I love you all so much!!
Friday, April 26, 2013
Thursday, April 18, 2013
Monday, April 15, 2013
Up, up and awayyyyy
Deeja memang cukup gemar dan takjub dengan mannequin (patung peragaan) di pasaraya. Dipegang-pegang, dibelek-belek, dipeluk-peluk dan kadang-kala seolah berbicara.
Suka juga mengakukan dirinya dikalangan patung itu sampaikan ada pelanggan lain yang tersalah anggap ia patung sebenar...
Neck-tie
Deeja: Papa belilah nie. Kalau papa pakai nanti hensem. Mesti ramai perempuan suka..
Ibu: APAAA???!!!
@Metrojaya, MidValley MegaMall
Thursday, April 11, 2013
Bengkak mata
Pagi tadi kakak bangun tidur dengan mata yang bengkak akibat menangis semalam. Kenapa?
Kakak menunjukkan pamplet jualan pensil, pena dan kertas yang diperbuat daripada bahan mesra alam (bio-degradeable). Harga jualan 10,15 dan 20 ringgit. Sambil itu kakak menceritakan kepentingan menjaga alam sekitar seperti yang didengari.
Papa: Kakak nak buat apa beli pensil dengan kertas nie? Ibu dah belikan 2 kotak pensel dengan buku untuk conteng dan tulis. Banyak lagi yang kakak tak guna.
Kakak: Nak beli untuk jaga alam sekitar
Papa: Tak perlu beli lah. Masih banyak lagi barang kakak, nanti membazir.
Kakak: Ala kakak nak beli untuk jaga alam sekitar.
*Dengan setiap pembelian akan dihadiahkan... sementara stok masih ada..
Papa: Kakak nak beli kerana kakak nak barang percuma HelloKitty, Barbie dll nie kan?
Kakak: terdiam
Papa: Itu cuma kehendak dan bukan keperluan. Kita belilah apa yang perlu sahaja. Yang kehendak tu takde pon takpe. Kakak faham ke apa keperluan?
Kakak: Keperluan tu apa yang kita mesti ada
Papa: Kehendak?
Kakak: Apa yang kita nak.
Papa: Antara keperluan dan kehendak, mana yang penting?
Kakak: Keperluan..
Papa: Emm pandai. Kakak tak payah beli lah ye. Kalau kakak nak barang HelloKitty atau Barbie nanti kita beli
Kakak: berlalu sambil menangis...
*Papa agak kagum kerana kakak sudah faham maksud keperluan dan kehendak.
*Papa kurang setuju syarikat-syarikat mempromosikan barang-barang kehendak dalam kawasan sekolah dengan kerjasama pihak sekolah
Wednesday, April 10, 2013
Siapa pulak mereka nie?
Muhammad sedang pelik melihat mereka.
Siapakah mereka? Dimana saya?
Sebenarnya ini pertama kali Muhammad mengunjungi Nenek Midah di kampung sejak kelahiran Muhammad 8-9 bulan yang lalu. Namun pada usia sebegini, Muhammad sudah mula kenal orang, dan hanya mahu pada orang yang dikenali iaitu papa, ibu, kakaks dan sesekali Pak Ngah yang ada sedikit iras papa (iras ke?).
Maaf ye nenek lama kami tak balik menziarahi.
"Ya Allah berikanlah kami kemudahan dan kelapangan untuk menziarahi nenek dengan lebih kerap. Amin"