Sunday, February 03, 2013

Kisah kakak

0 comments

Kakak menyambut Maulidur Rasul dengan agak meriah tahun ini dengan menyertai perbarisan / berarak sambil berselawat di sekitar kawasan perumahan serta bernasyid anjuran KAFA Sri Umairah. Mulanya papa sekadar ingin menghantar kakak ke majlis tersebut, tapi akhirnya papa turut berarak sambil mengambil gambar. Teringat zaman persekolahan papa dulu...

Gigi kakak masih agak goyang akibat tergigit coklat keras tempohari. Namun hasil pemeriksaan doktor, gigi tersebut tak perlu dicabut kerana belum sampai masanya. Lagipon bengkak tersebut akan surut dan doktor menasihatkan supaya gigi tersebut dibiarkan dahulu sebagai petunjuk arah pada gigi kekal untuk tumbuh dengan cantik.

Namun ada sedikit lubang pada geraham yang perlu ditampal.. Kakak tak takut pon berjumpa doktor dan doktor kata gigi kakak sangat cantik..

Hujung minggu, selain mengemas bilik, mencuci serta mengapur kasut,  kakak suka menolong ibu mop lantai serta menyapu. Namun begitu, setiap dua kali sebulan kakak ada tuisyen di KAFA Sri Umairah.

Di sekolah rendah pula, kakak dipilih guru sebagai Penolong Ketua darjah. Hari-hari kakak terpaksa menjerit meminta rakan-rakan sekelas supaya diam jika guru tiada. Kadang kala kakak terpaksa menulid nama mereka yang nakal..




Monday, January 28, 2013

Kisah Muhammad

0 comments

Berat Muhammad sudah mencecah 8 kilo, semangat, comel serta bulat. Tapi sekarang Muhammad tidak mahu diletak, asyik mahu berdukung saja.

Muhammad juga sudah agak lasak. Sudah boleh meniarap, mengangkat badan serta mengesot. Minum susu pon mahu meniarap.. Tak lama lagi boleh lah merangkak.

Muhammad juga sudah mula makan makanan lembut selain susu. Tapi Muhammad belum betul-betul mahir makan dengan sudu.

Terdapat sedikit rasa tajam pada gusi bawah Muhammad, maknanya gigi muhammad sudah mula tumbuh. Boleh lah geget orang!

Minggu lepas Muhammad kurang sihat, selsema serta batuk. First time kena gas mengikut saranan doktor.

Semalam Muhammad jatuh katil kerana ibu terlelap keletihan. Alhamdulillah tiada kecederaan, tiada bengkak atau benjol di kepala. Orang kata disambut malaikat, moga sentiasa terpelihara dunia dan akhirat. Nampaknya lepas ini Muhammad kena tidur bawah..

Malam tadi Muhammad meragam sepanjang malam. Mungkin kerana perutnya kembung dan kurang selesa, mungkin kentang yang menjadi puncanya. So, no more kentang / makanan berangin buat masa sekarang..




Friday, January 25, 2013

We love you bear-y much

0 comments

:)



Wednesday, January 23, 2013

Rutin pagi

0 comments

Inilah rutin pagi kakak, adik serta Muhammad setiap pagi ketika menunggu papa dan ibu bersiap. Rancangan yang digemari adalah 'Pororo the little pinguin' dan 'Tayo the little bus'.

*tak dapat nak tengok ulangtayang Ustaz Don



Thursday, January 10, 2013

Happy 65th birthday!

0 comments

Alhamdulillah, 9 Januari 2013 lepas genap umur Nenek Midah 65 tahun. Sememangnya papa amat lemah dalam mengingati tarikh, nasib baik maklong jadi pemberitahu yang terbaik.

Kami sekeluarga mengucapkan, "Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Moga panjang umur, murah rezeki, sentiasa sihat, diberkati serta sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T.. Aminnn "

*lama tak balik kampung..


Tuesday, January 08, 2013

Blues di pagi hari

0 comments

Masuk minggu kedua persekolahan tahun 2013. Semalam bila sampai di KAFA, tiba-tiba kakak menangis teresak-esak. Hari ini semasa hendak keluar dari rumah kakak menangis lagi..

"Kakak nak ibu, nak papa..", esak kakak sayu.

Rupanya hatinya sedih, jiwanya agak kesepian dan kesorangan kerana tiada kawan di sekolah baru. Kakak rindu sekolah lama, rindu semua kawan-kawan / geng sepermainan serta sepersekolahan ditempat lama. Sudah tiada lagi Mirza, Syamimi, Nadia, Anis serta lain-lain lagi.

Kakak cuma sekadar murid baru di sekolah baru dengan suasana baru tanpa teman..

Sabar ye kakak, yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti, Insya-Allah.

*Deeja pon menangis juga semalam.. monday blues


Thursday, January 03, 2013

Hijrah 2013

0 comments

Alhamdulillah tahun 2013 dimulakan dengan penghijrahan..

-Berpindah ke rumah baru
-Kawasan baru
-Jiran baru
-Suasana baru
-dan sekolah serta taska baru

Papa dan ibu mengambil beberapa hari cuti untuk menguruskan persekolahan kakak serta adik.

Terima kasih pada ibu yang banyak menguruskan proses pertukaran sekolah kakak dikala papa tersangat sibuk.

Semoga penghijrahan ini mendapat berkat serta rahmat Allah S.W.T

*uuuu seronok nya!



Friday, December 28, 2012

Princess of Kutu

0 comments

Sudah berbulan kutu menyerang dan bersarang di rambut kakak dan adik. Nampaknya usaha pembasmian menggunakan ubat serta cara tradisional kurang berjaya.

Sempena sesi persekolahan tahun baru yang akan bermula, Kini rambut kakak dan adik sudah ditebas lebih pendek (daripada gambar).


Monday, December 24, 2012

Muhammad' first word

1 comments

"PAPA"..
Mungkin sekadar kebetulan, tapi perasaan ini tetap rasa terharu dan berbunga-bunga.

*ibu sila jangan cemburu ye ;-)


Spider-baby

0 comments

Muhammad sedang menggayakan baju spiderman baru. Muhammad sudah out-grown kebanyakan pakaiannya. Cepat membesar, semangat dan bulat.

Sekarang muhammad sudah agak mengenal papa dan ibu. Sentiasa memerhati, ingin perhatian serta payah untuk ditinggalkan sendirian.

Kakak: Geramlah tengok muhammad nie, rasa macam nak gigit!!


Friday, December 21, 2012

Kakak' 7th birthday

0 comments

Happy birthday to kakak,
happy birthday to you!

7 tahun masa berlalu begitu pantas. Kakak sudah besar dan akan memulakan persekolahan darjah 2 di sekolah barunya.

-Sudah boleh diharap untuk mengemas beg baju untuk ke taska.
-Mengemas buku dan beg sekolah sendiri.
-Menyiapkan tempat tidur.
-Menguruskan deeja mandi walaupon akan membebel panjang dengan perangai deeja.
-Menutup api didapur bila cerek menyanyi-nyanyi.
-Membasuh pinggan dalam sinki bila moodnya baik.
-Mengurut papa bila dipinta.
-Bermain dengan muhammad walaupon matanya lebih tertarik dengan cerita di TV..

Terima kasih kakak kerana menjadi anak yang baik.

Papa dan ibu doakan kakak sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T.


Monday, December 17, 2012

Jumpa lagi

0 comments

Rombongan menghantar Nenek Midah, PakLong dan MakLong sekeluarga menaiki bas di TBS untuk pulang ke Kota Tinggi.

Puas lah AbangLong, AbangNgah dan AbangKecik serta Kakak dan Adik mandi kolam.

Namun Nenek Midah mengalami koyakkan pada ligamen bahagian lutut akibat tergelincir di bilik air. Sekarang nenek agak sukar untuk berdiri dan berjalan. Moga nenek cepat sembuh. Insya-Allah lepas ini boleh menginap di rumah baru kita.

*sangat letih menyiapkan rumah baru walaupon sekadar keperluan wajib sahaja..


Friday, December 14, 2012

Muhammad 'Pororo' Hanan

1 comments
Muhammad sedang menggayakan topi / snowcap terbaru. Topi-topi sedia ada semua sudah agak sempit. Terima kasih ibu! Comel macam 'Pororo the Little Pinguin' kan??

Wednesday, December 12, 2012

Berkubang

0 comments

Kakak, adik serta sepupu-sepupu nya sedang berkubang dalam private jakuzi di Vila 9, Sungkai Hot Spring.

Agak menarik rekabentuk vila ini dengan jakuzi open-air di bahagian tengah dan dikelilingi dengan bilik-bilik serta dapur. Buka pintu utama terus nampak jakuzi yang menggiurkan. Memang terbaik!

Terima kasih Nenek Asiah belanja kami semua bercuti.
Terima kasih Atok Hamid sponsor 'bas' serta durian sebakul.


Sunday, December 09, 2012

At Sungkai

0 comments

Muhammad dan ibu dalam perjalanan ke Hot Spring Felda Residence, Sungkai.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, December 07, 2012

Creative thinking using LEGO

1 comments

Papa jadi salah seorang pemenang anugerah inovasi semasa kursus tersebut. Dapatlah 4 biji Ferero Rocher sebagai hadiah.

Kursus yang agak menarik sehinggakan ada peserta sanggup skip breaks semata-mata ingin siapkan model lego masing-masing.


Wednesday, December 05, 2012

We are family..

2 comments

Main LEGO pon boleh ingat keluarga..
Papa + ibu + kakak + adik (both pakai skirt) + Muhammad di depan rumah banglo kita beserta taman yang luas juga swimming pool..

"Apa yang penting? KELUARGA!"


Tuesday, December 04, 2012

Kanak-kanak riang

0 comments

Gambar diambil selepas meraikan persandingan Tok Ayah Mir di Klang dan dalam perjalanan menziarahi baby pertama Uncle Aiman di rumah Mummy Eka.

Mulanya hanya hendak mengambil gambar Deeja dan Maisara saja, tiba-tiba diserang oleh Aqila, Aida dan Adriana pulak.

Sangat comel gambar Deeja dan Maisara kan?



Monday, December 03, 2012

Syeikh Muhammad Al-Fateh Hanan

0 comments

Muhammad terpaksa bertudung kepala kerana cuaca hujan dan panas yang agak tidak menentu.

Comel dan kacak macam Papa kan??

*'Boleh lah..', kata kakak


Monday, November 26, 2012

Surat dari kakak

0 comments

Beberapa minggu lepas kakak buat surat istimewa untuk kita sekeluarga. 'Ok terima kasih, nanti papa tengok', kata papa dengan sekilas pandang pada hasil kreativiti dan keikhlasan kakak.

Tiba-tiba tadi semasa sedang late supper, papa terpandang lipatan surat itu dicelah-celah tin biskut di atas meja makan. Serta merta rasa bersalah menghantui diri. Ibu sudah tidur, adik sudah tidur, Muhammad sudah tidur dan kakak juga sudah tidur.

Kadang kala dalam kesibukan menguruskan kehidupan seharian, kita terlupa apa yang paling penting, yang sepatutnya menjadi keutamaan kita yang sebenarnya..

Maaf ye kakak..

Kakak kata;
'Saya sayang ibu
Saya sayang papa
Saya sayang adik
Saya sayang Muhammad'

*Kami pon sayang kakak!!





Saturday, November 24, 2012

Misi mengejar Ulama

0 comments

Alhamdulillah, misi menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Jamek Kajang berjaya dengan cemerlang. Walaupon sampai agak lewat akibat kesesakan serta kesukaran mencari tempat letak kereta, namun dapat masbuk jemaah maghrib dirakaat terakhir atas jalan tar beralaskan sejadah bekalan.

Subhanallah, para jemaah yang dahagakan ilmu serta bimbingan para Ulama memenuhi segenap inci ruang masjid sehingga melimpah ruah.

Usaha menyelit dicelah-celah para jemaah juga agak berjaya kerana mendapat tempat di dewan solat utama dengan jarak 7-8 saf dari meja penceramah namun berdekatan dengan layar siaran langsung sebelum ceramah bermula.

"Mengakulah kita banyak dosa, nanti tuhan sayang. Janganlah mengaku kita tiada dosa, nanti tuhan benci. Yang tiada dosa hanya para malaikat dan para rasul", Ustaz Azhar Idrus

Terima kasih Ustaz, atas perkongsian ilmu yang bermanfaat dalam suasana yang agak santai serta lawak. Memang TERBAIK!

Terima kasih juga Ustaz kerana sudi meluangkan masa 20-30 minit melayan ratusan para jemaah yang mengerumuni ingin bersalaman. Kalah artis popular!!

*Dah dapat salam UAI, bolehlah tidur lena..
*Para jemaah sibuk ambil gambar Ustaz, Ustaz juga tidak lupa mengambil gambar para jemaah




Big boy

0 comments

Alhamdulillah episod kurang sihat secara bergilir-gilir sudah berlalu. Papa sudah sihat, kakak sudah sihat, adik sudah sihat dan Muhammad juga sudah sihat walaupon on/off selsema.

Pulih demam Muhammad sudah ada kemahiran baru..
1) Sudah boleh memegang sendiri botol semasa menyusu
2) Sudah boleh meniarap walaupon dengan susah payah dan kadangkala perlukan a little nudge

Hebatlah anak papa, cepat betul Muhammad membesar...




Wednesday, November 14, 2012

Home alone with Muhammad

2 comments

Hari ini hanya Papa dan Muhammad berdua sahaja di rumah. Ibu kerja, kakak dan adik di taska, MakLong babysitter balik kampung ada urusan.

Kesihatan Muhammad bertambah baik.
Muhammad sudah mandi pagi + minum susu + dan sekarang sedang tidur.

Moga segalanya berjalan lancar, moga Muhammad tidak mengamuk.. huhu


Tuesday, November 13, 2012

Oh Muhammad

0 comments

Kesihatan muhammad masih belum pulih sepenuhnya. Masih meragam tanpa diketahui puncanya, minum susu agak kurang dan badan agak susut dari kebiasaannya.

Esok papa dan muhammad akan tinggal berdua sahaja di rumah sementara ibu bekerja. Moga berjalan lancar..


Monday, November 12, 2012

Merengek seharian

0 comments

Masuk hari ketiga Muhammad tidak sihat. Walaupon demamnya sudah agak kebah, tetapi muhammad sentiasa merengek dan menangis tidak selesa. Asyik mahu didukung dari pagi hingga ke malam. Tidurnya pon cuma seketika dan sambung merengek bila terjaga. Bagai ada sesuatu yang tidak kena sehingga papa dan ibu jadi buntu mencari puncanya.

Semalam ibu terpaksa tinggal di rumah menjaga muhammad sendirian sementara papa, kakak dan adik menghadiri majlis perkahwinan Tok Ayah Mir di Klang.

Ya-Allah berikan lah Muhammad kesembuhan, kesihatan dan kembalikan lah keceriaannya.. amin.

*Tahniah kepada Tok Ayah Mir (TokGawo) serta pasangan


Saturday, November 10, 2012

Muhammad demam pulak

2 comments

Berturut-turut pulak episod sakit dalam keluarga kita;
1) Peparu PakLong terluka semasa menjalani biopsi hati
2) Kakak demam panas
3) Adik sakit leher
4) Papa demam sejak 3-4hari lalu

Dan hari ini suhu badan Muhammad tiba-tiba tinggi dengan hingus meleleh tak berhenti, namun Muhammad tidak meragam hanya pasrah melayan ketidak-sihatannya. Tapi nampak muhammad agak pasif dan tidak banyak berbicara seperti selalu.

Kehadiran MakLong, PakLong dan keluarga pon tidak dapat dirai dengan sempurna kerana masing-masing kurang sihat.

Ya-Allah kembalikan lah kesihatan kami. Amin..




Friday, November 09, 2012

Girlz out

1 comments

Hari ni lepas majlis anugerah kat Pasti ibu bwk anak2 ibu gi soping2, makan2 kat alamanda.The best part is its sponsored by papa. We love u papa


Published with Blogger-droid v2.0.4

Deeja hebat!

0 comments

Hari ini ada penyampaian hadiah PASTI. Deeja dapat nombor 2 dalam kelas. Bukan itu sahaja, deeja juga dapat anugerah matapelajaran cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu serta Bahasa Arab. Hebat lah anak papa nie!!

Namun yang kurang hebatnya, deeja tak mahu naik pentas mengambil hadiah. 'Segan', katanya. Sudahnya ibu terpaksa naik pentas mengambil hadiah sebanyak 3 kali dengan deeja menyorok dibelakang  diikuti dengan gelak-tawa para hadirin... Bikin malu saja budak hebat ini!!

'Nanti adik nak beli cincin, gelang, subang, jam tangan, rantai......', kata deeja tentang wishlist nya.

*Tahniah buat deeja, moga terus hebat dan cemerlang dunia dan akhirat. Amin



Thursday, November 08, 2012

Akhlak terbaik

0 comments

Hari ini ada penyampaian hadiah Sekolah KAFA, kakak dapat hadiah matapelajaran terbaik bagi subjek Akhlak.

Esok penyampaian hadiah adik pula, dapat nombor 2 dalam kelas.

Malangnya papa tidak dapat hadir kedua-duanya kerana sibuk di pejabat.

Harap kakak dan adik tak berkecil hati.

*sedih


 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez