Papa and Muhammad.. see the resemblance??
*Ibu sila jealous ye.. ;)
Deeja memang cukup gemar dan takjub dengan mannequin (patung peragaan) di pasaraya. Dipegang-pegang, dibelek-belek, dipeluk-peluk dan kadang-kala seolah berbicara.
Suka juga mengakukan dirinya dikalangan patung itu sampaikan ada pelanggan lain yang tersalah anggap ia patung sebenar...
Deeja: Papa belilah nie. Kalau papa pakai nanti hensem. Mesti ramai perempuan suka..
Ibu: APAAA???!!!
@Metrojaya, MidValley MegaMall
Pagi tadi kakak bangun tidur dengan mata yang bengkak akibat menangis semalam. Kenapa?
Kakak menunjukkan pamplet jualan pensil, pena dan kertas yang diperbuat daripada bahan mesra alam (bio-degradeable). Harga jualan 10,15 dan 20 ringgit. Sambil itu kakak menceritakan kepentingan menjaga alam sekitar seperti yang didengari.
Papa: Kakak nak buat apa beli pensil dengan kertas nie? Ibu dah belikan 2 kotak pensel dengan buku untuk conteng dan tulis. Banyak lagi yang kakak tak guna.
Kakak: Nak beli untuk jaga alam sekitar
Papa: Tak perlu beli lah. Masih banyak lagi barang kakak, nanti membazir.
Kakak: Ala kakak nak beli untuk jaga alam sekitar.
*Dengan setiap pembelian akan dihadiahkan... sementara stok masih ada..
Papa: Kakak nak beli kerana kakak nak barang percuma HelloKitty, Barbie dll nie kan?
Kakak: terdiam
Papa: Itu cuma kehendak dan bukan keperluan. Kita belilah apa yang perlu sahaja. Yang kehendak tu takde pon takpe. Kakak faham ke apa keperluan?
Kakak: Keperluan tu apa yang kita mesti ada
Papa: Kehendak?
Kakak: Apa yang kita nak.
Papa: Antara keperluan dan kehendak, mana yang penting?
Kakak: Keperluan..
Papa: Emm pandai. Kakak tak payah beli lah ye. Kalau kakak nak barang HelloKitty atau Barbie nanti kita beli
Kakak: berlalu sambil menangis...
*Papa agak kagum kerana kakak sudah faham maksud keperluan dan kehendak.
*Papa kurang setuju syarikat-syarikat mempromosikan barang-barang kehendak dalam kawasan sekolah dengan kerjasama pihak sekolah
Muhammad sedang pelik melihat mereka.
Siapakah mereka? Dimana saya?
Sebenarnya ini pertama kali Muhammad mengunjungi Nenek Midah di kampung sejak kelahiran Muhammad 8-9 bulan yang lalu. Namun pada usia sebegini, Muhammad sudah mula kenal orang, dan hanya mahu pada orang yang dikenali iaitu papa, ibu, kakaks dan sesekali Pak Ngah yang ada sedikit iras papa (iras ke?).
Maaf ye nenek lama kami tak balik menziarahi.
"Ya Allah berikanlah kami kemudahan dan kelapangan untuk menziarahi nenek dengan lebih kerap. Amin"
Ni la keje kakak ngan adik kalo kakak basuh kasut. Lps basuh kasut main masak2 merangkap mandi sekali.
Main la anak2. Be creative selagi tak memudaratkan.
Muhammad sedang menggayakan kereta kakak Deeja. Tak lama lagi boleh lah tolak kereta sendiri berlumba dengan kak Aqila dan Deeja.
VROOOMMMMM
Muhammad demam sejak semalam, demam nak tumbuh gigi atas pula. Mungkin juga kerana sudah mula nak berdiri..
Alhamdulillah moga Muhammad dapat membesar dengan baik.
Muhammad makin laju merangkak, mula memanjat, tak boleh duduk diam serta agak manja hanya mahu dipegang oleh Papa dan Ibu sahaja..
Layan sahaja lah karenah hero kita sorang nie..
@Biji Kopi dan Daun Teh, Mont Kiara
Muhammad sedang melayan perasaan dalam perjalanan dari Segambut ke Kajang.
Seronok betul ada 'driver' bawak jalan-jalan! TQ ibu. Rajin-rajin lah bawak kami jalan-jalan..
Sudah hampir seminggu ibu tak sihat. Demam bermula sejak jumaat lalu, namun digagahkan dengan paracetemol setiap kali suhu badan naik demi menguruskan majlis aqiqah Muhammad serta kenduri kesyukuran.
Alhamdulillah majlis berjalan sangat lancar dengan para tetamu tak kunjung putus sejak jam 2 petang walaupon hujan agak lebat semasa majlis doa selamat.
Kunjungan menemui doktor pada hari rabu mendapat saranan untuk memasukkan sebotol air untuk mengelak dyhidrasi selain bekalan ubatan serta antibiotik, namun demam masih berpanjangan..
Moga ibu cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin.
Petang. Sampai dirumah setelah mengambil anak-anak, papa bergegas mengangkat masuk beg-beg lalu menukar baju. Perut bukan sahaja berkeroncong, malahan sudah ber-gangnam-style minta diisi.
Papa: Kakak, kita mandi kemudian. Kita makan dulu lah. Papa dah lapar sangat
Kakak: Kakak nak mandi dulu. Ustazah kata nak makan kena ada adab. Kena bersihkan diri, dahulukan orang lebih tua, bla bla bla...
Papa: ....*pedih!!
Hari isnin gigi kakak makin sakit dan sudah bergoyang kuat, maka sudah sampai masanya untuk dicabut. Proses cabut memakan masa beberapa minit sahaja.
'Tak sakit pon cabut papa.. Tak macam kena gigit semut pon...', kata kakak
Muhammad bergaya disamping potretnya hasil kerja kreativiti daddy dan mummy sebagai dekorasi sempena hari besar Majlis Aqiqah buat Muhammad esok.
Khemah biru putih sudah tersergam indah, saudara mara AJK majlis sudah memenuhi ruang rumah, goodies bag sudah terisi penuh dan aktiviti menjemput sudah terlaksana separuh..
Kehadiran sanak-saudara, rakan-teman, jiran tetangga dan para jemputan amat-amat dialukan. Insya-allah kambing golek istimewa menanti anda.
Moga majlis esok berjalan lancar dan dapat memberikan layanan serta keselesaan pada para tetamu sebaiknya. Amin..
Kakak sedang bermain dengan bayang-bayang yang terhasil daripada sinar mentari pagi yang terik memanah langsir tingkap..
Muhammad memang suka mandi.. air suam. Kalau mandi air sejuk melalakk sampai tak keluar suara
Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez