Friday, March 30, 2012
Thursday, March 29, 2012
Bangunlah sayang..
AMALAN SEBELUM TIDUR
1. Bersihkan diri sebelum tidur.
- Gosok gigi dan mengambil wuduk.
- Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
- Baca doa sebelum tidur.
- Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas. (Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”
KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,
Ingatlah,Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku… Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?
Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…, Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.
Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.
Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.
Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi.
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ingat..! jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.
Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.
Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.
Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.
Sumber asal: myibrah.com & halaqah.net
Wednesday, March 28, 2012
Quack.. Quack.. Quack!!
Adik sedang selsema. Papa suka cium adij, maka sekarang papa pun selsema.
Sangat rasa tak cool bila terpaksa bawak towel kecil dengan sulaman gambar itik ke pejabat!
Pagi tadi adik merampas towel itu, mengelap hingusnya dan memulangkan kembali... Menyebarkan virus lah tuh!
Kisah lain:
Pagi tadi kakak dan adik ditinggal van sekolah, papa dan ibu lah yang terpaksa menghantar. Tapi sampai di sekolah adik melalak dan merajuk tak mau belajar.
Cikgu pesan: Lain kali tak payahlah hantar sendiri adik ke sekolah, haru jadinya!
Monday, March 26, 2012
Monday blues
Pagi tadi adik agak moody. Menangis bila dibangunkan, malas untuk mandi serta memakai baju dan merajuk bila ditinggalkan di taska. Mungkin kerana tidak agak lewat tidur semalam dan mungkin juga kerana selsemanya baru bermula..
*semalam kakak dan adik berbaju kurung serta lengkap bertudung ke pasar malam. Sangat ayu!
Friday, March 23, 2012
Silap ibu bapa dalam mendidik anak
1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah;
- Saidul (penghulu) istighfar*
- Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)*
- Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)*
- Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah ;
- Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
- menakutkan anak-anak dengan sekolah
- menakutkan dengan tempat gelap
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
- menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
- Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif ;
- Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
- Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
- Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
- Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas ;
- Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas ;
- Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah : -
- Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
- Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang ;
- Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak ;
- Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
- Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton ;
- Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak;
- Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
*Gambar: Ibu, Adik, Kitty-Ja, Kakak dan Kitty-La
*Sumber asal: FB.
Wednesday, March 21, 2012
Dah ok kot..
Semalam suhu badan adik mencapai 38.6 dan mengambil masa 2-3 jam untuk turun setelah mengambil ubat. Tadi malam terpaksa berperang kerana adik bermatian mengelak minum antibiotik yang tak memang sedap. Terpaksa bergabung tenaga dengan ibu untuk menahan rontaan tubuh kecil itu. Ganas jugak adik rupanya.
Ikutkan hati, memang tak sanggup memaksa begitu. Tapi demi kesihatan adik, terpaksalah.
Alhamdulillah pagi ini suhu badan agak normal namun adik menangis kuat ketika ditinggal di taska
Tuesday, March 20, 2012
Monday, March 19, 2012
Sunday, March 18, 2012
School fever
Alhamdulillah selamat sampai ke kajang jam 5pm tadi. Perjalanan agak lancar walaupon lalulintas agak perlahan disesetengah tempat akibat hujan serta dengan beberapa pit-stop.
Badan adik masih panas lagi..
Papa: Kita sapu air kat kepala ye?
Adik: *Geleng
Papa: Kalau tak sapu air, nanti lambat baik. Nanti tak boleh school. Adik nak school jumpa kawan-kawan tak?
Adik: *Angguk
Papa: Kita sapu air ye?
Adik: *Angguk. Adik nak school jumpa dayana. Dayana kawan adik..
Sangat kuat semangat adik untuk bersekolah. Ya-Allah berikan lah khadeeja kesihatan.. Amin.
Friday, March 16, 2012
Tuesday, March 13, 2012
Monday, March 12, 2012
Sunday, March 11, 2012
Friday, March 09, 2012
Thursday, March 08, 2012
Hujan rintik-rintik
Hujan rintik-rintik, kambing bawah tangga.
Hujan turun menitik-nitik, Kuala Lumpur sesak panjang berjela.
Hujan rintik-rintik, makin lama makin lebat.
Mungkin dapat surat merah kalau selalu datang lambat.
Hujan rintik-rintik, KL banjir kalau lama hujan lebat.
Niatkan kerja itu sebagai ibadat, dapat pahala moga mendapat berkat..
*sampai pejabat 9.30am, trafik sesak disemua kawasan
Wednesday, March 07, 2012
Tuesday, March 06, 2012
Sunday, March 04, 2012
Saturday, March 03, 2012
Friday, March 02, 2012
Thursday, March 01, 2012
Main-main
Adik suka meniup permainan ini sambil berjalan dalam rumah sampai menyembur air liurnya.
'Nah papa. Tak boleh bawak pegi skool, nanti cikgu marah', kata adik sambil menyumbatkan dalam poket papa.
Biasanya adik yang paling awal siap setiap pagi. Kakak banyak berlengah, termenung, merajuk atau betapa dalam bilik air.
Papa dan ibu pula akan mula bersiap setelah anak-anak siap.
Nampaknya kena bangun lebih awal supaya tak terkejar-kejar ke pejabat.
Bosan menunggu adik akan bermain, menghisap jari atau menyanyi-nyanyi.
Main-main
Adik suka meniup permainan ini sambil berjalan dalam rumah sampai menyembur air liurnya.
'Nah papa. Tak boleh bawak pegi skool, nanti cikgu marah', kata adik sambil menyumbatkan dalam poket papa.
Biasanya adik yang paling awal siap setiap pagi. Kakak banyak berlengah, termenung, merajuk atau betapa dalam bilik air.
Papa dan ibu pula akan mula bersiap setelah anak-anak siap.
Nampaknya kena bangun lebih awal supaya tak terkejar-kejar ke pejabat.
Bosan menunggu adik akan bermain, menghisap jari atau menyanyi-nyanyi.
Subscribe to:
Posts (Atom)