Wednesday, December 23, 2020
Saturday, December 12, 2020
Kolam.. akhirnya
Setelah berbulan-bulan terperap di rumah sepanjang PKP, nak buka kolam pon malas..
Tapi, muka tetap kontrol-hensem..
You memang sangat cute..
Lama sungguh tak kemas kini blog ini. Banyak kenangan yang lupa nak direkod bagi tatapan masa depan..
Tahun 2020 berlalu pantas terutama dengan cabaran Covid-19 yang merencatkan semua perancangan. Namun begitu, keluarga kita tidak banyak terjejas, malahan Papa banyak masa dapat bersama anak-anak kerana WFH sejak bulan Mac ketika mula PKP.
Kakak, adik dan Muhammad pon makin membesar dengan cepat. Tahun 2021 ini, Kakak sudah 16 tahun, tingkatan 4.
Adik pula akan masuk 13 tahun dan akan memulakan alam persekolahan menengah tingkatan 1.
Muhammad pula meningkat usia 9 tahun, darjah 3. Tapi tetap masih comel macam baby.
Antara perkataan kecomelan itu;
'Papa, Muhammad nak tukar walaper ipad boleh?'..
(*baca: wallpaper)
'Papa, webabea dah start'..
(*baca: We bare Bears)
'Papa, nanti ada movi sonik hejdog !'
(*baca: Sonic the Hedgehog)
'Ibu ni, asik tengok popeti badi je..'
(*baca: Property Brothers)
Thursday, July 16, 2020
Deeja.. Happy 12th Birthday
Happy birthday yang ke-12 buat anak Papa yang solehah. Terima kasih kerana jadi anak yang baik.
Moga umur yang berkat, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.
Jaga solat, jaga aurat, jaga hak Allah.. Allah jaga hak kamu.
We love you so much!!
Muah muah.. wek wekk :p
Thursday, July 09, 2020
Muhammad.. Happy 8th Birthday!
Happy birthday buat anak Papa yang kacak dan baik hati.
Moga jadi anak soleh, diberkati Allah dunia dan akhirat.
“Ya Allah perbanyaklah hartanya dan anak-anaknya, dan berkahilah apa yang Engkau anugerahkan padanya !”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Friday, July 03, 2020
Monday, June 15, 2020
Pangkat DATUK
B.E.R.I.T.A R.A.S.M.I
Alhamdulillah, hari ini secara rasminya dikurniakan pangkat 'Datuk'... oleh cucu sulong.
Moga Allah jadikannya anak solehah kebanggaan ayah dan ibu.
Call me GrandPak Uda.
Tahniah Along & Jana.
Moga berbahagia sekeluarga sampai syurga.
*Tiba-tiba rasa sangat tua :)
Subscribe to:
Posts (Atom)