Wednesday, June 01, 2011

Helang Biru terbang tinggi

0 comments
Tiada siapa menyangka, percubaan pertama bermain paintball serta menyertai pertandingan menghadiahkan kami dengan tempat ketiga dan dikalungkan dengan pingat gangsa.

Semuanya hasil komunikasi, penyusunan strategi serta kerjasama yang baik diantara ahli pasukan walaupon penyertaan tersebut pada mulanya hanya sekadar untuk suka-suka sahaja.

Walaupon kekurangan pengalaman, situasi panik tertembak ahli sendiri yang menyebabkan kerugian mata, daya pengelihatan yang rendah akibat topeng berkabus akibat hujan tengaharinya serta hujanan peluru yang tiada penghujung namun kami mampu mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

ALHAMDULILLAH!

Gaya bangga setelah mendapat tempat ketiga

Bersama hamper kemenangan

Bersama pingat kebanggaan

Pingat Gangsa sebagai pengubat lebam-lebam akibat peluru serta sakit-sakit badan..


Penghargaan buat ahli-ahli pasukan;
Tuan Haji Jamal (Kapten)
Hamazri
Amin
Zikri

*hutlista ulu yam, paintball

Sunday, May 29, 2011

Kerja sabtu

0 comments

Semalam papa terpaksa pegi kerja...... MENEMBAK!!!

Kakak kata, "Papa nie, macam-macam hal lah"

@Jakel

0 comments

Sedang menunggu ibu memilih kain utk baju raya.

Thursday, May 26, 2011

ABAH.MY

0 comments
Tahniah pada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (SaifulIslam.com) atas penubuhan ABAH.MY, salah satu usaha proaktif beliau dalam meningkatkan kualiti ke-abah-an dalam mendepani cabaran-cabaran keluarga, anak-anak dan hidup masa kini.

Diharap ABAH.MY dapat menjadi platform terbaik sokongan serta perkongsian maklumat daripada abah kepada abah-abah yang lain.

=================================================================================
“ABAH.my merupakan sebuah kumpulan sokongan dan komuniti atas talian yang dibentuk dengan semangat kesukarelawanan oleh Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.Com) dengan tujuan untuk memupuk kebapaan positif dan pemimpin keluarga yang berintegriti lagi berkompetensi. Teras utama kumpulan sokongan ini adalah penerokaan dunia kebapaan melalui bahan ilmu, perkongsian pengalaman dan diskusi berkala.

“Dan juga mereka yang diredhai Allah itu adalah orang yang berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyejukkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa” [Al-Furqan 25: 77]“

Nota: imej serta petikan asal adalah daripada ABAH.MY

*Rindu ABAH. Al-Fatihah.. Amin

Saturday, May 21, 2011

Ujian Pertengahan Tahun

1 comments
Minggu depan kakak akan menjalani ujian pertengahan tahun di PASTI. Jadual peperiksaan sudah dikeluarkan dan akan berlangsung selama empat hari, bermula Isnin hingga khamis.

Kalau mengikut perkiraan, kakak baru sahaja hampir 2 bulan bersekolah di PASTI Taman Jasmin. Tak tahulah bagaimana penerimaan kakak pada subjek-subjek yang diajarkan disana, terutamanya Bahasa Arab, Asas Jawi dan Asas Quran.

Malam tadi sambil memicit-micit badan papa, kakak mengira dalam Bahasa Melayu kemudian Bahasa Inggeris dan seterusnya dalam Bahasa Arab;
Wahidun.. Satu
Isnani.. Dua
Salasatun.. Tiga
Arbatun.. Empat
Hamsatun.. Lima

SO PROUD OF HER!

Moga kakak dapat faham subjek-subjek yang diajarkan serta dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

*biasanya orang buat latih-tubi bagi subjek Matematik, tapi kakak baca macam buku cerita

Monday, May 16, 2011

Senyum lah cek mek molek

0 comments

Kelakar lah tengok adik senyum... Huhu

Sunday, May 08, 2011

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku...

0 comments
Ibu.. ibu...
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu.. ibu...
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu.. ibu...
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

.............

SELAMAT HARI IBU buat EMAK (baca: Nenek Midah)

SELAMAT HARI IBU buat MAMA (baca: Nenek Asiah)

SELAMAT HARI IBU buat IBUAQILAKHADEEJA (baca: Ibu Asmira)

You're the best EMAK, MAMA & IBU in the whole wide world. We love you so much!!

*Sumber lirik

Thursday, May 05, 2011

Berenang

0 comments

(Gambar)Kakak sedang berenang bersungguh-sungguh semasa percutian kami ke lumut tempohari.

Kakak memang suka main air / berenang. Walaupun belum betul-betul boleh berenang namun sangat bersemangat dan kadang kala terjun ke kolam dewasa tanpa pelampung walaupun telah berkali-kali diberi nasihat. Papa dan ibu kena lebih awas setiap kali ke kolam.

Sesi mandi pon memakan masa agak lama, tak tahu lah apa ya kakak buat dalam bilik air.

Teringat dialog filem P.Ramlee, 'Sekali, dia main belon daaa'

*Gambar oleh ibu
*Swiss Garden, Lumut, Perak

Dorae-kakak

0 comments

Cubaan kakak untuk melukis doraemon yang agak jinjang lehernya

Thursday, April 28, 2011

Happy Birthday to Papa

0 comments
Happy birthday to Papa,
Happy birthday to Papa,
Happy birthday to Papaaaaaaa
Happy birthday to Papa!




Terima kasih pada Ibu, Kakak & Adik. Papa sayang SEMUA!!!

Friday, April 22, 2011

Terkunci didalam

0 comments


Pagi tadi agak kelam-kabut semasa hendak keluar daripada rumah.

Papa bergegas menutup pintu rumah, mengunci gril serta memasang padlock. Ibu, kakak serta adik sudah menunggu papa di dalam lif sambil menahan pintu lif daripada tertutup.

Usai proses mengunci, barulah papa perasan ada dua beg (beg tangan Ibu serta beg pakaian kakak & adik) terkunci di dalam, diruang antara pintu rumah serta gril... DUHH!!

Tuesday, April 19, 2011

Makan tak berhenti

0 comments

Adik memang suka makan. Kejap makan nasi, kejap biskut, kejap lagi kek, kejap susu, kejap lagi roti, kejap lagi makan jajan. Macam tak berhenti-henti makan nya.

Tapi seronok gak tengok adik makan, kerana ada juga lah peneman papa makan bersama. Ibu sedang ber-diet, kakak pula agak memilih makanan.

Kadang kala dalam tidur pon bermimpi tentang makanan, 'Nak donat!', tiba-tiba menjerit sambil merengek dalam kegelapan malam...

Wednesday, April 13, 2011

Di Pondok Kecil

0 comments


Semalam kakak & adik menyanyikan beberapa bait lagu nie.
Syahdu (baca: SERAM) lah pulak rasanya...

============

Di pondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga sejahtera
diam adik ku sayang jangan menangis
walaupun ayah gugur pastinya dia syahid

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

wahai abang ku kemana ayah
ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adikku pesanan ayah
belajar berusaha walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
kuiringi doa rahmati dia
tempatkanlah ayahku bersama kekasihMu

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

*Lirik sebenar di http://www.gugalyrics.com

Tuesday, April 12, 2011

Merempit sat

0 comments

Malam yang sepi.. pi..pi..
Pak Mat orang kampung.. HELLO!
Jangan bersikap sombong.. Em em,
Nanti dibenci orang.. MANA BOLEH!
Kakak balik rumah.. TING TONG,
Adik cari makwe.. FEEWITTT!
Abang naik motor.. MEREMPIT,
Lama-lama jadi patung...

*lagu kanak-kanak zaman sekarang

Monday, April 11, 2011

Oitt

0 comments

'Mainan oii, wat apa tuu?...', kata adik secara tiba-tiba pada selonggok peralatan membina istana pasir yang sedang ibu keringkan diluar rumah.

Lawak jugak jijah nie!

Hantu Cheese

0 comments

Kakak sangat suka makanan berasaskan cheese, sama ada kek, donat, cheese slice dan lain-lain.

Seringkali berebut dengan papa terutama cheese donat. Dan kini adik pon sudah mula berjinak-jinak menggemari cheese.

*papa kena berebut dengan kakak dan adik lah nampaknya

Belek

0 comments

'Papa duduklah sini sebelah jijah', arah adik sambil menepuk-nepuk lantai meminta papa menemani nya membelek permainan atau membaca buku bergambar satu persatu tanpa menghiraukan orang disekitarnya.

Dan yang bagusnya, adik tidak pernah meminta atau memberontak minta dibelikan apa-apa.

Thursday, April 07, 2011

Happy 6th Anniversary

0 comments


Alhamdulillah sudah 6 tahun kami bersama membina istana kekeluargaan yang indah dengan kehadiran dua cahaya mata buah hati pengarang jantung yang sentiasa menghiburkan suasana dengan keletah mereka sama ada manja, terlebih bijak, tidak berhenti bertanya, nakal, degil mahupun keras kepala... yang merupakan warna-warni pelangi yang sungguh berseri.

Terima kasih pada Ibu, Kakak serta Adik di atas curahan kasih sayang tanpa batasan, tanpa prasyarat dan kerana menjadikan hidup ini penuh dengan dimensi.

PAPA SUNGGUH BAHAGIA!

*Lokasi: Swiss-Garden Golf Resort & Spa, Lumut, Perak, Malaysia.

Wednesday, March 30, 2011

Saya PASTI!

0 comments
Kakak agak seronok di sekolah baru nya kerana dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama yang pernah se-taska dulu. Alhamdulillah, lega sikit hati Papa dan Ibu.

Kakak bergaya dengan baju seragam PASTI barunya.


PASTI nya CANTIK!!!

Tuesday, March 29, 2011

20,000 naskah dan semakin murah

0 comments

Buku 'Biografi Muhammad Bin Abdullah' telah terjual sebanyak 20,000 buah dan kini lebih murah iaitu pada harga RM35 senaskah. Mari dapatkan nya dan imbas kembali perjalanan dakwah Rasullah S.A.W. menyebarkan dan mengembangkan agama Islam sehingga sinar keislaman itu sampai pada kita hari ini.

*murah je, tak rugi beli. Kalau beli pizza, sekali hadap jee!

Monday, March 28, 2011

Bacalah

0 comments

'Papa, nak baca buku lah', kata adik sambil duduk dan membelek buku yang menarik perhatiannya di kedai buku. Adik belum boleh membaca, namun minatnya itu sangat kuat walau sekadar membelek-belek gambar. Moga minatnya itu berpanjangan.

Anda PASTI?

0 comments
Alhamdulillah hari ini kakak telah memulakan persekolahan di tempat baru iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Taman Jasmin.

Sejak beberapa minggu lepas Papa serta Ibu sudah mengutarakan niat secara berperingkat pada kakak untuk menukarkan Kakak ke sekolah lain. Agak bimbang juga untuk membuat keputusan tersebut kerana Kakak sudah serasi dengan sekolah sedia ada iaitu SmartReader Kids, Taman Kajang Sentral. Namun setiap kali subjek pertukaran sekolah itu diutarakan, Kakak dapat menerima dengan tenang dan seakan seronok. Tambahan pula, rakan se-Taska nya iaitu Mirza memang bersekolah di PASTI tersebut. Sekurang-kurangnya kakak tidak lah keseorangan.

Keputusan pertukaran tersebut bukan lah kerana sekolah SmartReader Kids tidak bagus, jauh sekali kerana masalah kewangan tapi secara jujurnya kerana Papa dan Ibu mahu kakak lebih didedahkan dengan didikan agama supaya mempunyai asas yang lebih baik. Boleh mengenal jawi, mengaji, hukum-hakam asas, menghafaz surah-surah Lazim, doa-doa harian, solat, asas bahasa arab dan lain-lain lagi. Lagipon dari segi perkembangan, kakak sudah boleh membaca rumi (walaupon masih mengeja dan merangkak) serta sudah boleh membuat matematik mudah.

Moga kita dapat berlapang dada dengan perubahan baru ini dan moga Allah S.W.T mengurniakan berkat serta rahmat-Nya, AMIN.

Kakak sangat comel bila bertudung

Bersama adik yang bermata sembab (baru bangun tido)






Ritual serta doa belajar




Masa untuk pulang, bersama Mirza serta rakan baru dalam van Ayah Chaq.

Thursday, March 24, 2011

Santai

0 comments

Hari panas, perut lapar... Mai lah pekena ABC + rojak bwh pokok tepi jalan diringi deruman kenderaan dan angin sepoi bahasa..

Monday, March 14, 2011

Malas Belajar?

0 comments

Sejak akhir-akhir ini kakak agak malas untuk belajar. Mungkin penat, bosan, kurang berminat atau kurang motivasi. Ditambah pula dengan kesihatan nya yang agak terganggu sejak seminggu lalu. Kebanyakkan masa terluang akan diisi dengan menonton TV.

Pada suatu hari, burung-burung berterbangan, ada yang bekerja, ada yang bergembira...

Papa: Kakak bosan ke?
Papa menduga kerana melihat kakak terbaring lesu depan TV. Kakak mengangguk pantas dengan mata sepet yang cuba dibulat kan dengan harapan papa mengizinkan kakak menonton kartun kegemaran.

Papa: Kalau bosan, pergi baca buku.

Kakak berlalu masuk ke bilik dengan hampa... 5 minit kemudian, papa menjengah ke dalam bilik melihat perkembangan nya. Namun hampa, rupanya kakak terus tidur tanpa ada usaha pun untuk membuka buku. Apa nak jadi anak dara papa sorang nie?

Hari yang lain...
Papa: Kakak bosan ke?

Papa sengaja menggunakan perangkap yang sama. Kakak dengan pantas mengeleng-geleng kepala untuk mengelak daripada terpaksa membaca.

MEMANG BIJAK!

*Sometimes I think I'm being too hard on her. Kesian anak papa..

Thursday, March 10, 2011

Adik pulak... Lagi

0 comments

Demam kakak dah masuk hari kelima. Semalam demam nya seakan reda dan pagi tadi bersiap pergi ke sekolah. Namun panas badannya kembali memaksa kakak berehat sahaja di taska.

Maghrib tadi badan adik pula mulai panas lagi. Episod demam seakan berulang bagi kali ketiga sepanjang 3-4 minggu lepas. Namun lega, bila doktor kata ia cuma demam virus biasa akibat antibodi yang masih agak lemah serta persekitaran yang kurang sihat di taska.

Moga adik dan kakak akan cepat sembuh serta bertambah kuat antibodi melawan virus-virus penyakit.

*kalau esok masih demam, nampaknya papa akan bercuti lagi..

Wednesday, March 09, 2011

Main tolak-tolak

0 comments

Adik: Papa nak main tolak-tolak (domino)
Papa: Dah malam nie, main tolak-tolak apa pulak?
Adik: Papa nak main tolak-tolak
Papa: Dah malam, dah pukul sepuluh nie. Pegi tido, esok nak sekolah..
Adik: Papa nak main tolak-tolak
Papa: Pegi main dengan ibu.
Adik: Ibu nak main tolak-tolak
Ibu: Pegi main dengan papa
Adik: Papa nak main tolak-tolak
Adik memohon penuh simpati dengan mata sayu, badan nya longlai, bahu jatuh kebawah...
Papa: Ok lah. Main satu je, lepas tu tido. Janji?
Adik: Ok lah.

Permainan tolak-tolak itu diulangi dua kali sebagai saguhati pada gadis kecil comel itu yang sangat baik sejak akhir-akhir ini.

*demam kakak masih belum kebah sepenuhnya

Tuesday, March 08, 2011

Kakak pulak demam

0 comments

Kini giliran kakak pulak demam. Suhu badan mulai tinggi sejak semalam, walau tak bersekolah tapi kakak terpaksa juga ke taska.

Namun hari ini demam nya tidak kebah lagi, malahan suhunya agak tinggi. Menurut doktor tonsil kakak agak bengkak. Buat masa ini kena makan makanan lembut serta minum banyak air terutama jus buah.

Sejak akhir-akhir ini papa agak sibuk di pejabat, hari ini ibu ambil cuti menjaga kakak.

Moga kakak cepat sembuh, rajin-rajin makan ubat ye.

Sian anak papa.

Thursday, March 03, 2011

Strawberry

0 comments

'Strawberry, my feberet...', kata kakak mengajuk dialog watak Usop dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah sambil menggayakan tangan nya.

Resipi Coca-Cola

0 comments
Sebuah laman web di Amerika mendakwa telah menemui resipi bagi Coca-Cola. Menurut resipi tersebut, salah satu ramuan untuk menghasilkan rasa Coca-Cola yang ASLI ialah ALKOHOL.

Adakah Coca-Cola di Malaysia yang tercinta ini mempunyai rasa yang betul-betul ASLI??




Moga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang HARAM & SYUBAHAT.. AMIN.

*Mahu resipi Coca-Cola?

Wednesday, March 02, 2011

My little masseuse

0 comments

Inilah tukang urut cilik papa.

Dua hari lepas kakak cukup baik hati dan secara sukarela menawarkan diri untuk mengurut papa. 'Kesian kakak tengok papa. Dah lama kakak tak urut papa. Papa baring lah kakak urut', kata kakak buat papa terharu.

Kakak pun mula pijak-pijak belakang papa, pijak kaki kanan dan kiri, urut tangan, urut kepala serta dahi. Sesi urutan berlangsung hampir 10 minit. Adik pon turut sama meniru aksi kakak.

Bagus lah anak-anak papa berdua nie. Papa sayang SEMUA!

 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez