Adik pon PANDAI tau! So sekarang adik sudah pandai apa??
Selainnya;
1) Adik dah pandai ambil sendiri bekas makanan berisi biskut drp atas meja dan akan memberikan pada papa or ibu. Tandanya, adik nk makan biskut. Tapi kalau sua biskut yg tidak digemari adik akan menolak dengan tangan.
2) Sekiranya bekas itu jauh daripada capaian, adik akan menarik tangan papa atau ibu dan mengajak ke meja sambil menuding jari kearah bekas itu.
3) Adik sudah paham arahan supaya meletakkan pakaian kotor kedalam bakul PAKAIAN.
4) Adk juga dah paham arahan supaya membuang sampah kedalam bakul SAMPAH.
5) Sekiranya ingin tidur, adik akan mencium tangan sekiranya dihulurkan, menyuakan kepala utk dicium sekiranya dimuncungkan mulut serta memeluk sambil tangan menepuk2 belakang sekiranya didepangkan tangan.
6) Adik juga sudah pandai memberi isyarat bahawa pampers nya sudah penuh dengan cara menepuk atau menunjuk punggung nya sambil berkata "YAK!".
*PANDAI anak-anak papa!
0 comments on "Adik pon pandai!!!"
Post a Comment