Kakak dan adik suka berkejaran dalam rumah. Kakak dan adik juga suka menyakat ibu.
'Kejar ibu.. Kejar ibu.. Kejar dia!', kata kakak dan adik mengekori dan mengacah-acah ibu yang sedang berjalan.
Ibu mempercepatkan langkah. Makin pantas dan pantas..
'Ala, lambat lah ibu gerak. Malas kitaorang nak kejar..', kata kakak bosan.
*kesian ibu, penat membawa perutnya...
Baguslah Jusco ada menyediakan kaunter pembayaran khas bagi golongan OKU, warga emas serta ibu mengandung. So tak perlu lah ibu beratur panjang-panjang.
Memang TERBAEKKK!
Rehat sebentar di Pagoh sebelum meneruskan perjalanan ke Senggarang, Batu Pahat.
Hari ini kakak ponteng KAFA. Kakak pening kepala sejak smlm. Pagi tadi kakak dah makan ubat, moga pening nya reda dah boleh bersekolah petang.
Adik agak sedih kerana terpaksa naik van sekolah sendirian. Tapi lepas dipujuk dengan kata-kata semangat, adik kembali ceria dengan senyum lebarnya.
*pening ooo pening, pergi kau jauh-jauh!
Alhamdulillah, sudah seminggu Kakak dan Adik menjalani alam persekolahan. Setakat ini semua berjalan lancar walaupun agak kelam-kabut menyiapkan anak-anak diwaktu pagi.
Kadang-kala kakak terjaga sendiri, terus mandi, bersiap dan bersarapan.
Adik pula sekadar merengek sedikit bila dibangunkan namun tersenyum gembira untuk ke sekolah walaupun matanya masih separuh terbuka. Cara terbaik ialah dengan membuatkannya ketawa dengan geletek, nyanyian lagu yang disukai, kata-kata semangat serta lawak bodo.
Papa dan ibu rasa syahdu serta bangga melihat anak-anak ke sekolah dengan penuh ceria.
'Ya-Allah, peliharakan keselamatan mereka semasa dalam perjalanan serta semasa menuntut ilmu. Berikan lah mereka ilmu yang berkat dan bermanfaat di dunia dan akhirat. Moga mereka menjadi hamba Mu yang solehah. AMIN!'
*gambar kakak dan adik sedang menunggu van sekolah.
Ada orang mengidam nak tengok anime 'Avatar-Ang the Last Airbender'. Ada 61 episod dalam 3 DVD. Bila agaknya boleh habis?
'CD apa tu?', adik bertanya. 'Avatar. Cerita ibu!', ibu menjawab. 'Oooo... CD A-BA-TA-SA-JIM-HA-HOH...', sambung adik PASTI.
*harga sebenar RM60++. Diskaun 50% + kredit percuma RM10. Memang TERBAEKKK!..
Pagi yang indah. Mentari menyinari lembut dengan butiran rintik gerimis menyejukkan alam menghasilkan tujuh warna pelangi menghiasi ufuk tanda kehebatan Maha Pencipta.
ALLAHU AKBAR!
Super-COMEL kan?
Insya-allah khamis ini alam persekolahan tak rasmi adik akan bermula. Moga berjalan lancar!
*papa dan ibu pulak yang nervous.. Huhu
Kedai aiskrim favourite kakak dan adik buat masa ini.
Ibu dan papa yang syahdu dan sedang bosan menunggu kakak menghabiskan placement test nya.
Hari ini hari orentasi darjah 1 kakak. Kakak is super-excited!
Syahdu pulak, anak-anak dah besar :)
Tersalah jalan semasa memandu dalam keadaan otak sarat berfikir membawa ke Masjid Taman Desa untuk maghrib. Alhamdulillah!
*bangun pagi je dh merajuk... Adeh