Saturday, December 06, 2008

VIP seat

0 comments

Kira jd co-pilot lh nie

Sweet teeth

0 comments

Kakak cukup suka kalau dpt gegula / jajan. Not good 4 u lah kakak

Balik kampung

0 comments

Ni first time adik balik kota tinggi. Berenti bfast kat hentian nilai

Thursday, December 04, 2008

Banjir di kota bahru

0 comments

Banjir atau tak, kids will always be kids

Khadeeja's first shoe

0 comments

Cute tak?

Tuesday, December 02, 2008

First time flying

0 comments

Ni first time khadeeja fly. Flight 7.45am so tk smpt mandi pg. Good girl khadeeja dlm plane

Lets fly!

0 comments

Come fly with me, lets fly, lets fly away... Atas flight air asia to kbahru.

Monday, December 01, 2008

Selamat dikebumi

0 comments

Kota bahru: Arwah mak teh selamat dikebumi diiringi hujan renyai 12.05 tghari. AL-FATIHAH

A truly sad day

0 comments

Kota Bahru: Ini merupakan hari yg sedih bg keluarga belah ibu, terutama bg eka n family atas pemergian ibu kesayangan mereka akibat kemalangan. Suasana sedih diiringi hujan dan banjir sekitar kelantan. Takziah to eka n family, moga diberi kekuatan tabah serta sabar. Al-fatihah buat arwah Anidah Mohamed (mak teh). AL-FATIHAH.

First tiarap

0 comments

First time khadeeja tiarap sendiri @ 5.36pm, 29 nov 08. Sblm tu mmg dh senget abis. Masa nk pi keje papa pesan, 'nnt adik blajar tiarap smpi boleh'.

Friday, November 28, 2008

Khadeeja btudung?

0 comments

Skang musim hujan, so tpksa cover kepala khadeeja ngan towel supaya tk demam kena ujan. Smlm ibu pi site, so papa tunggu kt opis smpi kul 7. Tp keje ibu tk settle lg, tpaksa papa balik dulu amik kakak (read: qila) n adik (read: khadeeja). Smpi skool masih renyai lg. Tp kakak n adik ok je, cuma jd or last balik.
Tiba2 dlm keta adik menangis spjg jalan. Panik Papa, sib jarak tk jauh. Bila sampai rumah adik masih melalak kuat. Kesian sangat. Sib baik kakak jd good girl tolong bawak barang2 banyak.
Papa terus bagi adik susu yg tlh disiapkan cikgu kat school. Tapi adik tak berenti nangis. Sekejap menghisap susu, kemudian melalak lagi dan lagi dan lagi. Lama gak benda tu berlarutan. Drp duduk, papa bangun dukung adik, kemudian bawak jalan2 dlm rumah tapi adik ttp nangis.
Kemudian papa baringkan adik kat tangan dan sumbat puting, adik terus senyap. Rupanya adik mengamuk kerana nak tido. Sambil dalam lelap masih terdengar sedu sedan tanda sedih. Kesian adik.
Ibu tpaksa naik train drp KL central ke kajang. Kat kajang plak naik teksi sampai umah. Sian ibu penat. Bila ibu sampai jer adik terus jaga. Ibu terus amik alih dan adik terus tidoooo.
Pehhh adik nie buat papa panik jerk.
TQ kakak kerana jd good girl tolong angkat barang, tlg pujuk adik. Luv u soooo muchh!!

Sunday, November 23, 2008

Jalan jalan cari jalan

0 comments

On the way to senggarang batu pahat. Sepupu papa nk kawin. Ni berenti kt nilai utk bfast

Saturday, November 22, 2008

Baby besar

0 comments

Skang qila nk perhatian lbh skit. Mungkin jeles ngan khadeeja. Mintak layann sama cam papa n ibu lyn khadeeja. Nk dukung, nk tido baby, nk tido ngan ibu, mnyusu pn nk kena suap / pegangkn botol cam baby. Layannn je lah baby besar nie

Monday, November 17, 2008

4 bulan 1 hari

0 comments

Khadeeja dh start makan. Walau tk bnyk, tp habis. Tp lps tu ttp nk kena topup susu, tk puas kot. Khadeeja pn dh pandai ckp ngan papa n ibu. Huhu kiut jek

Bedtime story

0 comments

Sesi bedtime story oleh ibu. Ada cinderella, jack n d bean stalk, snow white dan sleeping beauty. Tp setiap kali qila dengar perkataan apple, qila akan ckp racun. Penangan cita ape tu agaknya?

Ngumpat lah tu

0 comments

Nie lh antara ke ibu kt opis. Tp tk masuk dlm KPI yee

Khadeeja n nenek

0 comments


Tiarap

0 comments

First time khadeeja meniarap. Tp ada tipu sikit la dgn ptolongan bantal n a little nudge from papa. Huhu

Thursday, November 13, 2008

Khadeeja ooo khadeeja

0 comments

Khadeeja times 2. Khadeeja mmg suka hisap jari / mkn tangan. Masa menyusu pn sebolehnya khadeeja akan cuba sumbat jari brsama puting. Kdg smpi guna jari kedua blh tangan.

Me n my girls

0 comments

Gamba papa, khadeeja n aqila (dlm frame) ni ibu yg amik. Mmg pyh nk dpt gamba btiga camni, apatah lg bempat ngan ibu. Coz most of the time papa blkg camera.

Sunday, November 09, 2008

Rambut pacak

0 comments

Cantik tk rambut khadeeja?

Saturday, November 08, 2008

Qila, fifi n chicken pox

0 comments

Bintik2 chicken pox dh makin mengering. Qila mmg rajin mkn ubat. Kdg merengek gak kena mkn ubat2 yg bbagai rasa, so kena psycho skit. tp qila mmg baik, pandai anak papa nie. Kurang comel skit lh skang, tp qila ttp ceria

Friday, November 07, 2008

Happy birthday?

0 comments

Opp ni bkn birthday qila, tp setiap kali ibu wat kek ni lh ritual qila. Suka btol dia ngan birthdays. Sesi wat kek dh jd semacam satu saat istimewa antara ibu ngan qila. Mother n daughter time. Qila suka tlg wat kek. Bancuh, uli, decorate. Ibu plak tkg makan. On another note, hari ni papa tpaksa cuti lg, Khadeeja plak demam. So papa jaga qila, ibu plak jaga khadeeja.

Thursday, November 06, 2008

Peace!

0 comments

Ni gamba lama qila n nadia, kwn kt school n kt umah. Umah nadia bdpn ngan playground, kalau qila turun main mesti nadia join skali. Smlm qila main ngan nadia n dabit jiran sblh. Sib baik bdk dua tu dh penah kena chicken pox. Walau tk sihat, qila still good girl. Senang mkn ubat, ikut kata, masih boleh bernyanyi-nyanyi, lompat-lompat, cuma merengek skit2 je.
Tapi sedih gak tgk qila kena kuarantin drp sentuh khadeeja. Cuma boleh tgk jauh jerk. Kat rumah papa / ibu boleh layan sorang jerk, kalau dah jaga qila takboleh nak sentuh khadeeja dan sebaliknya. Bila dh mandi / tukar pakaian / dah bersih baru lah boleh tukar jagaan. In a way papa / ibu pon kena kurantin gak. Moga qila cpt sembuh n khadeeja tak berjangkit. Amin

Wednesday, November 05, 2008

Chicken pox

0 comments

Qila kena chicken pox. Start hari ni kena kuarantin tkbleh pi school. So hari ni papa jd babysitter. Sian tgk qila dgn bintik2 berair seluruh bdn. Kurang skit comel dia. Mintak2 tk jangkit kt khadeeja

Tuesday, November 04, 2008

Over the weekend

0 comments

Ni lah keje papa over the wekend. Sabtu papa keje kt bangi, qila plak demam. so tpaksa hantar ibu, qila n khadeeja ke umah nenek. Balik keje dh flat giler so berehat jek. Pg ahad baru sempat proses gambar2 khadeeja. Finally ada gak gambar2 khadeeja tgantung kt umah. Selama nie gambar qila je yg bnyk. Rasa sgt puas hati dpt gantung gambar2 tu.

Monday, November 03, 2008

Khadee ja goes to school

0 comments

Hari nie papa hantar khadeeja pi skolah sorg je. Ibu demam, Kakak qila tlg jaga / teman kn ibu kt umah. Ibu demam bjangkit drp qila kot, or maybe ibu letih sgt n tk cukup tido jaga khadeeja. Sib baik khadeeja pandai bwk diri dlm keta. Senyap je dia baring kt car seat sambil isap jari. Good girl lh dia tu. Moga ibu cpt sembuh.

Friday, October 31, 2008

Mimpi indah khadeeja

0 comments


Macam tepung gomak daa

0 comments

Nilah keje qila bila dpt bedak. Dgn papa sekali dia solekkan. Hari tu habis sebotol bedak qila keje kan masa papa n ibu terlelap

Thursday, October 30, 2008

Litik

0 comments

Qila menggayakan litik (read: lipstik) baru. Actually itu lipgloss perisa strawberry yg ibu belikn sbg umpan spy tk kacau brg2 ibu. Qila suka tiru gaya ibu bsolek esp masa bsiap nk pi keje. Abis suma brg make-up ibu lipstik, blusher, lotion, etc. Baekkk punye solek tp tk mandi pagi huhuhu. Tkpelh qila mandi ngan cikgu kt school ye

Wednesday, October 29, 2008

How cute is that?

0 comments


Tuesday, October 28, 2008

See u in court!

0 comments

Td papa n ibu pegi court jln duta utk perbicaraan first bg kes eksiden 2 tahun lalu sbg plaintif. Finally stlh tunggu lama baru dpt bicara. Pihak defendan asik mtk tangguh. Tp sayang kes tsb hanya akn disebut semula feb 2009 krn dijoin pendakwaan dgn plaintif satu lg utk kes yg sama. Tak taulh bila mau settle. Tunggu dan lihat je lahh

Sunday, October 26, 2008

Milk time

0 comments

Khadeeja makin bnyk minum susu. 2-3 jam sekali, 4 auns each time. Ni gamba tgh menyusu on papa' lap. One hand on khadeeja, another on the bottle, camera phone with timer on in my mouth. Mind the bad lighting, but how cool is that!

I luv milo!

0 comments

Emmmm i luv milo. Let it be iced milo, hot milo, milo on a bread, milo on a spoon, milo by itself or any other way. Emmmm i really really luv milo!

Saturday, October 25, 2008

Cantik tk?

0 comments

Cantik tk gamba khadeeja? Gamba ni qila yg amik. Ada tokoh sorg photographer bila besar nnt.

Wednesday, October 22, 2008

Kisah ramadhan lalu

1 comments

Cantik kan qila berbaju kurung putih berbunga kecil. Inilah baju raya qila tahun lepas. Gambar nie sempat snap dalam lift masa nak pegi majlis berbuka puasa anjuran opis papa n ibu. Papa ngan qila pegi berdua aje, ibu jaga khadeeja kat umah.

Bila sampai ke parking lot, papa buka pintu kereta dan hidupkan enjin. 'Kita nak pegi naik keta ke jalan kaki?', tanya qila. 'Naik kereta lah, jauh sangat nak jalan kaki', jawab papa ringkas.

'Alah qila nak jalan kaki, taknak naik kereta', qila mula merengek. 'Mana boleh jalan kaki, jauh sangat lah', papa cuba pujuk. 'Nak jalan kakiiiiiii', qila menangis sampai meleleh2 hingus.

Papa cuba pujuk dengan berbagai alasan tapi lepas 10 minit tetap tak jalan gak. At last papa give-up. Matikan enjin, lock-up kereta, angkat qila yg masih bercangkung melalak terus balik semula ke rumah. CANCEL nak berbuka kat hotel hari tu.

Giller ah nak pegi jalan kaki. JAUH tuh KAJANG ngan PUCHONG, mau esok baru sampai!!


Monday, October 20, 2008

I luv to swim!

0 comments

Silhoutte aqila excited nk pi swim pki bikini n plam-plung (read: pelampung) kt lengan.

Yummy!

0 comments

Buttercake ibu, Dh bosan wat choc n cheese cake. Nilah salah satu juadah sambut cikgu2 qila dtg beraya. Dorg Siap bleh order nk mkn makaroni bakar lg. Tpaksa lh turut kn, kalau tk kang qila n khadeeja kena dera kt school huhuhu

Thursday, October 16, 2008

qila kan terer ....

0 comments
semalam hujan lebat yg amatz2 .. so lepas amik budak2 ni balik dr nursery .. beg2 school diorg tinggalkan la dlm keta.. kira2 malam2 nanti nak gi la amik.. nak dekat pukul 9 mlm tu ajak qila pegi amik beg ngan brg2 groceries skit..

so nak dijadikan citer lepas amik brg sumer nak la lockkan keta tu.. jadik ibu pun ckp la ngan qila.. 'qila jap eh ibu nak lock kan keta ni'.. ayat biasa qila.. 'ok la bu .. ' so ibu pun tekan2 la kunci keta tu.. tekan 2-3 kali tak leh nak lock.. pastu ibu pun kejap ke depan kejap ke blakang .. tak bleh gak.. jadik si qila ni duk tanya tak bole ke bu.. biasa la ibu pun nak gak control macho.. jap lagik bole..

pastu agaknyer qila boring duk tunggu tak leh lock gak.. dier cakap ' meh la bu qila buat.. qila kan terer ...' ibu tak nak mengalah gak.. siap cakap.. jap la qila jap jek.. try lock lagik tak bleh gak.. so agaknyer qila angin ..dier pun ckp la ngan ibu 'meh la bu jap jek qila buat' .. so malas nak denga dier bising konon2 nak bagi dier tekan2 kejap jek... jadik tunjukkan la kat mana nak tekan.. dgn begitu selamba qila tekan sekali jek.. terus bunyi lock keta tu .. terkedu ibu.. pastu qila nak selamba jek cakap..' qila kan terer bu' .. rasa cam nak terguling2 jek gelak kat situ..

qila kenakan ibu lagik.. ibu asik kena jek ngan qila.. bile citer ngan papa .. terkekek kekek papa gelak... apa lagik statement papa.. anak siapa kalo bukan anak papa.. qila kan mcm papa terer...

qila .. qila.. mcm2 akal dier ...

Look at my muscle!

0 comments


Monday, October 13, 2008

Ayat Baru

0 comments
2-3 hari nie qila cirit-birit, tak taulah salah makan apa. Mungkin juga side-effect akibat demam panas yang masih berbaki. Nak makan ubat pon agak payah, tapi bila dh sihat sikit suka pulak makan ubat. Ubat demam warna oren langsung takboleh nak masuk, dah phobia. So hari tuh terpaksa lah ronda2 Bangi cari klinik yang ada jual ubat demam kaler lain. Alhamdulillah dapat lah ubat demam kaler pink drp klinik UKM.

Semalam 2-3 kali gak qila berak2. Skang dah boleh tak pakai pampers, sib baik qila dah tau bila masa nak terberak. Lepas 2-3 kali berak, yg keluar cuma air jerkk. Qila cakap cuma kencing jerk, tp sebenarnya berak cair.

Hari tuh kat nursery masa pick-up qila papa dengar kawan2 qila cakap, 'Qila busuk, qila berak' sbg gurauan budak2. Papa tgk qila cuma senyum jerk tanpa response lain.

Bila sampai rumah papa tanya, 'Sape busuk?'
'Qila', qila jawab
'Sape berak?', tanya papa lg
'Qila', jawab qila lagi
'Sape cakap qila busuk ngan qila berak?', tanya papa lg
'Kawan2 kat skol', jawab qila
'Kenapa?', papa tanya ingin pasti
'Tak tauuu', jawapan biasa qila kalau tak pasti ttg sesuatu.

Lepas tuh papa ajar AYAT BARU pada qila.
Then papa tanya lagi, 'Kalau kawan2 kata Qila busuk, Qila berak; Qila nak jawab apa??'
'BERAK BESHHHHH!!', jawab qila sambil tunjuk ibu jari konfiden.

Saturday, October 11, 2008

Masih demam

0 comments

Td mlm bdn qila panas spjg mlm. Sian papa tgk lembik je anak papa tu. Papa tido sblh qila sambil jaga. Pkl 3 pagi bdn qila start panas lg. Tp qila tkmo mkn ubat. Cuma basahkn kepala, lap bdn n bg qila minum bnyk. Tp td pg bangun, bdn msh panas, so kena paksa gak mkn ubat. Qila cuma suka mkn ubat masa dia sihat je, camne tu?

Sunat

0 comments

Comel tk khadeeja nk pi sunat kat an-nur? Dulu kak qila sunat style kampung ngan bidan jek.

Friday, October 10, 2008

Demam

0 comments

Start smlm bdn qila dh mula panas skit. Lps mkn ubat dh ok. Tp td masih panas kt school, qila tk bleh main kt luar ngan kwn2. Td nk tido, qila batuk smpi muntah selambak kat papa. Skang tgh lembik layan nk tido

Wednesday, October 08, 2008

Aqila Muslimah

0 comments

Cantik tak aqila btudung. Actually tu tudung ibu, tudung qila cuma dua je, kaler green n orange. Tp qila tk tahan nk pki lama2, rimas n cepat bpeluh.

Sleepy

0 comments

Khadeeja tgh layan perasaan utk tido selepas menyusu almost 5 auns. Sweet dream my little cute khadeeja. We luv u so much

Aqila goes to school

0 comments

Ni gambar aqila dlm keta nk pi school dgn bag spongebob kesayangan. Sementara tunggu warm-up enjin, smpt tangkap few shots. Tp qila jenis tk suka bgambar, nnt qila kata 'jgnlah amik gambar qila...'

Two sisters

0 comments

Aqila n khadeeja dah wangi, baru lepas mandi. Btw blog this thru sony ericsson hp, sooo darn kewl!

Khadeeja nk beraya

0 comments

Khadeja dh siap sedia nk pegi beraya. Tahun ni beraya di kota bahru. Rasa cam melancong lah pulak

Monday, October 06, 2008

Selamat Hari Raya

0 comments
Baru lepas seminggu raya and my first day at work lepas bersalinkan khadeeja.. sungguh tidak seronok pegi opis .. rindu nyer ngan khadeeja .. first time hantar dier kat nursery .. so far call bdk2 kat nursery tu kata dier dah tido maknanyer ok la kot ..

this year beraya kat kelantan.. dah lama giler tak balik kelantan.. journey ok .. alhamdulillah si kecik tu tak meragam sgt n si kakak mmg ok.. tak byk sgt ragam cuma sejak2 dpt adik ni kuat merajuk... sian dier ibu dier dah tumpukan kat adik jek.. tak pe papa ada kan..

so far raya kat kelantan ok la.. cuma penat kat perjalanan.. tak banyak sgt rumah yg pegi .. 2 mlm terakhir lepak tepi pantai .. disebabkan si kecik tu baby lagik jadik memerap jek la kat dlm bilik.. sian ibu tak leh mandi laut..

kakak ngan papanyer berendam kat laut .. sonok tgk.. dulu masa kecik2 qila mmg takut laut bukan setakat takut laut pasir laut tu pun dier tak nak jejak.. skang bkn stakat pasir ngan ombak2 tu dier redah.. masa kecik nak tgk dier main pasir jgn harap la.. skang dah ok.. lega tgk dier enjoy.. maknanyer ibu ngan papa kena la bawak qila gi pantai ni.. kena ajak papa lepak pd la.. cam na pa ok tak.. hehehe...

ok... our family nak ucapkan
selamat hari raya
maaf zahir batin

Monday, August 18, 2008

Balik Kajang

0 comments
Sabtu lepas merupakan hari rasmi Ibu dan Khadeeja kembali ke Kajang setelah hampir sebulan berkampung di Segambut. Ia juga merupakan kali pertama Khadeeja berada di syurga kecil kita itu.

Nenek pon ikut sama, mungkin utk 2-3-4 hari semata2 untuk membiasakan diri ibu dengan kehadiran orang baru serta workload kerja2 rumah. Kesian nenek, banyak sangat menyusahkan dia.

Habis semua barang kat rumah tu nenek kemas. Cerek yang asalnya kelabu jeee pon dah jadi BERKILAT macam baru.

Hari ahad kita pegi Carrefour Alamanda membeli barang keperluan dapur yang dah lama susut. Lama sebelum kita bertolak dari rumah, qila dah booking duduk di stroller kesayangan dia tu. Nak lepaskan gian lah kot pasal lama sgt tk dpt duduk kat stroller.

Qila tak bagi khadeeja duduk kat stroller tu walaupon puas papa, ibu n nenek pujuk dan bagi bermacam2 alasan. Tapi kemudian dapat idea untuk pujuk qila duduk dalam troli carrefour, sementara khadeeja dpt tido dalam stroller. Qila memang suka duduk dlm troli tuh. Tapi bila barang banyak, qila kena timpa ngan barang2 tuh.

Petangnya Papa Imi, Mama, Kak Aida, Mummy, Daddy n Adriana datang rumah. Bila dah ramai kawan, qila langsung tak pandang Papa dan Ibu. Masa turun mandi kolam pon qila takmo layan papa. Dari riak muka macam merajuk je ngan Papa.

Mungkin qila terasa.
Mungkin papa agak sibuk sampaikan terlupa.
Mungkin terkurang sikit perhatian kat qila sejak khadeeja ada.
Mungkin papa n ibu kurang sikit melayan karenah qila yang semakin beragam.
Sebab itu qila cari perhatian tempat lain...

Memang sedih, tapi papa kena paham perasaan puteri sulong papa nie.
Maaf ye sayang!

Friday, August 15, 2008

Dua anak

0 comments
Kadang papa lupa papa dah ada dua anak. Aqila dan Khadeeja.
Sejak ada Khadeeja, ibu sibuk menguruskan Khadeeja yg most of the time menyusu, tido, bangun menangis, berak, etc. Masa tido ibu pon tak menentu, ikut timetable Khadeeja. Tapi bila siang, terpaksa juga selit2 masa utk Aqila (papa gi keje).

Bila ada atok / nenek boleh lah gak melayan karenah aqila. Tapi bila qila dah rasa sunyi / kurang perhatian, qila akan merajuk dan tak bagi ibu layan khadeeja walaupon khadeeja melalak bagai nak rak.

Tadi khadeeja melalak, qila tk bagi ibu layan. Nenek pon takmo layan, so nenek bagi kat qila suh jaga. 'Dahh dahhh diam ek baby, jgn nangis. Diam ekkk' pujuk qila, tapi bila baby terus gak menangis, qila cuba tutup mulut dia.

Bila papa balik qila terus bergayut ngan papa. Kadang taksempat nak berehat / letak punggung. Qila nk dukung laa, nak susu la, etc. Tapi tkpe, papa cuba layan sebaiknya. Tapi kadang hangin gak bila qila naughty.

Qila pon dah ada kawan kat situ.
Rizki @ iki drp rumah bawah
Adik, abang, abang besar, kakak drp rumah atas.

Papa tanya;
Sape nama Adik? -> Tak tau
Sape nama abang? -> Tak tau
Sape nama abang besar? -> Tak tau
Sape nama kakak? -> Tak tau, kata qila.

Nnt qila tanya semua nama kawan qila ek.

Tapi kawan2 qila suka main2 kat jalan tmpt turun naik keta / moto. Qila pn ikut sama. Papa dan ibu cukup risau. Qila tak biasa dgn keadaan tuh. Dah banyak kali papa n ibu pesan.

Main elok2 ek sayang. Main dekat2 jek. Kalau nk pi mana2 kena bgtau papa /ibu /atok /nenek.

Friday, August 08, 2008

Susu

0 comments
Sejak duduk rumah nenek nie qila makin kuat minum susu. Sehari ada 5-6 kali menyusu atau lebih. Mungkin pasal qila makin besar, makin lasak, makin banyak main dan makin tak reti duduk diam.

Kadang bangun seawal 6.30 pagi, mintak susu dan lepas tuh terus je nak keluar rumah utk main buai. Kadang pulak main buai sepanjang hari sampaikan ke maghrib, mandi, minum susu, kemudian main buai lagi sampai berpeluh2. Nak tido kena mandi / lap badan dulu.

Sekarang pon dah pandai pesan jajan, coklat, gula-gula, yakult, etc.

Smlm ibu call dan pesan supaya belikan susu qila. Petang sblm balik pon ibu sms mengingatkan supaya belikan susu qila.

Keluar drp office papa terus singgah ATM. 'Out of service' lah pulak. Kemudian papa belek2 duit dalam wallet, ade RM40 + beberapa sen. Humm should be enough for NAN3 yang biasanya RM30++ jek.

So papa pon redah hujan renyai menuju kedai. Tapi terkejut bila tengok harga tertera, RM41.90. ADUSSS. Bukak wallet sekali lagi, kira duit ringgit bersama syiling2. Tak cukup pulak.

Terpaksa balik semula ke opis dan menjengah ATM namun masih 'Out of service'. Sampai opis tengok kiri kanan dan bila line clear, teruskan keluarkan syiling drp tabung yang kebetulan ada.

Org kedai tuh tgk semacam je bila papa kuarkan duit ringgit2 + syiling genap RM41.90.

*NOTE: mesti kena ada duit backup RM100 dlm wallet.

Thursday, August 07, 2008

Lama tak update

0 comments
Memang dah lama sangat tak update. Bukannya takde cerita, tapi terlalu sibuk sampaikan tak sempat nak update. Tapi bila dh lama sgt tak update payah pulak nak recap apa yang berlaku. Rasa rugi lah pulak!

Alhamdulillah Ibu dh selamat melahirkan permata hati kedua kami on Wednesday, 16th july 2008. Semua proses berjalan lancar dan baby girl nie bernama Arissa Khadeeja Hanan. Syukur gak qila dapat terima kehadiran Khadeeja dgn baik. Qila sayang Khadeeja, papa dan Ibu kan??

3 hari 2 malam ibu kena duduk wad dgn Nenek sebagai penjaga. Dan sepanjang masa itu Qila dalam jagaan papa. Siang hari (drp pagi) kami akan bersiap dgn barang harian menuju hospital, kemudian petang baru balik. First day masa khadeeja lahir papa ada tugas utk basuh dan tanam uri khadeeja. Masa tu sampai umah nenek dah hampir puluk 7 petang. Papa pon memulakan proses secepat mungkin sambil mengejar masa sebelum maghrib / hari gelap.

Masa sedang mencuci uri tuh qila berak. Qila dah merengek mintak dibasuh kan. Tapi papa suruh tunggu dulu. Biasanya bila berak qila akan pegi kat papa dan papa akan gosok2 belakang qila. Bila dh abis, akan terus basuh.

Tapi masa tu mmg tak sempat. Qila dah melalak kuat.
"Papa nak basuhhhh"
"Papaaaaaaa"
"Paaaapaaaaaaa"
"Papa Muhammad Harizad!!!!" laung qila lagi kuat menyatakan marah dan tak puas hati.

Masa tuh papa kat luar sedang menyangkul dalam remang senja. Antara nampak dengan tidak.

Bila dah settle semua baru papa pegi pujuk qila, basuhkan berak dan mandi. Malamnya bawak qila pegi beli nasi ayam berhampiran rumah nenek.

Sememangnya hari yang panjang!

Monday, June 16, 2008

Duit

0 comments
Semalam balik drp umah nenek, qila ternampak tabung sebelah TV. "Papa, nak duit", kata qila ringkas. "Nak duit? kejap eh papa amik", kata papa sambil berlalu masuk dlm bilik. "Taknak duit inggit-inggit", kata Qila sambil follow kat belakang.

Kebetulan duit syiling dlm cawan back-up dah habis, so papa pon bukak wallet keluarkan separuh drp syiling dalam tuh dan beri pada qila. Penuh dua tangan qila pegang duit syiling. "Papa, nak lagi", kata qila lepas masukkan semua syiling tu dlm tabung. "Ambik laaa", kata papa acuh tak acuh.

Pagi tadi masa nk pegi opis papa capai wallet, rasa cam RINGAN jek.

Rupanya dah abis duit syiling papa qila KOREK...

Monday, June 09, 2008

Koyek idung ekkkk??

0 comments
Smlm papa mandikan qila. Mula2 nk suruh ibu mandikan, tapi qila takmau. Beriya-iya qila panjat kat riba papa nk suruh papa mandikan.

"Nak gogok gigi?", papa tanya lepas bogelkan qila. Qila angguk2 sambil tunjuk berus gigi kaler blue kepunyaan ibu. Ntahlah kenapa qila taknak guna berus gigi sendiri.

Papa pon tadah air dalam baldi utk qila mandi. Lama pulak qila gosok gigi, papa pon wat AKTIVITI lain.

"Koyek idung ek??", qila tanya papa sambil senyum
"Mana adaaa??", jawab papa sambil cover idung
"Koyekk idung ekkkkkk??", tanya qila lagi

Ibu dah gelak kat dapur :))

*moral: cover2 lah skit kalau nk korek idung depan anak

Friday, June 06, 2008

Qila ooo Qila

0 comments
2-3 hari nie papa rasa cam kurang sihat skit. Rasa cam nak demam jek. Bila sampai rumah mesti badan rasa sakit2 nk kena urut. Maybe kerana perubahan cuaca yg tak menentu, kejap panas dan kejap sejuk.

Semalam nya papa mintak ibu urutkan badan sambil sapukn minyak panas. Sambil ibu urut papa, Qila pon usap2 kepala papa sambil cakap; "Sayang papa qila", berulang-ulang kali. Kemudian papa terlelap keletihan, bila celik je dah pukul 5 pagi.

Ibu kata, banyak kali qila kejutkan papa suruh tido dlm bilik. Tapi papa taknak bangun.

------------------

Skarang dah masuk bulan ke 8 ibu mengandung. Dah besar sangat perut ibu tuh. Semua org takut. Ibu pon dah mula sakit2, nk jalan pon kadang payah.

Setiap kali tgk teaser iklan Kungfu Panda, qila mesti cakap; "Eeeee macam ibu!". Sebenarnya papa yang ajar qila. Tapi papa ajar sekali jerk. Papa ckp, "Qila look, perut panda tuh mcm perut ibu kan??".

------------------

Sekarang qila makin sensitif. Tak boleh salah sikit or marah or kecikkan hati dia, mesti dia start menangis mengada mintak dipujuk. Kadang papa tegur skit je pon qila dah melalak.

Bila kita marah dia, dia marah balik kat kita. Siap pukul2 lagi, bila ttp tak puas hati qila akan menangis. Bila merajuk ngan papa, qila akan ckp "Nak ibuuuuuu..." dalam tangisan. Dan bila merajuk ngan ibu, qila akan ckp sebaliknya.

Sensitif sungguh, kadang saje je buat tak layan. Biar qila menangis dulu, kemudian baru pujuk.

Biarlah qila puas bermanja sebelum adik keluar. Tapi insya-allah, qila ttp dpt bermanja ngan papa walau ibu sibuk ngan adik baru.

----------------

Qila dh dapat kasut baru. Kasut Corcs warna merah bersama 2 plug-on decoration, Sandy & Mr.Crab of Spongebob Squarepants. Payah pulak nak belikn barang utk qila. Skang dah pandai memilih. Dah ada selera sendiri. Kena ada feel dan kena pujuk serta bagi rasional tersendiri.

Sebenarnya dh lama sgt janjikan kasut baru utk qila, tp tk jumpa yang cantik dan bersesuaian.

Seronok tgk qila gembira dengan pilihan dia. Lepas beli terus pakai dan berlari2 dlm shopping complex menggayakan kasut barunya. Tak terkira berapa kali jatuh. Bila plug-on decorations tuh terpusing2, qila akan berhenti dan betulkan balik kedudukan dia. So cute!

-----------------

Qila ada 2 tabung. Tabung pertama berbentuk bear lutsinar, dan nampak duit2 yg dimasukkan. Papa dan ibu belikan semata2 nk ajar qila menabung. Dan dh banyak gak duit yg dimasukkan.

Tabung kedua berbentuk frog kaler green drp jenis yg sama. Yg nie beli pasal MURAH sangat berbanding tabung yg pertama. Qila pon dh start isik duit. Abis lah duit syiling papa dan ibu dalam wallet / purse kena selongkar.

Smlm qila terjumpa tabung lama (masa bujang2) papa yg masih penuh. Qila nk semua duit dlm tuh utk masukkan dlm tabung dia. Wahhh ini sudah mengelat, tak sampai lah mesej papa utk menabung, "sikit-sikit lama2 jadi bukit / banyak".

Tp papa dh be-rasional dgn qila, dan qila bersetuju utk masukkn sikit2 setiap hari. So papa sorok semula tabung tuh. Bahaya ooooo

Thursday, May 08, 2008

Kecik lagi

0 comments
Few days ago bila sampai rumah lepas amik qila drp school.
Lepas bukak kasut, qila terus je masuk tinggalkan kasut bersepah depan shoe rack.

'Qila kenapa tak simpan kasut?', papa tanya.
'Kenapa letak sepah-sepah?', papa sambung.
'Takpe laaa, qila kan kecik lagiiii', jawab qila sambil berlalu pergi.

Monday, April 28, 2008

Buaya

0 comments
Smlm bwk qila mandi kolam pukul 11 pagi. Masa tuh matahari dah terik. Cuma papa ngan qila je yg penuhkan kolam.

Bila mandi kolam qila suka main buaya-buaya. Qila akan cuba kejar papa sambil berenang dan cakap, 'BUAYA.... BUAYA.... haaaaaaaa BUAYA... BUAYA...'. Papa akan cakap, 'TAKUTTTT nyeeee ada buaya comel nk geget!!', sambil cuba lari.

Tapi smlm mandi tak lama. Masa dlm lift nk balik umah papa tanya qila, 'Nie buaya kecik', sambil tunjuk qila. 'Papa?', sambung papa lagi. 'Buaya besar', jawab qila.

'Ibu??', tanya papa lagi walaupon ibu tak ikut pegi mandi
'Buaya LAGI BESAR', jawab qila.

*BESAR betul perut ibu nak masuk 6 bulan mengandung

PAPA Jari

0 comments
Ibu tgh sapu ubat / minyak gamat kat jari qila yg tersepit.
'Nie apa?', qila tanya sambil mengangkat ibu jari kanan
'Ibu jari', jawab ibu ringkas
'Nie apa?', tanya qila lagi sambil angkat ibu jari kiri
'Ibu jari gak', ibu jawab ringkas lagi
'PAPA jari lah!!', kata qila

*cerita nie drp ibu, situasi sebenar papa tk tau. Tp the point is: kalau ada IBU JARI, mesti ada PAPA JARI :)

Thursday, April 24, 2008

Jerit

0 comments
'MANA LITIK QILA?!!', qila jerit kuat sambil pandang papa dengan muka takpuas hati.
'Qila nak apa?', tanya papa lembut ingin kepastian
'MANA LITIK QILA?!!!', qila jerit kuat lagi.
'HEI!!!', tengking papa sambil bercekak pinggang tersentak dgn sikap kurang ajar tu.
Qila diam tersentak. Mata bergenang menahan tangis sambil tangan memulas2 leher baju.
'KENAPA JERIT-JERIT?', sambung papa
'SAPE AJAR CAKAP JERIT-JERIT??', sambung papa lagi
'KALAU NAK APA-APA, CAKAP ELOK-ELOK!', dan papa terus membebel dengan suara yang agak tinggi.

Kemudian Ibu datang sambil nasihatkan Qila. Selepas dipujuk berulang kali, qila salam dan cium tangan papa mintak maaf.

Papa memang HANGIN bila tgk bebudak kurang ajar pada orang tua. Lastweek ada sekumpulan bebudak (8-10 thn) bergaduh dekat rumah nenek. Kemudian ditegur oleh seorang orang Bangladesh supaya jangan bergaduh. 'HEI, YOU SADAP!!!', jerit bebudak tu sambil mengejek2. Memang KURANG AJAR!!

Moga Qila dan adik2 tidak membesar menjadi orang yang kurang ajar. Amin.

*Litik = lipstick

Thursday, April 10, 2008

Ben tok

0 comments
'Papa, bace!', kata qila sambil hulurkan buku nipis bergambar
'Buku apa tu??', tanya papa walaupon dh tau
'Jek ben tok', jawab qila petah
'Haa apa?', tanya papa lg ingin kepastian
'Jek ben tokkk!', jawab qila kuat
'Jack and the Beanstalk laaaa', papa betul kan
'Jek n de ben tok laaa', sambung qila

*buku terbaru qila;
- Jack and the Beanstalk
- Cinderlela
- Snow White
- ape tah satu lagi tuuu, tk ingat title

Monday, March 31, 2008

Tidur sendiri

1 comments
Semalam qila tidur sendiri. Actually ini kali kedua qila tidur dalam bilik sendiri. Papa dah buatkan bilik qila lawa2 masa raya lepas, cat kaler pink dua tona dengan perabut kemasan putih serta hitam. Siap gantung gambar qila b/w dengan frame exclusive putih pada dinding pink kemerahan.

Dulu first time qila tido kat bilik tu sendirian, qila terjaga malam dan melalak kuat. Ibu terpaksa angkat dan bawak tido dalam master bedroom. Pastu, papa pulak yg kena tido luar.

Td malam ibu dah kemas katil qila elok2. Pastu papa susun semua softoys qila kat kanan dan kiri penjuru bantal. Susun elmo ngan spongebob kat penjuru kiri, serta ernie dan miki mouse kat sebelah kanan.

Pastu papa panggil qila,
'Qila come, tengok nie papa ngan ibu buat cantik', kata papa sambil pegang bahu qila masuk bilik.
'Tengok tu, cantik tak?', tanya papa sambil tunjuk pada katil
'Cantik', kata qila sambil senyum
'Eeeeeee erni, miki, elmo, panbob', kata qila happy
'Elmo ngan panbob ngan miki ngan erni dah tunggu qila. Malam nie qila tido sini ek', kata papa lagi. Qila cuma senyum dan angguk2.

Pukul 9 lebih qila dah ngantuk dan ajak masuk bilik. 'Tido ngan papa ek', tanya papa sambil baring sebelah qila atas katil kecik tu. 'Ngan Ibu', kata qila pasti.

Lama gak ibu layan qila nyanyi dan ngomel2 sampai qila tido.

6 lebih tadi qila melalak kuat. Rupanya qila jatuh katil. Sib baik papa dah susun kusyen tebal kat bawah tuh. Ibu pujuk dan angkat qila masuk bilik besar dan menyelit tengah2.

Dh besar anak papa.

Wednesday, March 26, 2008

Bluekkk

0 comments
Qila memang pandai merajuk. Kalau papa/ibu marah atau bagi nasihat, mesti qila buat muka merajuk ala-ala nak nangis sambil tundukkan muka dan cebikkan bibir.

Tapi skang tabiat qila suka mengejek dengan menjelirkan sedikit lidah dihujung bibir sambil bunyi "bluekkk bluekkk". COMEL!

Tapi kadang geram gak. Bila papa/ibu marah atau nasihatkan qila, mesti qila jelir2 lidah tanda protes, walaupon qila tau qila buat salah. Tapi smlm ibu naik angin bila qila buat gitu masa ibu bercakap. Ibu terus masuk bilik amik rotan.
"Buat lagi, Nak rotan?", tanya ibu tegas sambil tunjuk rotan panjang.
Qila geleng2 kepala dengan muka panik nak nangis.
"Hulur tangan!" ibu kata lagi sambil tarik tangan qila
Qila geleng2 kepala2 sambil menarik kembali tangan takut dirotan
"Berani lah buat lagi, Ibu ROTAN nanti", kata ibu mengugut

Qila insaf.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TAPI kejap jerkk. Tak lama lepas tuh qila buat lagi, "Bluekkk bluekkk bluekkk"

Monday, March 24, 2008

Two days without you

0 comments
Sabtu dan ahad lepas papa ada kerja di Jelebu, N9. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui kawasan bukit bukau, air terjun, sungai, kampung, mengelak kambing dan lembu. A bit refreshing bila lalu kawasan menghijau dengan udara segar serta pemandangan luar bandar yang menarik. Betul lah kata peribahasa, jauh perjalanan luas pemandangan.

But the sad thing is leaving you and ibu at segambut. Rasa berat hati bila pegi outstation sorang2 nie, rasa cam hidup tak lengkap bila tak dpt layan karenah qila. Tapi apa nak buat, tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Nasib baik gak penginapan tersedia di Hotel Sri Klawang. So takdelah penat diperjalanan kerana terpaksa berulang-alik.

Hari Ahad, lepas habis kerja pukul 4.30 papa terus rush balik. Rasa letih badan takdapat nak lawan rasa rindu kat qila ngan ibu. Pukul 6.30 sampai di segambut. Happy sangat tgk qila. Walaupon baru je 2 hari tk tgk qila rasa cam qila dh besar sangat. Macam dah tinggi skit drp masa papa tinggalkan. Mulut pon makin laju berkata2.

"Papa rindu qila. Qila rindu papa tak?", tanya papa pada qila yg duduk dipangkuan
"Windu!", qila jawab ringkas.
"Banyak ke sikit?", tanya papa lagi
"Banyak!" qila kata.

*Tahniah pada pasangan Zahir & Syahanim on their wedding

Tuesday, March 18, 2008

Shopping list

0 comments
Skang qila dah ada shopping list sendiri. Ahad lepas masa nk pegi beli barang2 kat tesco, qila sendiri cakap nak;
1) Calci-Yumm
2) Strawberry
3) Yakult
4) Ais krim

Cuma aiskrim jerk yg papa lupa nk beli.

Nie pulak barang2 yg papa/ibu dh janji nk beli, tapi tak sempat nk tunaikan;
1) Fluffy shoe utk jalan2 dlm umah
2) Kasut utk jalan2. Cepat btol kaki qila membesar
3) Cawan
4) Selipar toilet
5) Stokin
6) dan apa lagi ek??

Harap papa/ibu tak lupa utk menunaikan janji.

Monday, March 17, 2008

Happy birthday to you!

0 comments
Sebenarnya birthday qila ialah pada 19 Disember. On that date tahun lepas (2007) dah buat celebration kecil-kecilan kat Segambut. BUT normally kat school qila parents akan beli/buatkan kek dan bungkuskan assorted makanan ringan dalam bungkusan kecil / goodies bag untuk diberikan pada semua kawan2 kat school sebagai sambutan hari lahir anak2 mereka. Dan mungkin cikgu2 akan buat lah majlis kecil2lan kat situ.

Ikutkan perancangan awal memang ibu nak buat kek dan agihkan goodies bag tuh dekat2 tarikh tersebut. Tapi kebetulan masa tuh ibu masih dalam early pregnancy dan dalam keadaan mabuk + muntah2 yang agak teruk. So perancangan tuh terbengkalai. Tapi bila qila asik nyanyi lagu happy birthday jerk, papa & ibu rasa bersalah sangat.

Skang ibu dah agak sihat dengan perut yang agak BESAR dah masuk 5 bulan. So semalam ibu bersingsing lengan kat dapur dengan qila sebagai pembantu menjilat bancuhan kek. Maka siaplah 40++ cupcakes comel. Sempat gak gotong-royong bungkuskan goodies bag untuk kawan2 qila kat school. Qila pon tolong sama... tapi tolong MAKAN jerkk

Nampak sangat muka qila excited nak pegi school esoknya. Qila nyanyi lagu birthday berulang2 kali dengan penuh semangat. Walaupon mata dah ngantuk dan tertutup-tutup, tapi mulut tetap mendendangkan lagu birthday sekuat hati. Tapi tak lama lepas tuh terus senyap.

Laaaa dah tido BIRTHDAY GIRL tuh.

Pagi tadi bangun tido jerk terus nak tgk cupcakes + goodies bag tuh. Excited sangat dia.

Sorry ek sayang, lambat sangat papa & ibu tunaikan janji.
Happy Birthday 2 You sayang!! We love you soooo much!

Friday, March 14, 2008

Pampers tebal

0 comments
Haritu qila beyak. Dah penuh pampers (lampin pakai-buang) yg dipakai sampai melayut. Memang nk kena tuka, tak pepasal kang meleleh pulak.

'Qila meh papa cebuk, pegi amik pampers tebal', papa bagi arahan
'Pampers tebal? Kejap eh', kata qila ringkas sambil berlari2 anak masuk bilik

Tak berapa lama kemudian, qila muncul drp bilik sambil menayang pampers yang dibawa.
'Nie ke?', qila tanya minta kepastian
'Bukan. Tuh pampers nipis. Pegi amik yg tebal', jawab papa.

Qila pon berlalu semula ke dalam bilik, dan muncul semula tak berapa lama kemudian.
'Nie ke?', tanya qila lagi sambil menayang pampers yg dibawa.
'Bukan, bukan. Tuh yg nipis, amik yg tebal', jawab papa lagi

Qila berlalu masuk ke bilik semula dan setelah beberapa ketika, qila muncul semula.
'Nie ke tebal', tanya qila sambil menayang pampers yang dibawa.

'Haaaa betul. Pandai lah anak papa nie', puji papa.
'Yeaaaa qila pandai', sahut qila ringkas.

*pampers nipis = Huggies biru utk hari2 biasa
*pampers tebal = Mumy Poko khas utk tidur / jalan jauh supaya tak perlu tukar banyak kali.

Wednesday, March 05, 2008

Tanya sama pokok

0 comments
Nie lagu baru qila. Papa suka dengar qila nyanyi walaupon agak laju dan lari tempo.

Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang.

Tanya sama angin, apa sebab goncang,
Nanti jawab angin, tanyalah awan.

Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk, aku pun cair.

Tengok dalam air, nampak bayang-bayang,
Campak satu batu, bayang pun hilang.

Papa pon suka dengar ibu nyanyi, rasa cam klasik jerkk teringat cerita2 P.Ramlee.

Bila ibu abis nyanyi Qila kata, "Ibu pandai"
Qila kata lagi, "Qila pandai"
Papa tanya. "Papa?"
Qila jawab, "Papa tak pandai"

Wednesday, February 20, 2008

new member coming soon ...

0 comments
yap.. as per to date ibu is 17 weeks pregnant .. tp kali nie pregnant ada dugaan skit.. bukanlah teruk sgt cuma ibu bleeding skit2 .. kena rehat lama2 (yg part nie paling best) .. tak leh jln lama2 sgt dlm erti kata tak leh jln lama2 kat shopping complex .. kalo dah lebih 2 jam.. mmg konpom esoknyer mesti bleeding.. risau sgt takut jadik apa2 yg tak diingini..

1st time bleeding tu cuak sesangat .. sebab masa mula2 tu tak tau pun ibu pregnant sebab ada kuar stain skit2.. biler buat pregnant test... +ve pregnant .. jumpa dr .. dr kata insya allah pregnant sebab masa tu baru 5 minggu.. kena dtg jumpa lagik 2 minggu.. alhamdulillah lepas 2 minggu jumpa dr dah ada heart beat .. seronok sgt... lepas 2 minggu jumpa lagik... everthing ok tak de apa2 masalah ... lepas 2 kali jumpa dr ingatkan dah ok.. so lepas ni just jumpa sebulan skali jek la.. tak sampai jek 3 minggu ibu bleeding for the 2nd time ... masa nie mmg dah seram sejuk dah.. tp alhamdulillah dr kata tak de apa2 ... maybe kena rehat byk2 dan dr suruh jgn wat keje berat2 sebab % untuk miscarriage still ada sebab baby belum cukup 3 bln.. after the 2nd bleeding its bleeding again for the 3rd time tp kali ni byk sgt.. mmg sgt2 takut .. jumpa dr pakar kat ukm sc ... dr nampak cam ada blood cloth tp dier tak sure.. kemungkinan tu uri dan dr berharap mmg itu uri.. but still dr tak bole buat apa2.. cuma mmg kena rehat kat rumah .. masa nie ibu dpt mc 1 minggu.. mcm2 la dr pesan jgn itu jgn ini.. dr bg ubat kuatkan rahim.. kena mkn sampai abis until next appt...

alhamdulillah lepas the 3rd time tu ada jugak kuar skit ... tp rasanyer sebab jln lama sgt kat shopping complex :) .. so biler jumpa dr 2nd time, biler scan everything look good .. n insya allah dr kata baby ok .. lega sgt ... so lepas nie baru la jumpa sebulan skali...

doakan la .. semoga semuanya selamat..

Friday, January 18, 2008

Tepuk amai-amai

0 comments
Smlm papa ajar qila lagu 'Tepuk amai-amai' dengan menggunakan Mickey Mouse sebagai model.

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk biar ramai
Malam upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Qila jangan nangis
Papa Ibu kerja.

Pastu Qila nyanyi pulak;

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
.
.
Qila jangan nangis
Papa Ibu keje.

*baikkkk punye short cut!! :D

HANTUUU

0 comments
Qila dah pandai main skang. Salah satu permainan yg qila suka ialah buat muka hantu. Caranya ialah dengan meletakkan kedua tapak tangan pada pipi (dibawah mata) dan ditarik kebawah yg membuatkan muka jadi huduh sambil membuat bunyi, 'Hantuuuu, hantuuuu, hantuuu'.

Semalam masa papa tgh buat keje, qila buat kat papa. 'Papa, tenok nie... Hantuuu hantuuuu hantuuuu'. Papa pon kata, 'Eeee takuttt nyeeeee'. Pastu papa sambung, 'Papa buat pulak!' sambil meniru gaya muka hantu qila. 'Momokkkkk hantuuuu momokkk hantuuuu', kata papa.

'Eeeeee takut nyeeeee', kata qila.

*comel!!

Wednesday, January 02, 2008

Aqila's birthday present

0 comments
'Doll Stroller' sebagai hadiah birthday Aqila. Sebenarnya dah belikan sebuah basikal sbg hadiah pre-birthday, tapi rasa cam tak seronok pulak. Lagipon Qila blom pandai kayuh basikal, so Papa & Ibu lah yang kena tolak pusing2 dalam umah.

Was meant to be a DOLL stroller, tapi qila pon suka duduk dalam tu. Boleh gilir2 pulak dengan Adriana sorang duduk dan sorang lagi tukang tolak. So cute!!

Thursday, December 27, 2007

BAH!!

0 comments
Suboh tadi, lepas mandi papa terus masuk bilik nk amik sejadah, tetiba je.. "BAH!!", qila bersuara.
"BAH!", qila bersuara lagi.
Rupanya Qila baru bangun dan terus main CAK-BAH ngan papa. Terkejut papa.

"Muahh", papa kiss budak busuk tuh. "Papa solat dulu ek sayang", papa kata sambil berlalu kuar. "BAH!", qila masih bersuara sambil gosok2 mata dan bergolek2.

Lepas solat, papa tengok qila senyap jek. Papa gosok2 badan tapi takde respon. Laaa tido lagi anak papa tuh. Ibu kata qila tak lena nk tido pasal panas dan berpeluh. Aircond dh rosak / takpenah servis, dah tak kuar udara sejuk.

Tkpe, nnt papa kasi servis itu aircond. Tp, kena pasang gak aircond kat bilik qila tuh, kena tido bilik sendiri ek sayang.

Wednesday, December 26, 2007

Tanak kawan!

0 comments
Sepanjang pagi cuti semalam cuma duduk di rumah. Ibu masih berbaring kerana masih tak sihat. Papa pulak sibuk menguruskan bisness yg telah beberapa hari ditinggalkan akibat cuti raya korban. Qila pulak sibuk bermain dan mencari orang untuk temankan bermain.

Papa cuba layan qila sebaik mungkin dan cuba menjawab pertanyaan2 serta ngomelan budak comel tu. Sesekali qila datang pada papa sambil kata, "Nak duduk!". "Papa tgh buat keje sayang", jawab papa lembut taknak keciwakan hati qila. "Papa, nak duduk. Qila nak keje", kata qila lagi sambil sebelah tangan memegang bucu meja dan yg sebelah lagi menekan2 keyboard. "Alah takyah lah, papa nak buat keje", jawab papa sambil halang tangan qila. Bila papa buat tak tahu, tak lama qila terus berlalu sambung main dan cakap sendirian.

Tapi qila tak berhenti disitu, bila bosan main sendiri qila akan datang kacau papa lagi dan lagi. Sampaikan papa takleh concentrate nak buat keje.

So, papa terpaksa gak berhenti keje dan layan qila bermain sambil duduk depan TV dan memasang building block. Papa tukang pasang, tak sampai 5 minit qila dh robohkan dan berlaku berulang2. Sampaikan papa letih nk memasang.

"Qila main elok2 lah, jgn robohkan penat papa nk pasang", kata papa. Tapi qila buat tak tau jekk. Yerlah kalau ikutkan logik budak comel berusia 2 tahun tuh mana lah pandai lg nk control kekuatan tangan dia.

Pastu papa amik dan pasang semula mainan tuh, "Nie papa punye, qila jgn robohkan!". Qila cuba nk amik, tapi papa tak bagi. "Nie papa punye! Fuiyoooo power mainan papa, fuiyoooo", sambung papa lagi.

Qila try gak nak amik, tapi papa tetap tak bagi. "Nie papa punye! Fuiyoooo power mainan papa, fuiyoooo. Spiderman boleh panjat2, boleh pusing2, fuiyooooo", papa sambung dengan muka eksen.

Qila terus diam sambil menekap muka pada lengan diatas lutut, "TANAK KAWAN PAPA!"

Alahai huduh sangat jadinya bila papa gaduh ngan qila over such a stupid thing. Sorry ek sayang. Papa try tak buat lagi. I luv u soooooo much!!

Monday, December 24, 2007

Happy 2nd Birthday!!

0 comments

19th December 2007

Happy 2nd birthday to Aqila. Bought nicely decorated cupcakes from http://happycakesblog.blogspot.com AND held a simple birthday bash for HER and ATOK at her grandparents house in Kg.Segambut Dalam.

Aqila is turning TWO and Atok is turning 57 OR 58??

hummmm Just have to do something special for her birthday coz she' been singing birthday song since few months ago. Tak sampai hati oooo. Time flies when you're having fun, and TIME REALLY FLIES!!

Papa & Ibu luv you soooo much sayang.

Thursday, December 13, 2007

Beyak

0 comments
Kat tepi sofa;

"Emmmmppphhhhhhhh
.
.
Emmmppppppphhhhhh
.
.
Emmmpppphhhhhhhhh
.
.
Dah! Nak basuh beyak!", Qila kata.

"Basuh berak ngan Ibu ek", Papa kata.
"Basuh beyak ngan Ibu", Qila ikut.
Ibu dah buat muncung panjang. Papa dah sengih2.

"Nak basuh beyak ngan Papa", Qila kata pendek tuka pilihan
"Ala papa tak sembahyang lagi. Qila basuh berak ngan Ibu boleh?", papa pujuk.
"Nak basuh beyak ngan Papa BOLEH?", Qila jawab
"Ala papa tak sembahyang lagi!", Papa mintak simpati.
"Basuh beyak ngan IBU, BOLEH?", Qila jawab lagi

Papa terus lari masuk bilik sembahyang. :D

Wednesday, December 12, 2007

A_QI_LA!

0 comments
Qila memang suka tanya;
nie sapa punye?
tuh sapa punye?
lori sape punye?
bas sape punye?
kete sape punye?

Dan semua benda tuh papa kena jawab; 'Aqila punye!'.
Kadang2 qila akan jawab sendiri, 'KIA punye!' dan kadang2 akan Qila akan sambung, 'Papa punye takde'.

Qila membahasakan diri sebagai KIA dengan sebutan yg agak pelat tapi clear.

Last monday masa balik drp school, kita melepasi sebuah lori besar yang memang selalu diletakkan kat situ. 'Lori sapa punye?', papa tanya.
'A..QI..LA punye', qila jawab dengan nada tersekat2 tapi confident
'Sape punye', papa tanya lagi ingin kepastian
'A..QI..LA punye!' jawab qila pasti.
Papa dan ibu berpandangan sesama sendiri dan tergelak

Hilang sudah bahasa diri KIA dan digantikan dengan AQILA bersama sebutan yang YAKIN dan JELAS.

I'm so proud of you my dear! Mesti kena torture ngan cikgu suruh sebut nama Aqila betul2 ek? But Papa kinda miss sebutan KIA pelat tuh :)

Thursday, December 06, 2007

Empty House

0 comments
Qila was diagnosed with mild HFMD on Monday. Rashes dan bintik2 berair naik kat tangan, kaki, mulut. Dalam mulut pulak tumbuh ulser dan menyebabkan qila rasa tak selesa esp bila nak makan serta air liur yang asik meleleh. Tapi bila doktor tgk qila masih boleh nyanyi2, joget2, mengomel anda bertanya itu ini SO, doktor suh qila balik je. Takyah masuk ward.

Kebetulan pulak kat umah tuh air paip agak kotor, berkarat dan warna kekuningan. Dan pihak pengurusan bagi notis nak cuci tangki on wednesday & thursday.

So, terpaksa hantar qila dan ibu balik segambut. Atleast dapat bekalan air bersih utk mandikan qila. Dan ade orang lain yg boleh tgk2 kan qila pasal ibu pon agak KURANG SIHAT.

Tapi papa terpaksa balik ke Kajang kerana terlalu banyak kerja yg perlu diuruskan. Dan setiap kali balik kerja to an empty house rasa cam sayu jerk. Terlalu kosong hidup nie tanpa keletah Qila dan bebelan ibu :)

Yeaaa yeaaaa hari nie Qila & Ibu balik Kajang!

Tuesday, December 04, 2007

Kia Punye!

0 comments
Rasanya semua barang kat dunia nie Aqila yang punye.
Lori sape punya? Kia punye.
Bas sape punya? Kia punye.
Tu Kia punye.
Ni Kia punye.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DOG, Kia punye.

"Heii, DOG HARAM. Dog dirty, bad dog!", Papa dan ibu cuba utk terapkan nilai halal dan haram untuk kefahaman Qila.

"Dok hayam, bad dok. Meow je", Qila sambung dengan nada faham sambil angguk2 on the way to nursery.

*Kia = Qila, ikut pelat sebutan

Sunday, November 25, 2007

BOLEH?

0 comments

Qila suka tengok cerita ELMO. Hari-hari Qila tengok cerita ELMO. Kadang-kadang Qila tengok cerita ELMO sampai 2-3 kali dalam satu hari. Bila Qila tengok cerita ELMO, Papa & Ibu pon terpaksa layan ELMO.

Kadang-kadang bila dah bosan sangat tengok cerita ELMO, Papa terpaksa buat muka garang bila Qila asik nak pasang cerita ELMO. Tapi Qila dah pandai merengek2 dan buat2 merajuk semata2 nak tengok cerita ELMO.
Bila berkeras tak kena, Papa akan cuba pujuk cara lembut. 'Papa nak tengok cerita Papa BOLEH?', dengan selembut intonasi dan bahasa. Tapi Qila pulak kata, 'Qila nak tenok cerita Qila BOLEH?' dengan muka naughty dan manja2.

Terpaksa layan ELMO lagi lah nampaknyaaaaa

*U so clever ahh?? I yuv u so much u know???

Wednesday, November 21, 2007

Nak pegi MAKAN

0 comments
Semalam, papa kejut qila bangun pagi utk tukar pampers. Seperti biasa qila akan terkulat2 gosok mata sambil tongeng2 carik feel utk bangun. Bila dah tukar pampers papa ajak qila tengok citer ELMO, citer kegemaran qila.

Bila dh pasang TV dan citer ELMO tuh, papa pon tinggal qila sorang2. Seronok tengok qila suka citer ELMO tuh. Kadang qila gelak sorang2 sambil ikut aksi dalam citer tuh yang dah berulang2 kali ditonton.

Bila papa dah siap pakai baju + kemas2 + solek utk ke opis, papa pon duduk sebelah qila sambil tgk elmo. Qila terus sandarkan badan kat papa sambil manja2. Pastu qila tanya;
"Kita nak pegi APA? Kita nak pegi MANA?"
"Kita nak pegi school" papa jawab. "Qila pegi school, Papa pegi keje", papa sambung jawapan.

UWAAAAAAA qila mula nangis yang dibuat2 sambil merengek2. "Taknak pegi school", qila cakap. "Abis kalau taknak pegi school, Qila nak pegi mana?", papa tanya mintak kepastian. "Nak pegi MAKAN", jawab qila ringkas dalam rengek manja.

Sebak hati papa. Rasa sayu pulak dengan permintaan tu. Bagi qila istilah MAKAN tuh ialah keluar jalan2. Biasanya cuma hari cuti / sabtu dan ahad je papa dan ibu pakaikan qila baju cantik dan bawak qila jalan2 + makan2. Kalau ikutkan hati nak je papa cuti hari tuh dan bawak qila jalan2. Tapi bila pikirkan tanggungjawab dan cuti yang dah tinggal sisa, terpaksa papa hampakan permintaan itu. Sedih, sayu silih berganti.

Insya-Allah bila kita ade rezeki lebih, bila usaha bisness papa stabil dan berjaya, DAN Insya-Allah masa tuh papa dan ibu ada masa lebih terluang, nanti kita jalan2 lagi ye sayang.

I yuv u soo much!

Tuesday, November 06, 2007

Langkawi Trip

0 comments
This is our 2nd vacation for this year... tp rasanyer2 last for this year.. next year citer lain..
Trip kali nie kita naik flight .. seronok dan kurang penat compare to drive.. definitely la kan.. tp ongkosnyer lebey skit.. nasib baik dpt fare yg murah so ok la... tq air asia ...

1st day (Thur, 1 nov 2007)
start journey agak pagi sebab flight pukul 11.25 a.m... konon2 nak kuar rumah kul 8 pg tp biasa la nenong nenong.. kul 8.30 gak la kuar rumah.. nasib baik la umah dekat ngan kl sentral.. tp sesat gak la nak cari terminal skybus tu.. last2 turun jek kat terminal biasa.. berlari cari tmpt bas .. nasib baik la masa sampai tu bas tak jalan lagik.. this is also aqila first time naik bas.. tgk muka aqila excited sgt.. sebab tingkap baskan luas bole tgk macam .. kalo dlm keta tu pemandangan dier limited.. punya la syok duk dlm bas sampai tertido ... mmg behave betul qila masa tu.. nie yg ibu seronok bawak jln2 nie ...

nasib baik flight on time.. dudukkan qila kat seat pasang seat belt before nak departure tu.. nasib baik tak meragam ... bile flight dah kat atas ... sibuk qila ckp nak tgk awan.. tq papa layan qila.. ibu dah nak pening tp still ok sebab flight stable lagipun cuaca cantik..

sampai kat airport langkawi, daddy ngan mummy amik.. murah jugak mpv .. rm 200 utk 2 hari.. kira ok la dr harga before nie yg kitaorg dpt. lepas mummy ngan daddy amik terus shot pegi beras terbakar.. shoppinggggg .. sebab malas nak balik hotel nanti nak kuar balik gi amik atok ngan nenek lak.. nenek ngan atok naik flight petang.. so kitorg pun apalagik soppping la dulu... sblm amik nenek ngan atok pekena abc kat satu gerai tepi jalan nie.. ntah apa nama gerai ni.. tp abc dier mmg superb la... sedappppp sgt.. tp kitorg kempunan tak dpt nak rasa lagik abc nie sebab tak sempat.. nie yg kena pegi lagik langkawi.. :)

lepas amik nenek ngan atok.. lepak hotel malam tu makan kat area pantai cenang .. kat sini makanan dier sedap .. makan lauk hidang, ada kari kepala ikan, daging kicap, ayam madu, ikan goreng rempah, ulam ngan sambal belacan.. mmg sedappppp yg amats.. yg buat lagik sedap sebab atok banje.. yehaaaaa... timakasih atok...

lepas makan apa lagik sopping la .. kat area pantai cenang ni byk kedai kecik2.. tp cam mahal skit sebab ramai tourist duk area nie... tp mahal2 pun ibu beli gak la satu selipar.. murah2 jek.. ala2 ranggoli skit tak pe la nak sambut deepavali kan ..

sampai hotel apa lagik...ZZZzzzzzzzz

2nd day (fri, 2 nov 2007)
kitorg kuar hotel dlm kul 9am .. pegi breakfast dulu.. lepak makan depan gerai underwater world.. tp masa tu tutup lagik.. this time tak pegi underwater world rasanyer ikan tak byk lagik.. kat sini nasi lemak dier ada mcm2 lauk.. pastu kat bungkusan tu dah siap2 ngan nama lauk(initial die la) ada nasi lemak sotong, ikan pedas, ayam, ikan bilis mcm2 lagik la.. tp kat sini biasa jek tak de la sedap sgt... lepas makan terus pegi cable car.. masa sampai tu dah ramai org.. ramai budak skolah.. tp tak naik gak cable car ingat kan mahal (rm 25) .. tp tu harga utk tourist.. malaysian dlm 15 tp masa tu dah nak balik lagipun qila pun dah panas sgt masa tu...

tp yg syoknyer kat cable car tu bole main/bagi makan ngan arnab dan kijang/rusa. ibu ngan qila menjerit2 bila arnab tu dtg.. manja sgt.. ibu takut la ngan arnab cam geli .. tp lama2 tu bila papa ajak qila pegang arnab baru qila ok.. kira dpt la qila pegang arnab.. rusa/kijang tu mmg ibu lari siap2 sebab rusa tu suka sondol la.. geli sgt ... mmg tak takut org la rusa tu...

lepas pegi cable car ingat nak sopping kat idaman suri (plg terkenal la kat langkawi ni) tp tutup la plak.. lupa ari jumaat org kedah cuti .. mmg frust.. lepas tu sopping la jugak skit2 kat area pekan kuah tu.. on the way balik hotel, singgah sekejap beras terbakar sopping lagik kat situ... baju2 kat situ murah2 gak..

malam lepak kat hotel jek... sebab qila dah pengsan lepas maghrib sampai ke pagi.. kirim jek makanan kat atok ngan nenek...

3rd day ( sat, 3 nov 2007)
finally dah nak balik dah.. kejap jek rasa... terus checkout.. malas nak patah2 balik hotel .. last kopek sopping kat idaman suri.. kekononnyer tak nak dah beli apa2 .. tp terjebak jugak.. ibu beli gak set pinggan mangkuk melamine .. dah alang2 sampai kan.. nak tunggu dtg lagik tak tau bila.. sopping sekejap jek sebab dah nak gi airport.. atok ngan nenek flight kul 12.50 .. so rush skit la sopping tapi ok gak kalo tak ntah apa lagik ibu beli yg bukan2 ...

kita nyer flight dlm 2.15 .. on time jugak alhamdulillah walaupun cuaca tak ok.. sampai umah dlm kul 6 +- ..

so far vacation nie paling kurang penat dlm perjalanan sebab naik flight kan.. tp overall its very enjoy n fun vacation.. maybe sebab kita pegi ngan orang2 tersayang.. tak kisah pegi mana sekalipun kan... tak sabar for the next vacation.... yehaaaa

sabahhhh here we come....

p/s : emmm sabah trip mama sponsor kan.. heheheh
 

Our little princess Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez