Wednesday, February 23, 2011

Angguk2, geleng2

0 comments

Papa: Adik sayang ibu tak?
Adik: *angguk
Papa: Sayang banyak ke sikit?
Adik: banyak!
Papa: Adik sayang kakak?
Adik: *angguk
Papa: Sayang banyak ke sikit?
Adik: banyak!!
Papa: Adik sayang papa tak?
Adik: *geleng
Papa: Sedihlah papa macam nie. Sayang lah papa, sayang kan?
Adik: *angguk
Papa: Sayang banyak ke sikit?
Adik: sikit! (Sambil meneruskan menghisap jari)..

Monday, February 21, 2011

Taknak papa!

0 comments

Sejak akhir-akhir ini adik agak dingin dengan papa, terutama jika mood nya agak kurang bagus.

Mungkin semasa adik demam, ibu lebih banyak meluangkan masa menjaga adik siang dan malam, sementara papa pula agak garang terutama ketika memberi (baca: paksa) makan ubat.

Malam tadi adik tertidur awal setelah merajuk-rengek panjang. Dalam tidur, adik mengigau, 'Nak Ibuuu. Taknak Papa, nak Ibuuuu!'.

Sedihlah papa...

Wednesday, February 16, 2011

BUKU: Biografi Muhammad Bin Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi

1 comments

Buku 14 bab dengan 466 mukasurat hasil nukilan (Prof Dr) Zulkifli Haji Mohd Yusoff dan (Dr) Noor Naemah Abd Rahman ini mengisahkan perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W serta perjuangan dan perkembangan Agama Islam sejak kelahiran sehingga kewafatan Baginda.

Penggunaan bahasa serta gaya penceritaan ala novel yang santai tanpa rujukan-rujukan ilmiah yang sarat memudahkan para pembaca menghayati butiran setiap peristiwa yang disampaikan serta menyerap pengajaran-pengajaran yang tersurat dan tersirat disebaliknya.

Kesukaran dan keperitan berdakwah dikalangan kaum Quraisy Mekah sepanjang 10 tahun pertama kenabian dengan sekadar mampu mengislamkan 70 lelaki dikalangan mereka, tidak mematahkan semangat baginda.

Dakwah baginda banyak mendapat sokongan serta bantuan daripada Abdul Mutalib, Siti Khadijah serta Abu Talib. Pernah suatu ketika orang Quraisy memboikot orang-orang Islam dengan melarang sesiapa sahaja berurusniaga dengan mereka, namun Rasullah tetap mendapat sokongan daripada suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hasyim.

Akibatnya orang Quraisy turut memboikot serta mengenakan sekatan terhadap sesiapa sahaja yang menyokong dan menolong Muhammad S.A.W. Sekatan tersebut berlangsung selama 3 tahun sehingga Rasullah berserta orang-orang islam serta penyokong-penyokong baginda hidup dalam serba kekurangan serta terpaksa berpindah ke pinggir Mekah dan mengwujudkan perkampungan sendiri.

Selain daripada kedegilan Quraisy, buku ini juga merakamkan kedegilan Yahudi yang tetap ingkar untuk beriman kepada Allah serta Rasullah walaupun tanda-tanda kenabian Muhammad S.A.W memang jelas serta nyata disebutkan dalam kitab mereka, hanya kerana Muhammad bukan daripada bangsa kaum mereka.

Keadaan ini akhirnya berubah dengan berlakunya peristiwa Hijrah dan Perjanjian Hudaibiah dengan angkatan seramai 1400 orang, sehingga kepada pembukaan Mekah dengan salah satu angkatan tentera terbesar ketika itu iaitu seramai 10,000 orang. Dan akhirnya Islam tersebar keseluruh semenanjung Arab.

Diantara peristiwa yang harus menjadi iktibar ialah tentang keingkaran segelintir para sahabat akan perintah Baginda supaya tidak meninggalkan posisi mereka sepanjang peperangan Uhud sehingga menyebabkan tentera Islam kucar-kacir dan Rasullah diasak hebat mengakibatkan Baginda cedera serta patah beberapa batang gigi.

Buku ini juga sarat dengan kisah-kisah para sahabat yang banyak berusaha, berkorban serta ada yang syahid dalam usaha mengembangkan agama Islam.

Setelah lengkapnya agama Islam diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Baginda Rasullah S.A.W, bahagian yang paling meruntun jiwa pastinya pada bab terakhir buku ini iaitu 'Muhammad Meninggal Dunia'.


Saya bukan pencinta buku secara semulajadi, namun buku ini berjaya membuatkan saya sangat sukar untuk melepaskannya malahan tersangat displin untuk terus membacanya pada bila-bila sahaja ada masa terluang.

Salam Maulidur Rasul, 1432 Hijrah.

High fever!

0 comments

Lepas mandi berkubang dalam kolam kecil dan mengamuk pada papa, adik tertidur letih.

Bangun dari tidur suhu badan mencecah 39.7 darjah celcius, risau pulak papa. Terus bagi makan ubat dan mandi dengan sebanyak-banyak nya air.

Moga Cepatlah adik sihat seperti sediakala, AMIN!.

Demam berpanjangan

0 comments

Demam adik berpanjangan sejak sabtu/ahad lepas. Semalam sudah mulakan dos antibiotik setiap 12jam sekali seperti saranan doktor.

Tadi malam panas badannya sukar surut walaupun ubat demam diberi ikut masa. 'Taknak papa, nak ibuuu', rengek sepanjang malam membuatkan ibu terpaksa menggantikan shif papa menjaga adik.

Alhamdulillah, Pagi ini panas nya semakin reda. Biarkan adik berendam dan bermain dalam kolam kecil lama-lama, biar panas badan dan demamnya pergi jauh-jauh... Syuhh.. syuhhhh!

Tuesday, February 15, 2011

Takde dah..

0 comments

Malam tadi badan adik masih sangat panas. Dos ubat demam seakan tak berkesan, melainkan ubat b*nt*t.

Alhamdulillah bangun pagi, demam nya semakin berkurangan setelah Sepanjang malam dalam jagaan ibu.
Dalam kelam subuh:
'Ada rambut ibu dalam mulut', kata adik dalam rengek usai menghisap susu. 'Meh papa tengok', sambil meraba-raba mulut adik. 'Ada rambut lagi?', tanya papa ingin kepastian. 'Takde dah. Dia dah balik umah, cari mak dia', jawab adik ringkas.

*3.5 bintang untuk 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', tahniah buat Mamat Khalid serta barisan pelakon yang nampak biasa, namun sangat luarbiasa bakat mereka.

Monday, February 14, 2011

Jijah Demam lagi

0 comments

Sejak sabtu badan adik mula panas lagi. Episod Demam beberapa hari lepas berulang kembali.

Adik mula muntah-muntah semasa dalam perjalanan pulang dari Perak, kemudian badannya mula panas membara diikuti dengan batuk dan selsema.

Isnin dan selasa papa dan ibu gilir bercuti bagi menjaga adik dan memastikannya sihat sepenuhnya.

Seringkali adik menangis dan mengamuk bila mahu diberi ubat, mandi atau ditampal 'koolfever' jika badan serta emosinya sedang hiba.

Namun dilain masa, adik sangat ceria..
'Jijah tak muntah kan papa?', kata adik selepas berjaya menghabiskan ubat.

'Jijah tak nangis kan papa?', kata adik lepas mandi dengan aman tanpa mengamuk.

'Jijah nak roti cicah topi-O', kata adik bila mula berselera makan.

Moga adik cepat sembuh dan sentiasa sihat serta boleh bermain bersama kakak dengan aman tanpa gaduh, gigit, cubit, pukul dll.

Moga kakak juga dapat bersabar dengan karenah adik yang kadang kala takmau beralah.

Papa sayang adik dan kakak!


*dan ibu ;)


Thursday, February 03, 2011

Pengantin Baru

0 comments

SELAMAT PENGANTIN BARU buat CikNing @ MakUsu yang selamat di ijab kabulkan tepat jam 9.50 pagi tadi di Masjid Jamek Kajang.

Tahniah dan Moga berbahagia hendaknya.

Tuesday, February 01, 2011

Baca

1 comments

'Ibu ace (baca buku)', kata adik sambil menyuakan buku pada ibu yang konon nya sedang berkerja. 'Adik bacalah sendiri', jawab ibu sambil lewa. 'Ibu ace kan lah', kata adik berkeras. 'Adik lah baca, ibu nak buat kerja nie', kata ibu beralasan. 'Ibu ace lah, jijah tak andai..', kata adik sayu.

Selain membaca, adik juga suka menyanyi-nyanyi sendiri. Antara lagu kegemarannya;
- Goreng Pisang
- Ikan Emas
- Pak Mamat (old McDonald versi melayu)
- Jambatan Goyang
- Buih sabun, dll

Friday, January 28, 2011

Mesyuarat tu apa?

0 comments
Semasa dalam kereta dalam perjalanan pulang dari Taska.

Kakak: Ibu mana?

Papa: Ibu lambat sikit, ada mesyuarat.

Kakak: Mesyuat tu apa?

Papa: Mesyuarat tu meeting.

Kakak: Meeting tu apa?

Papa: Meeting tu berbincang.

Kakak: Bincang tu apa?

Papa: Bincang tu berdiskusi.

Kakak: Diskusi tuh apa?

Papa: Diskusi tuh mesyuarat.

Kakak: Papa nie!! Mesyuat tuh apa?

Papa: Mesyuarat tuh meeting, bincang, diskusi lah.

Kakak: Apa tuh? Tak paham lah kakak.

Papa: Ibu bual-bual, cakap-cakap dengan kawan-kawan kat opis...

Kakak: Oooooooooooo.

Adik pula sedang sibuk melihat pemandangan diluar sambil menghisap jari.

Wednesday, January 26, 2011

Besar!

0 comments

Pagi tadi ketika sdg bersiap ke sekolah/pejabat.

Kakak: Perut ibu besar lah. Ibu taknak kurus ke?

Ibu: Taknak lah (baca: sebenarnya payah nak kurus)

Kakak: Kalau ibu kurus, cantik!

SUMPAH! Papa tak pernah ajar kakak cakap macam tu.

Tuesday, January 25, 2011

Jujur dan lurus

0 comments

Dalam kereta ketika dalam perjalanan ke rumah pendaftar nikah kerana urusan membina masjid..

Kakak: Saya suka tengok cerita Dora, WordWorld, Garfield, Tom & Jerry, dll.

CikJana: Qila suka tengok Diego?

Kakak: Suka! Dora dengan Diego kan adik-beradik. Diego tu abang dia. (Fakta or auta?)

CikJana: Qila tak suka tengok cerita Conan? Cerita dia kan best!

Kakak: Saya tak suka Conan, tak best. Tapi papa kita suka, asik nak tengok cerita Conan saja, tak paham lah saya.

Jujur dan lurus sangat lah kakak nie, cover lah sket! Malu lah papa!

Langgar dia!

1 comments

'Langga papa!', kata adik dengan intonasi kejam sambil menunggang kereta kecil warna merah nya. 'Langga ibu!', kata adik bila ternampak kelibat ibu yang sedang kehulu-hilir mengemas rumah.

'Papa, langgar dog hayam! (Baca: haram)', sebaik ternampak banyak anjing berkeliaran yang kadangkala berbaring di jalanan.

Bila lah Majlis Perbandaran Kajang hendak buat operasi membersihkan anjing liar yang bukan hanya mengotorkan pemandangan malahan membahayakan keselamatan penduduk terutama kanak-kanak.

Friday, January 07, 2011

Cantik tak!

0 comments

CANTIK!!

Adik sedang menggayakan kasut baru ibu.

Sejak kerja tempat baru, ibu ada 2 kasut baru. Semalam ibu kata, 'Ibu nak kena beli kasut lagi satu lah'.

Kakak dan adik memang suka tiru ibu. 'Kesian kakak, kasut kakak dah kecik. Dah tak muat, nanti papa belikan kasut baru nyeh!', kata kakak pohon simpati.

Selain itu, kakak dan adik suka meniru ibu bersolek. Dah patah beberapa lipstik mahal ibu dikerjakan..

Dah kenyang

0 comments

Sejak akhir-akhir ini kakak agak kurang berselera untuk makan. Makan cuma sikit dan lambat-lambat seakan tidak bermaya. Kadang matanya lebih tertarik dengan tv berbanding juadah di hadapannya. Biasanya masih banyak makanan yang tersisa.

'Kakak dah kenyang!', kata kakak sambil berlalu mencuci tangan dan mulut.

'Kakak nak jajan?', papa memancing reaksi. 'NAK!', jawab kakak pantas seraya mengangguk dengan sinar di matanya. 'Eh, tadi kata dah kenyang kan?', soal papa menguji. Kakak cuma tersipu malu.

Tak boleh makan jajan banyak-banyak, tak elok! Tapi papa dan ibu tetap membelikan sedikit jajan setiap kali berbelanja atau ke kedai. Camno pulak tu?

Wednesday, January 05, 2011

Rombongan Nenek Midah ke KL

0 comments
Bersempena dengan cuti persekolahan panjang pada bulan Disember lalu, Nenek Midah bersama PakLong, MakLong, AbgLong,AbgNgah dan AbgKecik membuat rombongan jalan-jalan ke Kuala Lumpur.

Ikut perancangan asal, rombongan sepatutnya berangkat dengan keretapi dari Stesen Johor Bahru, tetapi kerana terlalu lewat membeli tiket rombongan terpaksa berangkat dengan bas ekspres dari Stesen Bas Bandar Penawar.

Hanya sempat melaksanakan beberapa aktiviti sepanjang hampir seminggu berada di Kuala Lumpur, antaranya jalan-jalan di SOGO, ke Pasar Malam Jalan TAR, Planetarium, Masjid Besi Putrajaya, Pusat Sains, Masjid Wilayah, melawat besan Nenek Midah di Segambut, melawat Nenek Ning di Taman Sutera Kajang dan mandi manda di kolam.

Selepas penat berjalan-jalan di SOGO, rehat didepan Masjid India dan bersolat zohor.

Dalam panggung selepas menonton persembahan 'Dawn of the Space Age' di Planetarium

Di menara tinjau Planetarium

Bergambar di akuarium besar Pusat Sains

Di hadapan Pusat Sains selepas Nenek Midah jatuh dan kakinya terseliuh semasa menuruni tangga untuk pulang.

Kesian mereka tidak dapat melawat lebih banyak tempat kerana Papa, Ibu, UcuRizal dan UcuLinda tidak boleh cuti terlalu lama.

Insya Allah lain kali kita boleh jalan-jalan lagi.

Terima kasih tidak terhingga kepada AtokHamid kerana menaja kenderaan bagi memudahkan kami menjelajah Kuala Lumpur. Nanti pinjam lagi ye Atok!!

Tuesday, January 04, 2011

Alam Persekolahan 2011

0 comments
Alhamdulillah semalam kakak telah memulakan alam persekolahan 2011 sebagai senior (baca: S6) di SmartReader Kajang Sentral.

Kakak sangat seronok dan agak berdebar hendak memulakan sekolah. Tahun ini murid-murid baru agak ramai iaitu seramai 40 orang berbanding tahun lepas. Keadaan dalam sekolah agak huru hara dengan kehadiran mereka serta ibubapa/penjaga. Walaupon ramai muka-muka baru namun Kakak agak tenang berbanding hari pertama persekolahannya setahun dahulu, apatah lagi bila berjumpa rakan2 lama dan seangkatan.

Tadi malam kakak tidur seawal 9.30malam kerana sangat seronok hendak ke sekolah esoknya.

Kakak: Papa, sekarang dah pukul berapa?
Papa: Sembilan suku.
Kakak: Belum sembilan setengah?
Papa: Belum. Kejap lagi.
Kakak: Alah lambat lah jam nie. Kakak tak sabar nak tido, nak pergi sekolah.

Kakak bersama beg baru tidak sabar hendak kesekolah

Kakak bersama geng senior berkurung dalam bilik sambil bermain anak patung mengelak daripada hiruk-pikuk rakan-rakan baru yang sedang mendaftar

Moga kakak terus maju jaya dalam kehidupan. Papa dan Ibu akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Moga dipermudahkan Allah S.W.T.

Thursday, December 30, 2010

Mari membaca

0 comments

Adik sedang duduk sambil membaca (baca: membelek) buku di PKNS bangi.

Adik memang suka membaca dan bercerita sendiri walaupun tidak dapat difahami biji butir apa yang diceritakan. Dan seringkali juga adik membaca buku secara terbalik juga songsang dari belakang ke hadapan.

Kakak pon rajin membaca, dah boleh mengeja dan membunyikan suku kata perkataan yang dieja. Kalau malas membaca, papa paksa kakak mewarna kerana teknik mewarna kakak agak comot serta tidak berseni. Tapi sekarang sudah agak bagus.

Kalau malas membaca dan mewarna kakak dipaksa membuat soalan-soalan pada buku aktivitinya.

Kakak pon suka bermain terutama di padang permainan. BAGUS. Play more, learn more!

AFF Suzuki Cup 2010: MALAYSIA HEBAT!

0 comments

ALHAMDULILLAH!

Ber-Gelora stadium Bung Karno apabila Skuad Harimau Malaya (Malaysia) berjaya membenam Garuda (Indonesia) dengan aggregat 4-2 dan muncul juara Piala AFF Suzuki 2010, pertama kali sejak diperkenalkan 14 tahun lalu.

Sesungguhnya kemenangan yang sangat bermakna sehingga mampu menaikkan semula minat penyokong tempatan setelah prestasi buruk dan tidak konsisten berlarutan bertahun-tahun lamanya.

Nyata skuad muda (Datuk?) Rajagopal telah memberikan persembahan terbaik dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia!

Pastinya nama-nama seperti Safee Sali, Khairul Fahmi, Muslim, Mahalli serta lain-lain lagi sedang meniti di bibir-bibir peminat (serta peminat baru) dan menjadi ikon/idola bolasepak negara.

Dan yang paling menarik, esok telah diistiharkan sebagai CUTI UMUM!!

Tuesday, December 28, 2010

Beg jijah!

0 comments

Adik bersama beg kesayangannya yang akan didukung ke hulu dan ke hilir walaupon ketika berada di rumah.

Asalnya hanya mahu membeli beg untuk kakak bagi menggantikan beg nya yang telah lusuh, tapi adik merengek mahu beg juga.

'Beg Jijah!', adik memberontak. Tak sampai hati nak kecewakan permintaan budak comel itu, terpaksalah belikan juga...

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez