Insya-Allah!
Thursday, February 28, 2013
Friday, February 22, 2013
Ibu tak sihat
Sudah hampir seminggu ibu tak sihat. Demam bermula sejak jumaat lalu, namun digagahkan dengan paracetemol setiap kali suhu badan naik demi menguruskan majlis aqiqah Muhammad serta kenduri kesyukuran.
Alhamdulillah majlis berjalan sangat lancar dengan para tetamu tak kunjung putus sejak jam 2 petang walaupon hujan agak lebat semasa majlis doa selamat.
Kunjungan menemui doktor pada hari rabu mendapat saranan untuk memasukkan sebotol air untuk mengelak dyhidrasi selain bekalan ubatan serta antibiotik, namun demam masih berpanjangan..
Moga ibu cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin.
Thursday, February 21, 2013
Adab makan
Petang. Sampai dirumah setelah mengambil anak-anak, papa bergegas mengangkat masuk beg-beg lalu menukar baju. Perut bukan sahaja berkeroncong, malahan sudah ber-gangnam-style minta diisi.
Papa: Kakak, kita mandi kemudian. Kita makan dulu lah. Papa dah lapar sangat
Kakak: Kakak nak mandi dulu. Ustazah kata nak makan kena ada adab. Kena bersihkan diri, dahulukan orang lebih tua, bla bla bla...
Papa: ....*pedih!!
Wednesday, February 20, 2013
Cabut sudah..
Hari isnin gigi kakak makin sakit dan sudah bergoyang kuat, maka sudah sampai masanya untuk dicabut. Proses cabut memakan masa beberapa minit sahaja.
'Tak sakit pon cabut papa.. Tak macam kena gigit semut pon...', kata kakak
Saturday, February 16, 2013
Aqiqah boy
Muhammad bergaya disamping potretnya hasil kerja kreativiti daddy dan mummy sebagai dekorasi sempena hari besar Majlis Aqiqah buat Muhammad esok.
Khemah biru putih sudah tersergam indah, saudara mara AJK majlis sudah memenuhi ruang rumah, goodies bag sudah terisi penuh dan aktiviti menjemput sudah terlaksana separuh..
Kehadiran sanak-saudara, rakan-teman, jiran tetangga dan para jemputan amat-amat dialukan. Insya-allah kambing golek istimewa menanti anda.
Moga majlis esok berjalan lancar dan dapat memberikan layanan serta keselesaan pada para tetamu sebaiknya. Amin..
Wednesday, February 13, 2013
Shadow play
Kakak sedang bermain dengan bayang-bayang yang terhasil daripada sinar mentari pagi yang terik memanah langsir tingkap..
Monday, February 11, 2013
Saya suka mandi
Muhammad memang suka mandi.. air suam. Kalau mandi air sejuk melalakk sampai tak keluar suara
Cik Penolong Ketua Kelas
Tahniah buat kakak, semoga dipermudahkan Allah dalam menjalankan tugasan, tanggungjawab serta amanah yang diberikan..
Sunday, February 03, 2013
Kisah kakak
Kakak menyambut Maulidur Rasul dengan agak meriah tahun ini dengan menyertai perbarisan / berarak sambil berselawat di sekitar kawasan perumahan serta bernasyid anjuran KAFA Sri Umairah. Mulanya papa sekadar ingin menghantar kakak ke majlis tersebut, tapi akhirnya papa turut berarak sambil mengambil gambar. Teringat zaman persekolahan papa dulu...
Gigi kakak masih agak goyang akibat tergigit coklat keras tempohari. Namun hasil pemeriksaan doktor, gigi tersebut tak perlu dicabut kerana belum sampai masanya. Lagipon bengkak tersebut akan surut dan doktor menasihatkan supaya gigi tersebut dibiarkan dahulu sebagai petunjuk arah pada gigi kekal untuk tumbuh dengan cantik.
Namun ada sedikit lubang pada geraham yang perlu ditampal.. Kakak tak takut pon berjumpa doktor dan doktor kata gigi kakak sangat cantik..
Hujung minggu, selain mengemas bilik, mencuci serta mengapur kasut, kakak suka menolong ibu mop lantai serta menyapu. Namun begitu, setiap dua kali sebulan kakak ada tuisyen di KAFA Sri Umairah.
Di sekolah rendah pula, kakak dipilih guru sebagai Penolong Ketua darjah. Hari-hari kakak terpaksa menjerit meminta rakan-rakan sekelas supaya diam jika guru tiada. Kadang kala kakak terpaksa menulid nama mereka yang nakal..