudah sakit, dan menjadi emosional akibat tekanan perasaan.

Dengan demikian, jika terjadi perbedaan pendapat, pendekatan demokratis dan terbuka jauh lebih bijaksana. Salah satu caranya adalah dengan membangun rasa saling pengertian, di mana masing-masing pihak berusaha memahami sudut pandang pihak lain. Di sini, lagi-lagi orangtua yang harus mengawali. Wallahu a'lam bish-shawab

Sumber asal: Bersahabat dengan Anak

Wednesday, October 05, 2011

Minum jus membawa mudarat?

0 comments
Tahukah anda bahawa, kekerapan meminum jus buah-buahan tersedia (dibotol / kotak / prepack) mungkin mendatang lebih mudarat daripada manfaat?

Kajian di UK yang dipaparkan dalam Journal of the American Dietetic Association menunjukkan sesiapa yang meminum lebih daripada TIGA gelas jus buah-buahan setiap hari berkemungkinan mendapat kanser rektum dan kanser usus.

Ini disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam jus tersebut.

Berikut senarai jus buah-buahan tersedia yang PALING TIDAK MENYEHATKAN hasil kajian Rachael Anne Hill


































ProdukKandungan
1. Tesco Apple and Raspberry Juice Drink

Ingredients: Water, Sugar, Apple Juice from concentrate (6%),Glucose-Fructose Syrup, Raspberry Juice From Concentrate (4%), Citric Acid, Colour (Anthocyanins),Flavouring.


Approximately fruit juice content: 10%
Sugar per 250ml glass: 27.8g
Kcals per 250ml glass: 115 Kcal
2. Princes Pineapple and Coconut Juice Drink

Ingredients: Water, Pineapple Juice from Concentrate (40%),Sugar, Sweetened Condensed Skimmed Milk,Coconut Milk (1%),Citric Acid, Stabilisers (Pectin, Gum Acacia), Flavouring.


Approximately fruit juice content: 40%
Sugar per 250ml glass: 35.3g
Kcals per 250ml glass: 160 Kcal
3. Ribena Ready to Drink Blackcurrant

Ingredients: Water, Sugar, Blackcurrant Juice from Concentrate (6%), Vitamin C, Citric Acid.


Approximately fruit juice content: 6%
Sugar per 250ml glass: 26g
Kcals per 250ml glass: 108 Kcal
4. Capri Sun Orange Fruit Shoot

Ingredients: Water, Sugar,Orange Juice from Concentrate (10%), Citric Acid,Natural Flavourings Preservatives (Potassium Sorbate, Dimethyl Dicarbonate), Natural Colour (Carotenes), Antioxidant (Ascorbic Acid), Stabiliser (Xanthan Gum).


Approximately fruit juice content: 10%
Sugar per 250ml glass: 25g
Kcals per 250ml glass: 103 Kcal
5. Welch’s White Grape Pear/Apple Drink

Ingredients: Water, Sugar, Grape Juice from Concentrate (6%), Pear Juice from Concentrate (3%), Apple Juice from Concentrate (2%), Malic Acid,Vitamin C Flavouring.


Approximately fruit juice content: 11%
Sugar per 250ml glass: 33g
Kcals per 250ml glass: 115 Kcal
6. McEnnedy Cranberry and Raspberry Juice Drink

Ingredients: Water, Glucose-Fructose Syrup,Cranberry Juice from Concentrate (7%),Raspberry Juice from Concentrate (4.5%), Apple Juice from Concentrate (4.5%), Sugar, Grape Juice from Concentrate (4%), Citric Acid, Flavouring, Vitamin C.


Approximately fruit juice content: 11%
Sugar per 250ml glass: 32g
Kcals per 250ml glass: 130 Kcal
7. Rubicon Mango Exotic Juice Drink

Ingredients: Water, Mango Puree (19%), Sugar, Citric Acid, Flavourings, Stabilisers, (Guar Gum, Xanthan Gum,) Vitamin C.


Approximately fruit juice content: 19%
Sugar per 250ml glass: 33g
Kcals per 250ml glass: 135 Kcal


Oleh itu kalau hendak minum jus buah-buahan, perah lah sendiri!!

*artikel asal: The most unhealthy fruit juices on the market
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez