0
comments
Posted by
Papa Hanan at 12/27/2011 09:05:00 AM
Bermula bulan Januari, kakak akan memulakan alam persekolahan darjah satu pada sesi petang dan KAFA pada sesi pagi. Adik pula akan memulakan zaman tadikanya di PASTI Taman Jasmin.
Oleh itu, untuk membiasakan kakak dan adik dengan ritual pagi persekolahan yang akan bermula seminggu lagi, maka bermula pagi ini kakak dan adik akan dibangunkan seawal mungkin, gosok gigi, mandi dan bersiap2 ke taska.
Kakak masih lat-liat untuk bangun. Adik pula agak memberontak kerana diganggu tidurnya.
Moga semua berjalan lancar, moga kakak dan adik seronok bersekolah.
0
comments
Posted by
Papa Hanan at 12/17/2011 05:24:00 PM
Dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Bertolak 9.30Pagi dan sampai hampir 5 petang oleh kerana banyak hentian dan jalan jem selepas hentian Sg.Perak menuju juru, akibat kemalangan.
0
comments
Posted by
Papa Hanan at 12/07/2011 07:36:00 PM
Adik: Papa buat apa tu? Papa: Papa basuh pinggan, cawan, botol susu lah sayang. Adik: Sayang? Kenapa papa cakap sayang? Papa: Sebab papa sayang adik. Adik: SAYANG PAPA! *sambil peluk peha papa.
1 comments
Posted by
Papa Hanan at 12/07/2011 06:55:00 PM
'Pon pon pon ponnn.. Kereta kecil ku berbunyi...'
Inilah keadaannya kakak dan adik tertidur dalam kereta. Dan seringkali mereka berebut-rebut tempat yang amat terhad di belakang. Kereta kecil kita sudah tidak mampu menampung pembesaran kakak dan adik... ibu juga.
Sedihlah papa macam nie :(
*in serious need of a bigger car.
*kalau kumpul singgit sehari, bila agak boleh Estima?