Thursday, April 04, 2019
Teka-teki: Senjata
Papa: Senjata macam pistol, pisau, parang
Muhammad: Betul tapi salah!
Papa: ??
Muhammad: Senjata macam pistol, pisau, parang dan DOA..
Papa: Ooooo (kagum)
*DOA adalah senjata orang mukmin
Saturday, March 30, 2019
Sunday, March 24, 2019
Karangan pertama Muhammad : Cita-cita saya
Saturday, January 05, 2019
Hiking di Bukit Gasing
Alhamdulillah, permulaan tahun 2019 yang baik, dapat mendaki Bukit Gasing bersama team Daddy & Mummy.
Laluan yg sederhana, berbukit bersama tangga. Ada jambatan gantung serta anak sungai kecil.
Seronok tengok Muhammad berusaha melasakkan diri. A boy needs to STRONG!
Tapi sayang, tapak kasut papa tercabut dipertengahan jalan. Nasib baik Mummy eveready dengan tali dan pisau serbaguna.
Great time, will try again next time.
Moga tercapai salah satu azam 2019, iaitu nak bersukan 1x setiap minggu.
InsyaAllah.
Friday, January 04, 2019
Darjah 1 - Gelagat hari pertama
Malam sebelumnya suhu badan Muhammad agak dedar, oleh itu terpaksa dicutikan daripada KAFA.
Ini ambar-gambar hari pertama ke sekolah kebangsaan setelah suhu badan agak stabil.
2019 - Muhammad Darjah 1
Alhamdulillah, Muhammad memulakan zaman persekolahan rasmi darjah 1 pada 2 Januari 2019.
Seperti zaman Kakak dan Adik masuk sekolah, Papa cuti 3 hari untuk tunjuk dan perhatikan Muhammad. Perasaan diantara seronok dan risau terutama semasa Muhammad naik dan turun bas.
Semua urusan kita serah pada Allah.
Fiamannillah..
Moga ilmu yang bermanfaat dan memberi manfaat pada diri, keluarga, orang sekeliling, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Selamat menuntut ilmu anak-anak Papa & Ibu tersayang;
Kakak - Tingkatan 2
Adik - Darjah 5
Mhammad - Darjah 1
Thursday, August 18, 2016
Kemas lah Lego tu!
Ibu : Muhammad, tolong lah kemas Lego ni semua!
Muhammad : Papa, tolong lah Muhammad kemas..
Papa : Taknak! Muhammad lah kemas, Muhammad yang main. Kalau Muhammad tak kemas nanti Ibu vakum semua Lego tu!
Muhammad : Ibu tengok Papa ni, dia taknak tolong kemas. Ibu vakum je Papa sekali...
*Muhammad, 4 tahun
Thursday, November 12, 2015
Sambutan ke-15 tahun
Alhamdulillah, semalam 11-Nov-2015 genap 15 tahun papa berkerjaya dalam bidang IT dan masih setia bersama syarikat pertama sehabis belajar. Rezeki yang Allah kurniakan ini mampu kita nikmati sekeluarga.
Syukur pada Allah atas segala rezeki, nikmat dan rahmat atas keluarga kita.
Papa bersyukur dikurniakan keluarga yang baik, isteri yang solehah, anak-anak cahaya mata Muhammad yang soleh serta kakak Deeja dan kakak Aqila yang solehah.
Papa bersyukur dikurniakan pekerjaan / rezeki yang baik, rumah serta kenderaan yang baik, jiran serta kawasan kediaman yang baik. Rakan sahabat yang baik serta saudara mara yang baik.
Moga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Nya kerana Allah akan tambahkan nikmat bagi orang-orang yang sentiasa bersyukur.
Pesan ustaz, rezeki yang berkat ialah rezeki yang membawa kita lebih dekat dengan Allah S.W.T. Antaranya Solat awal waktu dan sentiasa berjemaah, luangkan masa menuntut ilmu, sedekah serta infaq serta lain-lain lagi.
Jika banyaknya rezeki semakin menjauhkan diri dari Allah maka cubalah dapatkan semula keberkataan rezeki tersebut dengan mendekatkan diri dengan Nya.
Alhamdulillah diberikan kelapangan untuk menghadiri kuliah di Masjid Sg.Ramal Luar, Kajang dengan penal ustaz popular yang terdiri daripada Ustaz Norhisyam Tuan Padang (moderator), Ustaz Mohd Izhar Ariff dan Ustaz Abdullah Khairi sebagai sambutan ke 15 tahun berkerjaya.
Moga Allah jadikan papa dan kita sekeluarga tetap istiqamah dalam menuntut ilmu agama dan memperbaiki amal ibadat.
"Allahuma faqehna fiddin, wa alimna takwil".
Syukur Alhamdulillah.
Thursday, October 15, 2015
"Papa, Muhammad nk gi surau"
Alhamdulillah, Muhammad sangat kacak berbaju raya, sampin dan kopiah serta sangat baik di surau. Ini kali pertama Muhammad ikut Papa solat maghrib berjemaah di surau. Walaupon tidak bersolat, Muhammad sekadar berdiri memerhati para jemaah. Sesekali rukuk mengikut gerakan.
Ya Allah, jadikan lah aku dan ahli keluarga serta keturunan ku dikalangan orang-orang yang mendirikan solat. Aaminn.
Saturday, July 18, 2015
Sunday, April 19, 2015
Monday, January 05, 2015
Deeja 1st day of KAFA
"Adik dah pandai kira duit (bayar).
Adik bagi je...".
Adik bwk duit belanja RM1.
Beli nugget RM1.
Saturday, January 03, 2015
Monday, December 15, 2014
Makan bertalam
Talam stainless steel drp Nilai 3 - RM35.90
Tiga pek Nasi Arab Hadtamawut - RM30
Makan bertalam sekeluarga sambil suap menyuap melaksanakan Sunnah Rasulullah S.A.W - PRICELESS!!
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".
Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)
Saturday, December 06, 2014
Sunday, November 30, 2014
Cuti sekolah bermula
"Bye, jumpa lagi..
Kami duduk rumah nenek kat Segambut seminggu. Jangan rindu-rindu..."
Already missed them.. :(
Tuesday, October 28, 2014
Suspected HFMD
Banyak ulser dalam mulut, tapi alhamdulillah tak demam dan tak keluar bintik2 air pada tangan dan kaki.
Agak sukar untuk makan makanan keras, namun amat berselera dengan bubur nasi dan sup.
Monday, October 27, 2014
Ustaz Azhar Idrus (Masjid Istiqamah, Kg. Sg. Merab Luar, Kajang)
Alhamdulillah diberi kelapangan dan kesempatan menghadiri kuliah UAI smlm.
Bab haid. Perempuan wajib tahu ilmu nie krn bersangkutan dgn hadas / bersuci, solat / ibadat. Suami wajib ajar, tp kalu tak mampu ajar, bwk pi kuliah.
Masjid Istiqamah,
Kg. Sg. Merab Luar, Kajang
Kitab Anak Kunci Syurga
Haid
Istihadah
Nifas
Wajib perempuan belajar bab haid, istihadah, nifas. Haram jika suami halang sedangkan dia tidak mampu mengajar ttg nya.
Walau keluar darah sedikit (setengah titik), sudah dikira haid.
Cerai, 3 kali suci (edah).
Ilmu dunia harus, ilmu akhirat WAJIB.
Agama Islam tidak akan hapus, tapi boleh jadi lemah jika umat islam tidak faham agama.
Haid sekurangnya sehari semalam dan sebanyak2nya 15hari/malam.
Minima umur haid, 9 tahun.
Sumber panduan;
Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak
Jika kurang 24 jam (bukan haid), wajib qadha solat yg ditinggalkan.
Warna darah haid;
Hitam
Hitam Kemerahan
Merah Kekuningan
Perang
Kuning
Hijau (?)
Jangan tengok drama, tipu belaka.
Tengoklah Animal Planet, hayati kebesaran Allah.
Jika lebih 15 hari, selebihnya adalah Istihadah.
Jika kebiasaannya 7 hari haid, tiba2 18 hari maka 7 hari pertama dikira haid dan selebihnya Istihadah. Wajib bersuci dan solat.
Biasanya 22 / 23 hari suci drp haid.
Cek haid dgn masukkan kain / cotton bud (seluas anak jari). Duduk bertinggung, pancut dgn air cuci. Lepas 10 minit, cek dgn kain / cotton bud. Jika bersih mcm mula dimasukkan, SUCI.
Tiada solat bagi orang tidak baca Al-Fatihah (dgn betul).
Siapa yg tidak pergi belajar dan Al-Fatihah nya tidak betul, maka tidak sah solatnya.
Jika nak berlakon solat, kena solat betul2.
Hadas besar, HARAM;
- Solat
- Baca Quran
- Pegang Quran
- Tawaf
- Duduk dalam masjid (kecuali darurat)
Jgn buang bangkai / benda kotor dlm masjid (nyamuk, semut, kumbang, kulit kaki, kuku).
Soalan;
1) Berwudhuk dalam tandas - SAH
Haram berdoa, zikir dlm tandas. Niat takpe.
2) Air mustakmal tidak boleh guna utk angkat hadas.
3) Haram bertolongan dalam berbuat kejahatan (design / bina tokong / berhala, bagi pinjam kenderaan beli no ekor, etc) terutamanya syirik.
4) Boleh beli brg cetak rompak kafir harbi
5) Nifas plg lama 60 hari, paling sedikit setitik. Cek spt cek haid.
6) Haid kering dipejabat, bgmn nk mandi?
Mandi di tandas, gym, surau, masjid berdekatan. Solat tiang agama, wajib! Kerja bukan tiang agama.
7) Nafkah slps bercerai sblm habis 3 kali suci. Nafkah anak sehingga 18 thn (?). Perempuan yang mintak cerai tidak akan cium bau syurga.
8) Telan kahak ketika solat.
Jika drp mulut boleh telan.
Jika drp perut, harus ludah / keluarkan. ludah pada sapu tangan. Ludah belah kiri kecuali darurat.
9) Hukum pki minyak wangi alkohol
Pakailah yg tidak berakohol.
10) Harus derma pada org kafir (org susah, teraniya dan bukan pd perkara kejahatan / syirik)
11) Batuk dlm solat, tidak batal solat.
Kecuali batuk / bersin keterlaluan spjg solat hingga rosak solatnya.
12) Airliur basi najis, batal solat.
Airliur basi berasal dr perut, keluar semasa tidur.
13) Batal wudhuk jika pegang kemaluan.
Kemaluan:
- dubur (tmpt keluar najis)
- Lelaki seluruh zakar / batang (kecuali telur)
- Perempuan - bibir kemaluan
14) Tiada salah membaca doa akhir / awal tahun.
15) Dapat pahala belajar memanah (sunnah). Belajar senjata bersesuaian dgn zaman nya. Penembak tepat penting dalam semua peperangan. Belajar aim dengan tepat.
17) Haid boleh belajar Quran tapi jgn niatkan baca Quran.
18) Suara perempuan aurat (khilaf). Tapi jika menimbulkan fitnah, jadi haram.
19) Sah solat tahan kentut / berak / kencing tapi tidak sempurna. Harus tunaikan hajat dahulu.
20) Pembahagian harta harus ikut faraid kecuali waris setuju dibahagi sama rata walaupon sudah tahu bahagian sebenar yg sepatutnya dia dapat.
21) Jadikan kuliah agama hiburan buat isteri.
22) Paling banyak kesusahan / ujian adalah para Nabi. Kesusahan / Ujian tanda Allah sayang.
23) Buat org gelak melampau haram.
24) Baca surah Al-Khafi 10 pertama dan terakhir. Aman dari fitnah dajal.
25) Sihir dosa besar dibakar dlm neraka. Bahan sihir (jarum, paku, rambut, kaca) akan diguna sbg siksaan ribuan tahun dlm neraka.
26) Majikan wajib suruh / arah pekerja tutup aurat / solat.
27) Kaya dunia akhirat
Dunia - duit
Akhirat - pahala
Kaya hati, sentiasa ingat Allah.
*jika ada sebarang kesilapan / kelemahan, ia berpunca drp kesilapan / kelemahan pencatat nota.
Moga bermanfaat.




