Sunday, April 29, 2012
PASTI menang!
Adik PASTI bersukan
Adik sedang duduk berbaris menanti ucapan perasmian Sukan Tahunan gabungan Pasti Taman Jasmin dan Pasti Taman Kajang Utama oleh Y.B Dr.Shafie.
Saturday, April 28, 2012
Friday, April 27, 2012
Thursday, April 26, 2012
I'm so blessed!
Terima kasih ibu for the birthday cake serta anak-anak atas ucapan dan dendangan lagu ulangtahun kelahiran.
Happy birthday papa
Allah selamatkan kamu 3x
Allah selamatkan papa
Allah selamatkan kamu. ..
selamt ulangtahun yg ke. ....
semoga papa sentiasa dlm lindungan Allah s.w.t
semoga sentiasa diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki yg berkat. Amin
we love u so much n we hope you're happiness with us
love,
ibu, kakak aqila, kakak deeja n 'little muhammad'
Wednesday, April 25, 2012
VRROOOOMMMMM
Kakak dan adik sedang test drive kereta-bermuzik-guna-token @Jusco AEON, Balakong.
Tuesday, April 24, 2012
Kakak kurang sihat
Kakak masih batuk agak kerap dan kuat sehingga kadang sampai termuntah. Semalam badan kakak agak panas sebaik pulang daripada KAFA. Kakak juga sering sakit kepala terutama selepas balik daripada sekolah.
Ujian darah menunjukkan ada sedikit kuman dalam darah kakak dan doktor sudah bekalkan antibiotik untuk menangani nya. Namun doktor agak kurang pasti dengan sakit kepala kakak..
Papa: Doctor, could it be because of her eyesight?
Doktor: Yalah, butul lah!
Jawab doktor teruja mendapat kemungkinan jawapan kepada persoalan itu lalu menerangkan lebih terperinci.
Pemeriksaan dikedai cermin mata menunjukkan kakak ada sedikit rabun dan silau pada kedua-dua belah matanya...
Saturday, April 21, 2012
Saturday school
Hari sabtu bersekolah sebagai ganti cuti raya aidiladha. 'Kakak lapar koew teow goreng lah', kata kakak sebaik keluar dari perkarangan sekolah.
Alhamdulillah...
Akhirnya penantian kami berakhir. Syukur yg tak terhingga. Semoga urusan yg seterusnya berjalan lancar. Doakan kami
Thursday, April 19, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Tinggi & tulang
Biasanya kakak tidur sendirian.. Tetapi minggu lepas kakak demam, setelah kakak lena, papa angkat kakak untuk tidur bersebelahan papa supaya boleh pantau suhu badan kakak.
Kakak: Kenapa kakak tidur dalam bilik ibu? Siapa yang angkat kakak?
Papa: Tak tahu lah papa. Kakak jalan sendiri kot
Kakak: Alah kakak dah tahu, mesti papa yang angkat kakak kan? Kakak rasa kena angkat tinggi dan rasa badan ada keras-keras macam tulang..
*CEH!
Sunday, April 15, 2012
A car for Qaliph
Adik: Ini kereta Qaliph kan papa?
Adik sedang test-drive kereta (biru), hadiah buat Qaliph. Seringkali adik membandingkan diantara kereta biru dan merah kepunyaan adik itu. Dibawa kehulu-hilir, ditekan hon serta alunan muzik silih berganti. Dari riak wajahnya terbayang rasa teruja dan iri..
Adik: Tayar kereta adik kecik jee...
Namun adik sangat besar jiwanya..
Adik: Papa jomlah kita pergi rumah ucu, bagi Qaliph kereta..
Alhamdulillah Ahad lepas kereta tersebut telah selamat sampai kepada tuan barunya. Moga Qaliph seronok me-lenjan kereta itu
*Papa sangat bangga dengan Deeja!
Papa: Deeja nak hadiah mainan apa?
Adik: Nak mainan masak-masak!
Thursday, April 12, 2012
Saturday, April 07, 2012
Mana bot?
'Mana bot adik?', tanya adik ketika ingin mandi pagi untuk ke sekolah. 'Manalah papa tau, adik letak mana?', tanya papa. 'Adik letak sini tadi', jawab adik sambil menepuk tilam ibu. 'Ini siapa punya?', papa menyoal sambil menunjuk bot berhampiran tv di ruang tamu. 'Sama yang letak sini?', papa menduga. 'Tak tau lah. Dia jalan sendiri kot...', adik berlalu ke bilik air dengan bot di tangan.
Auta kakak
Kisah1
Papa: Kakak pergi baca buku!
Kakak: Perut kakak sakit lah, nak ber*k..
Kisah2
Papa: Kakak, pegi tido!
Kakak: Kakak nak baca buku kejap..
Kisah3
Papa: Kakak, pergi baca buku!
Kakak: Kakak penatlah hari nie, rasa nak tido..
Kisah4
Papa: Kakak, pergi buat homework english!
Kakak: Esok takde english..
Kisah5
Kakak: Papa, kalau hari tak sekolah, kalau kakak tidur lambat, mesti kakak bangun awal kan?
*ini hint utk mintak izin tidur lewat malam
Wednesday, April 04, 2012
Apa punye style daa
Inilah diantara posisi pelik kakak ketika menonton tv. Tak cukup besar ke sofa tu?
Posisi pelik adik pulak ketika makan. Hanya duduk di kerusi dengan sebahagian punggungnya sahaja, sementara sebelah kaki berdiri jejak ke lantai.. Guano tuh?
Kisah pagi ini..
Sekolah rendah kakak ada sambutan sempena persaraan guru besar. So papa terpaksa menghantar kakak terus ke sekolah. Adik pula terpaksa ditinggalkan di taska menunggu van datang. Adik mengamuk kerana tidak ditemani kakak.. Sian deeja
*gambar oleh adik