Adik: Papa, nak jajan Super-HERO!
Papa: Super apa?
Adik: Super-HERO.
Papa: Super-HERO? Apa tu?
Adik: Super-HERO lah!
Papa: Hah?
*sambil garu-garu kepala lalu terbayangkan Superman, Supermak serta super-super lain yang memakai cawat diluar.
Adik: SUPER-HERO!!
Papa: Super-HERO???....
.
.
.
.
.
SUPER-RING daaaaaaa
*Jajan / makanan ringan / junk food tidak bagus untuk kesihatan!!
Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 27, 2011
KAFA
Insya-allah tahun depan kakak akan memulakan zaman persekolahan rasmi darjah 1 di Sekolah Rendah Taman Jasmin.
Ramai yang bertanya kenapa tidak di sekolahkan di Sekolah Convent Kajang yang merupakan sekolah terbaik daerah hulu langat, all girl school pulak tu. Payah nak menjawab soalan tersebut, kerana papa dan ibu memilih sekolah yang paling hampir dengan rumah supaya mudah transportasi, malahan sekolah convent tidak pernah terlintas dalam fikiran.
Rupanya ada hikmah pada ketentuan tersebut. Pagi tadi papa dan ibu mendaftarkan nama kakak untuk darjah 1 Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) Taman Jasmin yang akan berintegrasi dengan Sekolah Rendah Taman Jasmin. Integrasi bermaksud, sekiranya sesi sekolah rendah darjah 1 adalah waktu pagi maka KAFA akan bersesi waktu petang, begitu sebaliknya.
Moga kakak berseronok menikmati zaman persekolahannya serta mendapat ilmu yang bermanfaat hendaknya. Amin
Monday, September 26, 2011
Korek telinga kakak!!
Di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.
(Baca:Ibu) Gemuruh menunggu giliran
Masanya sudah tiba untuk dikorek telinga
Doktor Nor Azmi sedang melakukan penyiasatan serta kerja-kerja pembersihan
Kedua-dua belah telinga mempunyai kotoran yang agak banyak serta keras.
Alhamdulillah, doktor berjaya mengeluarkan kotoran dalam telinga dalam kuantiti yang agak banyak.
'Kakak boleh dengar kuat', kata kakak berpuashati dengan hasil nya.
TERBAEKKK!!
(Baca:Ibu) Gemuruh menunggu giliran
Masanya sudah tiba untuk dikorek telinga
Doktor Nor Azmi sedang melakukan penyiasatan serta kerja-kerja pembersihan
Kedua-dua belah telinga mempunyai kotoran yang agak banyak serta keras.
Alhamdulillah, doktor berjaya mengeluarkan kotoran dalam telinga dalam kuantiti yang agak banyak.
'Kakak boleh dengar kuat', kata kakak berpuashati dengan hasil nya.
TERBAEKKK!!
Sunday, September 25, 2011
Saturday, September 24, 2011
Kurang pendengaran
Kakak agak kurang pendengaran. Selama ini kakak selalu lambat menyahut bila papa dan ibu panggil. Kakak juga akan memasang volume TV dengan agak kuat.
Rupanya kerana pembentukan tahi telinga yang banyak, penggunaan cotton buds yang memampat lalu keras dan menyebabkan kurangan pendengaran.
Hari ini kakak ada temujanji dengan doktor pakar telinga. Moga semua berjalan lancar.
*haa.. Haa.. Nanti doktor korek guna cangkul!
Friday, September 23, 2011
Thursday, September 22, 2011
Sunday, September 18, 2011
Taknak kawan!
Kisah jumaat: Ibu, kakak dan adik berada di Port Dickson sejak semalam bersama atok dan nenek. Papa pula bekerja, so semalaman lah anak-anak tak jumpa papa.
Hampir pukul 8 malam tadi baru papa sampai PD. Agak lewat sedikit daripada masa yang dijanjikan kerana papa terpaksa tidur dulu untuk memulihkan tenaga setelah penat menyambut merdeka di dataran.
Menurut ibu, sepanjang hari adik bertanyakan papa. Tapi bila papa tak kunjung tiba, adik jadi bosan nak bertanya lagi.
Adik merajuk dengan papa. Taknak kawan dengan papa. Taknak dekat dengan papa.
Itu baru semalaman tak jumpa papa, bayangkan kalau papa kerja jauh..
Friday, September 16, 2011
Thursday, September 15, 2011
SEMPOI Nasi Ayam
Kedai SEMPOI nasi ayam ini terletak di foodcourt Sg.Ramal, kajang.
Adik dan kakak cukup suka makan nasi ayam nie. RM5 bagi satu hidangan, dan biasanya kakak dan adik kongsi berdua. Selain nasi ayam biasa, ada juga nasi ayam berapi yang disediakan beberapa tangkai cili sebagai ulam.
Tempahan dan penghantaran juga boleh diururkan dengan terma tertentu.
Komen: Diharap penjual / pekerja nya boleh lebih mesra pelanggan, paling tidak pun senyum lah terutama pada regular customer.
Wednesday, September 14, 2011
Aidilfitri 2011
Selain daripada berziarah, makan kuih, melantak ketupat + rendang + lodeh + kuah kacang dan lain-lain lagi, berikut liputan menjelang dan pada aidilfitri tahun ini..
1) Shopping
2) Raya hairdo.. mestilah bergaya di hari raya kan?
3) Shopping lagi & berziarah teman-teman
4) Berbuka puasa di Quality Hotel, terima kasih pada Papa Imi
5) Main bunga api, terima kasih PakNgah beli bunga api banyak!
6) Melihat pertunjukkan bunga api berdentam-dentum memekakkan telinga.. Dam dam dum bunyi mercun
7) Beraya bersama abang-abang sepupu
8) Kembar seiras (hanya pada baju dan tudungnya sahaja)
9) Beraya di taman permainan
10) Beraya di pantai pula
11) Merempit di shopping complex selepas pekena Nasi Ayam di Restoren Baser. Memang TERBAEKKK
12) Cucu-cucu Nenek Midah. Cuma Qaliph je yang takde kerana beraya di rumah neneknya. DARI KIRI, CEPAT JALAN!! Ehh silap. Dari kiri; Abang Long, Abang Ngah, Deeja, Aqila, Kakak Lia, Abang Kecik dan Abang Zani
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN daripada kami sekeluarga!
1) Shopping
2) Raya hairdo.. mestilah bergaya di hari raya kan?
3) Shopping lagi & berziarah teman-teman
4) Berbuka puasa di Quality Hotel, terima kasih pada Papa Imi
5) Main bunga api, terima kasih PakNgah beli bunga api banyak!
6) Melihat pertunjukkan bunga api berdentam-dentum memekakkan telinga.. Dam dam dum bunyi mercun
7) Beraya bersama abang-abang sepupu
8) Kembar seiras (hanya pada baju dan tudungnya sahaja)
9) Beraya di taman permainan
10) Beraya di pantai pula
11) Merempit di shopping complex selepas pekena Nasi Ayam di Restoren Baser. Memang TERBAEKKK
12) Cucu-cucu Nenek Midah. Cuma Qaliph je yang takde kerana beraya di rumah neneknya. DARI KIRI, CEPAT JALAN!! Ehh silap. Dari kiri; Abang Long, Abang Ngah, Deeja, Aqila, Kakak Lia, Abang Kecik dan Abang Zani
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN daripada kami sekeluarga!
Tuesday, September 13, 2011
Tuesday, September 06, 2011
Kejap kecik, kejap besar
Adik: Deeja tak pakai pampers (baca: lampin), deeja dah besar.
Papa: Deeja dah besar, dah boleh pegi skool. Kalau nak pegi skool, dah tak boleh isap jari..
Adik: Deeja masih kecik lah papa!
Papa: Tadi deeja kata dah besar, dah boleh pegi skool kan?
Adik: Deeja masih kecik. Deeja nak isap jari...
HISAP IBU JARI. Itulah tabiat deeja yang amat sukar untuk dibuang. Tabiat yang memang dibiarkan semenjak bayi. Pada waktu itu ia kelihatan seperti idea yang baik kerana tidak akan pernah kehilangan / tertinggal puting.
Tapi lama kelamaan ia mencacatkan kedudukan gigi deeja kehadapan @ jongang. Yelah, manalah ada ibujari dengan rekabentuk orthodontics kan?
Walaupun gigi adik kurang cantik, tapi adik tetap comel!
Monday, September 05, 2011
Biasa yang luarbiasa
Setelah cuti aidilfitri yang panjang, kini rutin kembali seperti biasa seperti sebelum syawal, seperti sebelum ramadhan.
Kakak berkata, 'Yeaaa puasa dah habis, tak payah puasa lagi', gembira kerana berjaya puasa genap sebulan. Sangat hebat bagi gadis sekecil itu, moga kakak membesar menjadi muslimah yang mencintai dan merindui Ramadhan.
'Papa mandi cepat!', suara jeritan adik berkumandang secara tiba-tiba daripada luar bilik air. Rupanya adik sudah terjaga awal subuh tanpa dikejutkan.
'Papa, nak tengok tv', pinta adik setelah menghabiskan sebotol susu.
Sunday, September 04, 2011
Friday, September 02, 2011
Hilang
Malam tadi, papa tersentak daripada tidur yang lena. Sebelah papa kosong, lengang... Adik hilang daripada tempat tidurny. Berderau darah dan Panik meraba-raba dalam gelap mencari adik yang bergolek dan tersorok di bawah tempat gantungan baju.
Lasak betul adik tidur. Selalu saja bikin jantung papa berdegup kencang 250km/j!
Thursday, September 01, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)