Sedang sibuk di pejabat, dapat panggilan kecemasan daripada ibu. Ingatkan 'Muhammad' sudah tak sabar ingin melihat dunia, rupanya kakak terjatuh tersembam semasa turun daripada van sekolah. Mungkin kerana kain nya yang agak panjang dan labuh. Pipinya agak lebam, bibir bengkak berdarah dan gigi sedikit longgar kerana terhentak. Kakak agak trauma selepas jatuh sehingga badan nya menggigil, namun X-ray tidak menunjukkan kecederaan dalaman.
Doktor membekalkan kakak dengan ubat tahan sakit, ubat sapu dan MC sehari untuk berehat.
*Lain kali berhati-hati ye kakak dan adik..
1 comments on "Jatuh van sekolah"
sian anak ibu. lain kali hati2 ye kakak
Post a Comment