Monday, November 27, 2006

anak manja papa ...

1 comments
2-3 menjak nie qila makin manja ngan papa.. :)... qila suka sangat makan strawbery cam papa.. so kalau papa tanya qila nak makan strawbery tak.. mesti qila senyum jek.. so both of u will eat the strawbery sampai habis.. papa makan kulit .. qila makan isi.. heheheh sian papa makan kulit jek.. so when both of u have a special moments .. ibu akan mcm lipas kudung do whatever house chores yg bole.. basuh pinggan .. masak nasi ker.. apa2 jek before papa hands u over to me utk mandi.. :)..

now kalau qila tak nampak papa .. mesti kepala qila duk mencari2 mana papa dier hilang.. especially when ibu kuar umah dukung qila.. tak kira la nak anta gi nursery ke... nak kuar jalan ker.. kepala qila mesti duk carik mana papa ni.. nanti bila papa sergah qila... mesti qila terkekek-kekek gelak.. love the moments..

kalau kadang2 papa mandikan qila.. n' i know qila suka sangat mandi ngan papa.. sebab papa mesti citer/nyanyi ngan qila.. pastu terdengar la qila terkekek-kekek gelak.. kalau ngan ibu mesti nak cepat jek.. tak de main2 air.. kalau ngan papa siap papa main2 air ngan qila.. gelak2.. sonok sgt tgk.. muka qila happy sangat..

n' one more things.. u lovessss to says pa.. pa.. pa.. pa.. pa.. :) ...


p/s: lovesssss both of u to the fullessssstttt

Friday, November 24, 2006

Makin pandai

1 comments
2-3 hari nie qila bangun lagi awal dari biasa. Pukul 5 lebih dah bangun ngomel sambil golek-golek. Ibu gak kena bangun teman kan qila main. Tapi sebenarnye qila tetap main sorang, cuma ibu teman tido sebelah qila.

Sekarang qila dah pandai bagi barang pada papa. Selalu kalau main ngan remote TV, qila akan baling2 je. Nasib baik remote tuh kuat, kalau tak mesti dah terbarai.

Semalam bila qila capai dan main2 dengan remote tuh, papa hulur tangan tanda mintak. Tiba2 qila terus letak pada tangan papa. Lepas tuh papa cuba lagi, dan qila ulang perbuatan tersebut berulang-ulang kali sambil tersenyum sengih. Pandainyee.

Pagi tadi papa tinggal qila depan TV yang terpasang dan pergi bersiap2 dalam bilik. Tiba2, papa dengar TV dimatikan. 'Mesti qila tertekan button OFF kat remote tuh'. Papa pon pegi lah jengok. Papa tengok qila sedang tertiarap depan sofa. Papa pon pegi dekat qila carik2 remote. 'Qila, bagi papa remote. Kat mana qila letak?', sambil meraba2 bawah badan qila carik remote.

Kemudian, papa perasan jari qila menuding ke satu arah. Laa rupanya remote tuh tersorok bawah sofa. Qila tak boleh nak amik. Pandainye anak papa nie. Dah pandai tunjuk2 yee. Qila dah paham cakap papa ke?? So clever!!

Thursday, November 23, 2006

Rumah Terbuka Raya

1 comments
Sabtu lepas kita buat rumah terbuka hari raya. Nie kira raya pertama kita buat rumah terbuka sendiri di rumah sendiri. Seronok rasanya bila dapat jamu rakan-rakan dan keluarga makan, walaupon juadah nya tak seberapa.

Sebenarnya sabtu sebelum nya pon buat rumah terbuka juga, tapi jemputan hanya terdiri dari ahli keluarga terdekat. Tapi sabtu kali nie, jemputan terdiri daripada rakan-rakan sepejabat papa dan ibu. Ikut perkiraan awal, jumlah yang datang termasuk ahli keluarga masing-masing hampir 70 orang. Tapi jumlah sebenar hanya 30 orang. Tapi rasanya itu pon dah berbesar hati sangat dengan kesudian mereka jejak kaki ke rumah kita yang kecil itu.

Hilang rasanya penat lelah menyiapkan juadah serta mengemas rumah menanti kehadiran mereka. Berdebar rasanya, bila rakan-rakan datang satu persatu diiringi keluarga masing-masing tidak putus-putus.

Meriah rasanya walaupon itu merupakan minggu-minggu terakhir syawal.

Alhamdulilah makanan cukup menjamu tetamu yang datang. Papa dan ibu risau makanan tidak mencukupi.

Qila seperti biasa, menempel pada papa dan ibu. Bila dah lama sikit baru nak main-main. Ramai rakan-rakan qila datang ye.

Insya-Allah ade rezeki lebih, kita teruskan tradisi tersebut di tahun-tahun akan datang.

Diharap para tetamu berpuas hati dengan makanan yang tak seberapa, yang di masak sendiri oleh ibu bertungkus lumus sejak beberapa hari sebelumnya. Diharap juga mereka selesa berada dalam rumah kecil kita. Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan.

Wednesday, November 15, 2006

Alahai comelnye...

0 comments
Sometime last week or weeks before, seperti biasa papa bangun pukul 6 pagi. Masa tuh papa dah nampak qila mula gerak2 walau pon keadaan masih samar2.

Perlahan2 papa bangun supaya qila tak terjaga. Tapi sebenarnya mata qila memang dah bulat sambil senyum tegur papa. Papa tepuk2 qila sambil sumbat puting dan pelukkan bantal busuk dia. Dengan harapan qila tidur semula. Kemudian papa terus gi mandi.

Tiba2 pintu bilik air seakan diketuk lembut. 'Eh ibu dah bangun ke?'. Papa bukak pintu dan jengah keluar, rupanya qila sedang duduk berlipat lutut depan pintu dengan puting tersumbat dimulut dan bantal busuk di tangan.

Alahai comelnya. Soo sweet. Qila carik papa sampai bilik air yeee. Bijak anak papa nie.

Tuesday, November 14, 2006

Basah!

0 comments
Tadi pagi qila bangun dalam keadaan basah dan hancing. Abis seluar dan baju. Kesian qila tidur dalam keadaan tak selesa. Kalau qila dah pandai cakap dan dah paham, musti qila kejut papa dan ibu suh tuka lampin.

Bila cek rupanya papa tersilap pakaikan lampin qila. Sepatutnya pakaikan lampin merah huggies yg kuat menyerap, tapi tah camne papa teramik yg biru. Mungkin banyak sangat benda kat otak papa sampaikan terlupa.

Sedih sgt tgk keadaan qila. Papa mintak maap yee sayang. Insya-Allah there won't be a next time.

I love you so much!

*suka sgt tgk rambut Winter Sonata + gigi arnab tuh

Friday, November 03, 2006

10 months 2 weeks 1 day

2 comments
as per to date... thats is ur age... skang dah makin lasak lasak yg amatz... dah ada 4 btg gigi yg sgt comey... 2 kat atas 2 dibawah... kdg2 suka sgt laga2kan gigi.. nyilu ibu denga..

dah pandai skit balance bdn.. but still akan nangis kalau ibu tak de kat sbelah2 dier.. tp tak pe papa selalu pujuk qila..bile papa pujuk qila akan senyum.. sweet sgt nampak la gigi dier 4 btg.. hilang segala penat kat bdn...

bab sepah2 kan brg makin pandai.. anything dlm bekas/bag akan dikeluarkan satu per satu.. mcm org kaya kuarkan baju dlm beg.. pastu sepah2kan atas lantai... suke2 jek wat cam tu ek.. nanti ibu jugak kena kemas....

so this weekend we plan tu raya ke umah sesapa yg ajak .. sebabnyer ibu nak beraya puas2 + mkn puas2 sebab masa raya ari tu tak sempat nak buat apa2 sebab duk terlantar atas tilam.. so tomorrow should be makan day.. tp hopefully nothing happen coz takut la tetiba ibu tak sihat.. qila tak sihat ker.. or papa tak sihat.. mintak2 la kita semua sihat.. bole la beraya..

Tuesday, October 31, 2006

Melangkah

0 comments
Alhamdulilah dah seminggu kita beraya. Ini tahun pertama Qila sambut ramadhan dan aidilfitri. Walaupon qila blom boleh posa, tapi dah boleh collect duit raya kan?

Tapi yang tak best nye kita tak dapat beraya bersungguh2 tahun nie. Masa sampai kota tinggi qila mula tak sihat serta demam. Bila qila dah ok, papa pulak demam hari pertama raya dan diikuti dengan ibu. Balik batu pahat pon tak sempat nk bawak qila beraya. Papa dan ibu terlantar demam. Sib baik nenek bawak qila beraya. Tapi itu pon sekejap je pasal qila dah tertidur kat umah nenek tiah.

Sedih sgt raya tahun nie. Ibu dah rancang nak beraya sungguh2 pasal raya tahun lepas ibu tengah sarat mengandung, so tk boleh melaram baju raya.

Nasib baik ramai orang nak tolong jaga dan main ngan qila. Takde lah qila terabai sangat. Kejap ngan paklong, pastuh maklong pulak, kejap nenek bawak lari, pastu pakucu, bang long + bang ngah + bang adik + bang shazani dan kak lia pon tolong main ngan qila. Eh pak ngah ade main ngan qila tak??

Masa nk balik KL tuh kepala papa dah mula sakit lagi. Tapi papa buat tahan je takut nanti ibu tak confident nak jalan jauh. Alhamdulilah selamat perjalanan kita. Qila pon elok jee tido.

Skang qila dah boleh berdiri sikit dan mula menapak. Suka tgk semangat qila nak berdiri. Tapi letih ah nak jaga dia supaya jgn jatuh. Tapi anak papa nie memang kuat semangat kan??

Papa suka tgk qila main ngan ibu. Sampai tak boleh nk berenggang. Asik nak berkepit ngan ibu je. Tak kisah lah ibu buat ape, asal ibu ade dekat qila. Tapi bila qila ade ibu tak bole buat keje, pasal qila akan 'kerjakan' ibu.

Papa suka dengar gelak tawa qila bila main ngan ibu. Macam ade je benda fun yang korang main. Qila nampak lively. Tapi bila ngan papa, qila nampak senyap sikit. Maybe pasal papa tak pandai main ngan qila kot.

Sian qila. Patut lah qila suka ikut ibu.

Rambut qila dah panjang dan mula berserabut kalau tak disikat. Pasal rambut tuh lah Pak long panggil qila SONATA. Cam rambut hero WINTER SONATA.

Moga Qila sentiasa sihat. Papa dan Ibu sentiasa sihat. Serta keluarga kita dikurniaan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.

Thursday, October 19, 2006

Salam Lebaran

0 comments


*ibu, you read my mind.. :)

Wednesday, October 18, 2006

Raya makin dekat .....

0 comments
betul la ckp papa.. ibu dah lama tak tulis dalam nie.. not bcoz ibu sibuk tp yg sebenarnyer tak de idea nak tulis apa.. eventho' mcm2 qila dah achieve this few weeks.. but papa dah jot down everythin so ibu lagi la dah tak de idea... :) ... hehehe alasan sebenarnyer...

as per today.. dah 25 hari kita puasa.. sekejap nyer ramadhan thn nie.. mungkin sebab mcm2 aktivit kat umah tu yg tak sedar masa berlalu... n' this is the first time we as a family duduk umah sendiri... bestttt sgt... sonok dpt hias umah sendiri ikut citarasa sendiri..

tomorrow u will be 10 month.. skang dah pandai berdiri.. tp sekejap la.. dlm a few sec jek.. but u improve day by day .. dah pandai suh org pay attention kat dier.. very good in sepah2 barang .. :) tp tak pe papa rajin kemas kan.. papa kan.. :)

since lagi 5 hari jek nak raya .. so kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin .. hati2 di jalanraya... kalau mengantuk berhenti rehat dulu (actually more to ingatan pada diri sendiri)

p/s: papa .. why don't u put the card raya here .. :) ..

Tuesday, October 17, 2006

Pandainyeee

0 comments
Lama ibu tak update kat sini. Nape ek? Rindu papa nk baca. Mungkin ade perkembangan qila yang ibu perasan tapi papa tak. Takpe lah, maybe ibu sibuk...

Gigi atas qila dah menampakkan diri. dah keluar dari gusi. BESAR! Gigi bawah pon dah makin menonjol. Kecik comel je gigi bawah tuh. Dan sekarang qila suka gigit2 barang, kadang kaki papa pon qila geget... Lepas tuh suka senyum sengih tunjuk gigi tak siap tuh. Alah comelnye.

Sekarang qila dah makin pandai merajuk esp ngan ibu. Papa cuma tukang pujuk. Pantang nampak ibu, mesti nak kejar + panjat2 kat ibu. Kadang ibu sibuk nk masak, nak mengemas, nk bersiap gi opis dan tak dapat nak layan + main + dokong qila. Qila akan nangis sungguh2 sambil duduk berlipat lutut sambil terlompat-lompat dengan air mata dan air idung meleleh-leleh. Papa pon cuma akan duduk dekat qila dan perhati emosi, gelagat dan riak muka qila. Cantik anak papa nangis + ngamuk. Tapi kejap je papa biar qila nangis. Papa hulur tangan dan qila sambut tanda mintak dukung. Papa akan bawak qila jalan2 dlm rumah carik ibu. Main cak-cak ngan ibu dan buat lawak bodo ngan qila. Makin semangat anak papa, tak larat nak dukung lelama.

Sekarang rambut qila makin panjang. Dah boleh sikat dan ikat. Lembut je rambut qila tuh. Bila bangun tido, rambut qila bermacam2 bentuk... hehe serabut. Tapi lepas basuh muka, basahkan rambut sikit serta bersikat, qila tetap jadi comel seperti biasa.

Tahun nie first time qila jumpa Ramadhan dan beraya. Insya-Allah kita beraya kat umah nenek di Kota Tinggi. SERONOT nyeeee!

Thursday, September 28, 2006

Lasak

0 comments
Sekarang qila makin lasak, maklumlah dah makin laju merangkak. Kejap je dah sampai dapur cari ibu. Tetiba je dah sampai dalam bilik gigit plak elektrik.

Sekarang dah mula pandai panjat2, tengah berusaha nak berdiri lah tuh. Mula2 berdiri dengan pegang sebelah tangan, tapi kadang2 cuba utk free stand. Papa perhati je gelagat qila. Bila qila perasan papa perhati, qila pon sengeh sampai pejam mata tunjuk gigi ciput. Or kalau papa ralit tengok tv, qila akan sengih kat papa sambil buat2 bunyi mintak perhatian. Bijak betul anak papa nie.

Semalam tengah sedap tido, tiba2 terjaga pukul 1 pagi. Rupanya ibu tengah mengucap panjang sambil tarik qila dari bawah katil. Entah macam mana separuh badan qila boleh terpersok bawah katil tuh, sampaikan bantal penghadang pon qila tolak masuk. Mungkin ibu terjaga akibat ngomelan qila walaupon mata masih terpejam. hehe lasak sungguh anak papa.

Arituh pulak bila qila dah mula merengek sambil gosok2 mata, papa try nak tidurkan qila. Papa tepuk2 sambil baca selawat supaya qila tidur. Bila letih dan tengok qila dah lelap, papa baring sambil peluk qila. Bila terjaga je, tengok qila dah takde dekat papa. Rupanya qila dah merangkak dalam ngantuk dan tidur atas lantai tanpa alas. lasak sungguh anak papa...

Friday, September 22, 2006

Qila demam lagi

0 comments

Semalam Qila demam lagi. Sejak pertama kali ibu & papa rasa gigi pertama Qila dah keluar dari gusi, demam Qila berpanjangan. Sekejap kebah, sekejap panas 39 darjah.. walaupon ubat silih berganti masuk badan Qila.

Ibu jadi doktor Qila, bagi ubat, pujuk Qila, dukung Qila... pasal Qila lebih selesa dengan ibu berbanding papa. Papa tolong lah mana yg boleh. Tapi bila nak bagi ubat bontot, memang papa tak sanggup! eeeeee seram!

Semalam pegi jumpa doktor Arbahiya. Doktor kata tuh bukan demam pasal nak tumbuh gigi, tapi doktor suruh pantau takut demam berpanjangan. Dan Qila kena makan macam2 ubat lagi utk sembuh. Tak kisah, asalkan Qila cepat sembuh, boleh main lasak2 dan memeriahkan suasana rumah seperti selalu.

Kesian Qila demam. Kesian Ibu terpaksa korbankan cuti yang tinggal sikit tuh utk jaga Qila.

Hari2 Papa rindu kat Qila. Rindu nak tengok Qila tidur tertonggeng, Qila mengomel sorang2, Qila baling2 barang, Qila panjat2 dan cuba nak berdiri, Rindu nk tengok Qila senyum tunjuk gusi, Qila jilat2 dan hirup air mandian, Papa rindu semuanya...

Tuesday, September 19, 2006

9 months and first tooth ..

1 comments
first of all ibu nak wish u happy 9 successfull month.. hehehhe.. :) ... if i'm pregnant i will deliver a new baby heheheh... (note to papa.. not until qila 2 years :) ) . ibu doakan agar qila sihat walafiat, makin bijak, makin sweet but not makin naughty kay...

now when u already 9 months semakin aktif pastu mmg tak reti duk diam .. sekejap naik atas sofa, kejap nak turun pastu melonjak2 .. pastu panjat2 sofa .. pegang2 tv sendiri.. mcm dah bole berdiri.. but i know u will stand sooner.. :)

okay last nite when ibu, papa n u.. lepak2 kat depan tv tgh tgk csi .. papa give u honeydew.. pastu papa show me the honey dew u bite.. 'ibu, tgk qila gigit bu.' .. so ibu pun just curious so ibu pun saja jek la nak pegang gusi qila.. tiba rasa cam ada benda tajam jek .. wahhh wahh wahh.. anak ibu dah tumbuh gigi.. a day before your 9 months birthday ... tp your tooth tak nampak visible lagik.. seronok sgt.. after this u can eat almost everything.. hehhehe

to qila :
be a good girl sayang ... u will be 1 year in 3 months.. dah big girl anak ibu ...
we loves u so much ....

Monday, September 11, 2006

picnic ...

0 comments
last week on saturday, we went for picnic ... actually its organize by papa n ibunyer department .. this is your first trip pegi mandi sungai.. actually to be exact we went to sg congkak... very nice place... ibu b4 qila ever exist selalu gak pegi sg congkak with your nenek, atuk n' all your unties n' uncle.. but its first time for both of you n' papa ..
qila n' papa

we reach sg congkak a bit late .. coz we want u to take a nap first coz if not dont know what will happen.. so when we arrive there everybody bz eating n' they having a sukaneka .. other part of the place all the fathers bz bbq..

for the first time also qila mandi sg.. b4 that the water is so so cold.. but to my surprise u not even scared .. u look so happy..(mental note to us : kena selalu bawak qila gi mandi sungai) .. tp qila mandi sekejap jek sebab takut selsema ..

so after a few hours makan + borak2 + gosip(ibu2 la) .. we went home around 3.00pm..


qila tgh naik abg adam punya tricycle


Tuesday, August 29, 2006

what's new ....

0 comments
last week pegi jerantut.. uncle qila kawin .. dlm 3 jam jugak la perjalanan .. dr kl kul 9 pg sampai dlm pkl 12 tgh.. wedding is just ok.. qila mengamuk skit.. mayb sebab panas.. org ramai gak.. konvoi 2 keta dr kl..

this week nak balik kelantan lak... nie wedding belah uncle qila .. this is your 1st time journey to kelantan .. ibu ngan papa risau sgt takut qila ngamuk.. hopefully ok..

since qila masuk 8 months .. mmg laju sgt kalau merangkak.. sedar2 jek dah kat dapur .. pastu skang ni asik nak panjat2 jek.. takut sgt terbalik ... dah la qila ni tak balance sgt ... mulut pun dah laju jek .. tp tak paham apa lak yg qila duk bebel...

Thursday, August 17, 2006

Pah Pah

0 comments
On the way back from the nursery yesterday, you are as restless as usual. Climbing on ibu, hitting the car window, turn here and there, and making all sort of noises with your toothless cute little mouth.

I turned to you and teach you to say the word "Papa". And I repeated that word slowly a couple of times "Pa.. Pa..", with you looking at me attentively. And then suddenly you said your very first word.. "PAPA" with a smile on your face..

Ohhh what a day... Such a magical moment. I'm proud of you Aqila. And I love you with all my heart.

*I love you too, Ibu ;)

Wednesday, August 02, 2006

accident ...

0 comments
its been so long since ibu or papa write somethin' in here ... its been a hectic month ... early july we, both me and your papa caught with an accident .. things happens so fast ... as long as i can remember me and your papa been lying at the road .. its a long story to write here and i just cant write it ..

when u turn 7 month last july .. u having an ulcer , infection at your skin like ezima(not sure bout the spell) and u giving us a tantrum everyday .. coz u cant eat but u r really really hungry .. sian anak ibu... that time also ibu dah start keje.. i have to leave u with papa and nenek... thank god u doing well ... papa said in the moring u always looking for me.. nasib baik papa can cheer u up.. i know u good girl n' very smart baby.. u know how to behave when ibu not around... love u so much sayang ...

hopefully we have a bright day ahead... things happen with a reason ... its a dugaan from Allah s.w.t ... as long we bersyukur for what we have and cheerish every minute we have with the love ones .. its more than enough ... ibu see things diffrently right now .... god give us second chance ...

love u so much papa n' aqila... i cant see how i can live without both of u ...

Monday, June 19, 2006

6 months ....

0 comments
happyyy birth month.. :) .. sweet 6 months...
so many things i want to share here .. but ibu a bit tense today...
not because of u sayang.. bcoz of my boss... don't want to start talkin bout' him...
ibu will get migraine.... heheheh

yesterday is your papa day ... happy fathers day papa... u such a good father... aqila will knew it one day .. :)...

u not feeling really good this few days... u have a very high fever... ibu a bit panic.. u never like this b4 ... kalau demam pun just a light fever.. not to worry much.. but on friday your fever up to 39 deg... ibu ngan papa risau sgt.. ibu terpaksa paksa papa cuti.. sebab ibu takut apa2 jadik.. ibu sorang2...

but the +ve things is .. u can sit now.. what a good girl.. n' u seem like to talk... u can say baba.. baba.. papa.. papa..( papa perasan paggil dier) .. abu... abu.. hehehe... kelaka... so many u can do now... just can think rite now.. maybe papa can add ... bole kan papa.. :)

Thursday, June 15, 2006

Aqila jatuh tilam

0 comments
Setiap malam rabu merupakan 'Movie Night'. So semalam tengok cerita Da Vinci Code. Kemudian Ibu tido awal sebab dah tak tahan. Tapi tak lama lepas tuh Da Vinci Code pulak yg tengok papa. Ngantuk sangat.

Pukul 3, Ibu kejut papa bangun... Lepas solat Isyak papa terus sambung tido.
Tapi lebih kurang pukul 5 lebih dengar ibu jerit. Terkejut papa. Rupanya Aqila dah jatuh dari tilam. Tapi aqila tak nangis pon, tak sakit ke sayang? Kuat betul anak papa nie.

Sebenarnya sebelum tuh papa tahu qila dah bangun + ckp sorang2 + golek + tarik2 tgn papa. Tapi papa tak larat nk bukak mata.

Lepas tgk ibu peluk2 + cium2 + pujuk2 qila.. papa pn sambung tido lagik... Ngantuk ah

Thursday, June 08, 2006

merangkak...

1 comments
pict is courtesy of aunty nett... TQ auntie nett ..

last nite aqila tido lambat coz kat nursery tido lama... nak dekat pukl 7 baru qila bangun.. so ibu dah agak sure qila lambat tido.. nasib baik semalam ibu tak masak sebabnyer rabu malam is movie nite... so we just eat fries n' indo mee... so smlm ibu n' papa letak qila atas comforter... just to make u available n' bz .. we put your toys infront of you but a bit far from you... suddenly papa scream .. ibu!!! ... tgk aqila... yesss... aqila tgh merangkak nak mencapai all your toys... your feet and hand really strong coz u can crawl really fast .. n' the way u act is like when u reall want something u will do it untill u get it ... so lepas sejam .... u look so tired... n' dah gosok2 mata .. i know u already sleepy... once ibu dodoikan.. u sound asleep... wahhh!!! really tired ...

aqila sayang ...
papa n' ibu so proud of you... you are our angel ... be a good girl ok...
both of us will do our best to make u achieve what ever u want in life (the good one ok!!) ..
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez